Bab 12

1K 139 8
                                    

Perbualan kosong mengisi masa. Hanif dan Pian sibuk membincangkan topik seni mempertahankan diri Taekwondo. Dengar cerita, kedua-dua mereka memegang tali pinggang hitam.

Pian ni, nampak je soft bila dengan Hannah. Tak sangka ada tough side juga. Hanif pula, tak hairanlah. Bak kata Abel, tengok muka sekilas pandang, dah tahu. Ini mesti budak nakal zaman sekolah dulu.

Abel pula tak habis dengan cerita Oppa dia muncul kay variety show Weekly Idol. Aku iyakan jelah. Sekurang-kurangnya, dia tak minta pendapat aku. Aku tinggal pasang telinga je, pun dah cukup.

"Guys!" Hannah bergegas ke tempat duduknya setelah menghilangkan diri sebentar. "Huge news!" Getusnya sambil tercungap.

Pian mencapai botol air mineral. Penutup dibuka lalu diberikan kepada Hannah. Menyuruh Hannah minum dan sambung nafas dulu sebelum menyambung.

"Arasy." Sebut Hannah.

Arasy?

"Sehari tak cakap pasal dia, boleh tak?" Rungut Hanif, mengeluh.

"Aii! Marah girlfriend orang lagi?" Pian menjegilkan mata, dibalas pula dengan jelingan daripada Hanif.

"Kenapa dengan dia?" Abel menyuarakan soalan yang tidak dapat aku lafazkan.

"They broke up." Jawab Hannah.

Broke up? Arasy dengan—

"Dengan Syura?!" Abel menekup mulut.

Kenapa diorang break? Takkan... sebab aku?

Hanif mencuit bahuku. "Awak nak pergi tempat lain tak?" Bisiknya.

Buat apa nak lari? Sampai bila nak lari?

Aku menggelengkan kepala. Hanif mengangguk faham tetapi masih kelihatan tidak bersetuju membiarkan aku mendengar kisah Arasy daripada Hannah.

"Kenapa boleh putus?" Sekali lagi, Abel bertanya soalan yang ingin aku ajukan.

"Okay. Turns out, masa birthday Arasy hari tu, Syura cancel date diorang sebab nak attend social event. I mean, hello? Selfish gila!"

Sufyan mengeluh sinis. "Girlfriend macam tu pun ada juga ke? Awak jangan jadi macam dia tau!" Pesannya kepada Hannah.

"Eleh! Entah-entah, awak yang lupa birthday saya dulu!" Balas Hannah, mencebik.

Sufyan menyengih. Menggaru kepala yang tak gatal.

Hari tu, kat perpustakaan, orang yang buat Arasy marah, Syura? Sebab Syura, Arasy sedih sampai macam tu sekali?

Arasy... suka sangat ke kat dia?

"Still tak nak pergi tempat lain ke?" Bisik Hanif, memujukku.

"Hm. Saya okay." Aku melontarkan senyuman kelat.

Hanif mengeluh lebih panjang. Tetap akur.

Seorang gadis bertudung kelabu berhenti di hadapan meja kami. Satu-persatu wajah dia teliti sebelum berakhir bertatapan mata denganku.

"Emilia?"

Aku mengangguk. "Awak..."

"Keluar kejap." Cantasnya. "Aku ada benda nak cakap kat kau."

Kau? Pertama kali jumpa, dah guna 'kau'?

Dia berlalu pergi setelah menyatakan hasrat. Tanpa berlengah, aku turut bangun. Tiba-tiba, Abel menarik hujung t-shirtku. Kepala dia gelengkan laju.

"Syura." Bisiknya.

Oh. Perempuan tadi tu, Syura?

"Sit down." Arah Hanif pula.

"Tak apa. Won't be long." Balasku.

Tidak peduli dengan mereka yang cuba menghentikanku, aku melangkah keluar dari kafeteria. Bersemuka dengan Syura. Mereka yang lalu-lalang sempat mencuri pandang. Apa pula khabar angin yang tersebar kali ini?

Syura menaip sesuatu pada telefonnya sebelum diajukan kepadaku. Pada skrin, terpampang gambarku menyelit nota dan pek gula-gula berwarna merah di buku Arasy. Diambil hampir dua minggu yang lalu. Aku mengembalikan telefonnya.

"So?"

Dia tertawa sinis. "So? Wow! Bold enough for a girl like you."

"Girl like me?" Aku memasang wajah sinis yang sama. "Perempuan macam mana?"

"Eh, buat tak tahu pula? Kau tahu pasal aku dengan Arasy, tapi still nak menggatal?"

"Menggatal? Well, at least aku bukan girlfriend yang selfish enough to ignore her boyfriend ON his birthday."

"Apa dia? Ulang balik!"

"Aku kesianlah kat Arasy sebab dapat girlfriend macam kau ni. Rupa dah ada. Bertudung pula tu. Tapi adab ke laut."

Dia tertawa kelat. Amarah meluap dalam diri. Jarak di antara kami dirapatkan. Aku kekal di tempatku. Zaman sekolah dulu, minat keding macam dia ni, dah berapa ramai dah keluar masuk hospital sebab kacau aku. Ingatkan dah habis sekolah, bolehlah bersara dari jadi petinju tak berbayar. Sampai ke universiti pun, terpaksa jadi petinju juga ke?

"Syura." Suara garau mencelah. "Mind your manner."

Syura mengerling Arasy. Senyuman herot terukir di bibir. Memeluk tubuh sementara aura dingin mengelilinginya.

"You nak back up dia ke?" Tanya Syura.

"Back up?" Arasy memandangku sejenak. "Rasanya tak perlu kut nak back up sesiapa. You know what you did. You know it's right or wrong. Boleh fikir sendiri kut." Sambungnya.

Syura menurunkan tangannya. Memandangku dan Arasy bersilih ganti dengan mata berkacanya.

"Are you serious? You nak end us sebab perempuan ni?"

"I told you. I tak pernah serius dengan anyone tapi you tetap juga terkejarkan I. So sekarang ni, siapa yang bodoh sangat?" Tutur Arasy tanpa ragu-ragu. "One more thing, bukan sebab dia. I don't even know her." Arasy melirikku.

"Fine." Syura menggigit bibir. Kecewa. "Fine." Derapan tapak kaki berlalu pergi menyapa gegendang telinga.

Arasy memalingkan badannya. Menghadapku dengan muka bersahajanya. Tidak pun rasa bersalah membiarkan Syura pergi seperti itu.

"So? Still nak nafikan you yang bagi I note tu?"

"Seriously?" Keluhan sinisku pecah. "Girlfriend awak almost hurt me, but all you care about is that stupid note?!"

"Mana you tahu hari tu birthday I? You tahu tak, I'm almost confident now yang you dan Emilia Rose yang I pernah kenal, is the same person."

Almost confident? Ke kau takut itu kenyataannya? Yang Emilia Rose kau pernah kutuk dulu sebab hodoh, sekarang dah berubah? Berubah sampaikan kau pun terhegeh nak kat dia.

"And I'm almost 100% simpati kat dia sebab dapat kawan macam you." Balasku. "And for the record, ya. Memang I yang letak note tu. Macam mana I tahu hari tu birthday you? Sebab I terdengar phone call you dengan girlfriend you. I thought I wanna cheer you up—clearly, you tak kisah pun kalau dia terlupa. Kalau break up pun, you nak risau apa? Tinggal cari lain je. Petik jari, sepuluh mari."

"You're as naive as her too." Arasy tertawa, menunduk.

"Excuse me?"

"Dengar boleh." Dia kembali mencodak. "Percaya jangan."

Maksudnya?

+

fun fact: tulis citer cinta macam ni, sometimes buat saya rasa macam ada bf HAHAHAHAHAHAHAHAHA

lonely sangat ni hm

OxytocinTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang