Kafeteria agak penuh hari ini. Satu-satunya meja yang kosong, terletak di tengah kafeteria. Di negara Barat, terutamanya apabila berada di bangku sekolah menengah, sesiapa yang memilih tempat duduk di tengah-tengah kafeteria akan digelar "cool kids". Kiranya... aku, Abel, Hannah, Pian dan Hanif ni, cool kids ke?
Mengarutlah! Hannah, Pian dengan Hanif, rupa memang ada. Abel pun apa kurangnya. Kelakar dan ramah. Cuma aku yang tidak sesuai memegang gelaran itu. Cemburu? Tipulah kalau tak cemburu.
Kalaulah aku cantik macam Hannah. Even separuh daripada kecantikan dia pun, dah cukup dah. Kalau tak pun, kelakar macam Abel. Dia mengomel pun, hati aku dah tergeletek. Senang nak berkawan.
"Eh, nak dengar cerita tak?" Hannah memperlahankan suaranya. "Tadi aku singgah kat kafe depan tu kejap. Then aku terdengar Meds students borak pasal Arasy. Korang kenal tak Syura?"
"Syura? Ah! Yang acah model Instagram tu?" Abel memetik jarinya.
Aku dan Hanif saling berpandangan. Ingatkan aku je yang tak kenal siapa Syura. Hanif pun tak kenal ke?
"Rupa-rupanya, dia dengan Arasy senyap-senyap bercinta." Sambung Hannah.
"Seriuslah?!" Abel menekup mulut. "Bukankah si Arasy tu baru ja break dengan siapa tu nama dia?"
Perbualan mereka tenggelam dengan bunyi di sekeliling kami. Arasy dah ada someone? Mestilah. Kenapa pula aku—terkejut sangat?
"Korang ni tak ada topik lain ke nak bincang? Asyik-asyik nama budak tu je yang aku dengar." Rungut Hanif. Jengkel. "Tak payahlah sebut nama dia lagi."
Aku mengerling ke sisi. Hanif mengukirkan senyuman kecil. Seakan faham apa yang melanda hatiku. Aku membalas dengan senyuman yang sama.
"Alah, suka hatilah!" Balas Hannah. "Arasy, Arasy, Arasy..." Ulangnya berkali-kali, sengaja ingin menyakitkan hati Hanif.
Aku tertunduk. Bukan salah Hannah pun. Dah memang dia tak tahu pasal aku dengan Arasy. Nak kata dia kurang peka pun, tak boleh juga.
Sedang aku melayan perasaan sendiri dan memekakkan telinga, hud kepalaku ditarik. Menutup kepalaku. Kemudian terasa tangan seseorang menutup kedua telingaku. Aku lantas menoleh ke sisi buat kali ketiga. Tekaanku tepat. Tangan yang menutup telingaku, empunya Hanif.
"I'm being serious." Renungan tajam ditalakan ke arah Hannah.
"Eh, eh! Suka hati nak marah girlfriend orang!" Sufyan bersuara.
"Yang kau tutup telinga Em ni kenapa?" Abel memandangnya hairan.
Hanif merendahkan pandangannya. Ketika duduk, jurang ketinggian kami tidaklah ketara mana. Aku pun tidak perlu memanjangkan leher hanya untuk melihat wajahnya. Saat itu, ada kerisauan tertulis di wajahnya. Aku memaksanya untuk mengalihkan tangannya.
"Saya okay." Beritahuku seraya senyum polos.
"Kalau awak dengar nama dia, mesti awak fikir pasal dia." Bisik Hanif. "Saya tak suka. Don't even think about him. You know what? Don't even remember his name." Sambungnya.
Dia—risau sampai macam tu sekali?
"Excuse me!" Abel menepuk tangannya di antara aku dan Hanif. "Amboi! Yang di depan angau 24 jam. Yang di tepi pun mau sweet-sweet jugakah? Considerate sikit dengan yang single ni!" Omelnya, menjeling kami berempat.
Meja yang terletak di tengah kafeteria dipenuhi dengan gelak ketawa.
+
Sehabisnya kuliah, Abel mengajakku singgah di perpustakaan sebentar. Mahu mengembalikan buku yang sudah lebih daripada seminggu dia pinjam. Malas masuk ke dalam, aku menunggu di luar perpustakaan. Duduk pada anak tangga teratas.
Telefon aku keluarkan. Sambil menunggu Abel, bolehlah main permainan sekejap. Aku pun dah lama tak jenguk avatar dalam The Sims aku. Skrin menyala dan pemberitahuan daripada kalendar muncul.
Birthday Arasy 🎂🥳 ❤️
"Ha'ahlah. Aku terlupa. Hari ni birthday dia." Aku mengeluh perlahan. "Kalau aku ingat pun, buat apa? Tak penting pun."
"Are you serious? I dah tunggu you sejam kut kat sini!" Bentak seseorang.
Aku melirik ke kiri. Seorang jejaka perlahan-lahan memalingkan badannya menghadapku. Mata terbeliak melihat Arasy yang kelihatan tegang saat menjawab panggilan telefon. Muka aku palingkan ke arah lain. Menyembunyikan muka di sebalik hud kepala.
"Esok pun boleh jumpa?" Arasy tertawa sinis. "Well, Syura. I'm glad you 'ingat' bila birthday I." Panggilan ditamatkan.
Arasy melabuhkan punggungnya empat anak tangga di bawahku. Rambut dia raup kasar. Mengeluh panjang.
7 tahun lalu...
"Happy birthday!" Aku melompat ke hadapan Arasy, menghalang jalannya.
Matanya membulat. "Kau... ingat birthday aku?"
"Mestilah ingat! Aku kawan kau kut."
Dia diam sejenak sebelum tertawa kelat. Menunduk dan mengelak daripada menatapku.
"Parents aku pun tak ingat hari ni birthday aku." Gumamnya lalu mendongak. "Thanks Em." Ucapnya, tersenyum ikhlas.
Aku membalas dengan senyuman yang sama. "Aku janji. Even semua orang lupa bila birthday kau, aku janji aku akan ingat. Sampai bila-bila. Tiap-tiap tahun, aku janji aku jadi yang first wish happy birthday kat kau. Okay?"
Arasy tertawa kecil. "Kau dah janji tahu? Jangan mungkir janji pula!"
Ding ding!
Em. Kau di mana? Aku di luar sudah ni. - Abel
Aku mendongak sejenak. Melalui ruang kosong di antara buku yang disusun di rak buku, aku mencuri pandang ke arah beg hitam yang diletakkan di atas meja. Empunya beg hitam belum kembali ke tempatnya.
Kau balik dululah. Aku ada hal sikit. - Emilia
Alright - Abel
Kerusi ditarik perlahan. Empunya beg hitam kembali ke tempat duduknya. Alisnya menjongket melihat pembungkus gula-gula merah yang terselit di antara mukasurat 5 dan 6 buku notanya.
Nota yang datang bersama gula-gula dia baca lalu memandang sekeliling. Mencari gerangan yang memberinya hadiah itu. Sedar usahanya sia-sia kerana terlalu ramai yang berada di perpustakaan hari itu, dia terduduk. Nota dibaca sekali lagi dan kali itu, hujung bibirnya menjongket sedikit ke atas.
Selamat harijadi Arasy.
+
how are you today? tadi baru je dapat tahu saya terima panggilan temuduga asasi TESL UiTM. interview online pula tu (kena upload kat YouTube). ya Allah. jiwa introvert ini meranaaaaa 😭😭😭😭
anyways. thanks for reading ❤️
YOU ARE READING
Oxytocin
Teen FictionSekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menja...