Bab 37

922 128 4
                                    

"Hannah?"

          Aku dikejutkan dengan kehadirannya di dalam bilik yang aku kongsi bersama Abel. Cahaya lampu dari laluan masuk ke dalam, menyinari bilik yang gelap gelita. Jatuh ke wajahnya, mendedahkan senyuman lemah di bibir.

          Suis lampu aku tekan. Cahaya membanjiri bilik. Barulah kelihatan sepasang matanya yang merah dan bengkak.

          Senyumannya tadi hilang saat dia tertunduk. Tangan naik menekup muka. Bahu bergetar seirama dengan esakannya.

          Pintu bilik aku tutup rapat. Meletakkan beg dan kunci ke atas meja sebelum menghampirinya yang duduk di penjuru katil.

          Lenganku membaluti bahunya, menepuknya perlahan seperti yang Umi selalu lakukan untuk menenangkanku. Tidak dapat menahan diri daripada merasa simpati terhadapnya.

          "Dia dah ada orang lain."

          Aku terdiam.

          "It's only been a month tapi dia dah ada orang lain."

          Pelukanku semakin erat. Menariknya semakin rapat.

          "Aku pun nak juga cari orang lain." Hannah menarik nafas. "Aku pun nak dress up pretty, lepak dengan kawan-kawan, tunjuk kat dia yang—yang aku pun okay but I can't. Aku tak okay! And every time I'm not okay, aku nak dia jadi the first one yang tahu. Aku nak cerita kat dia how was my day, I want to ask him how was his day."

          Hannah menolakku perlahan. Bibir dia gigit agar berhenti menggeletar. Pandangan kosong dilontarkan ke luar jendela.

          "Now... he's gonna do all of those with someone else. Bukan aku."

          Hannah membenamkan wajahnya ke tapak tangan. Menghela nafas panjang dan meraup wajah. Menghitung sesal yang hanya dia tahu.

          Tapi luahan Hannah membuatkan aku menyedari sesuatu. Setiap kali hariku tidak seperti yang aku harapkan, setiap kali aku merasa lelah kerana kutukan orang lain, hanya seseorang yang aku ingin bebani dengan menjadi pendengar setiaku;

           Hanif. Hanya Hanif.

+

"Em!" Seseorang menyergahku dari belakang.

          Aku menghembus nafas setelah menyedari ia hanyalah Abel. Namun apabila anak mata melirik ke arah jejaka yang berdiri di sebelah Abel, irama degupan jantung semakin tak keruan.

         Untuk menyembunyikan rasa gemuruhku, aku melontarkan senyuman ke arah Hanif. Dia mengembalikan senyuman yang sama. Namun apa yang dia lakukan seterusnya membunuh senyumanku.

          Hanif yang kebiasaannya mengambil tempat duduk di sebelahku, melabuhkan punggungnya di sebelah Abel dengan selamba. Abel mengerlingku, membulatkan matanya. Turut sama hairan melihat kelakuan Hanif.

           Aku buat salah apa pula kali ni?

           "Er... aku—aku pergi toilet dulu." Alasan yang sering Abel gunakan setiap kali dia mula merasa tidak selesa.

           Maka tinggallah aku dan Hanif berdua di kafeteria.

           Airpod di telinga aku tanggalkan. Menalakan pandangan ke arah Hanif yang berpura sibuk dengan komputer ribanya.

           "Kenapa lagu..." Hanif mendongak. "... dalam playlist awak semuanya sedih sangat eh? Rasa macam lagu orang tengah go through break up pun ada." Aku cuba untuk berbual kosong dengannya.

           Aku pernah membaca satu artikel di dalam majalah. Kalau penasaran dengan emosi atau situasi seseorang, cuba lihat pada lagu-lagu yang didengarinya. Lumrah manusia ingin difahami dan selalunya, lirik lagu kerap mencerminkan perasaan seseorang.

           Mungkin... Hanif pun macam tu?

          "Kau dah dengar semuanya ke?"

          Kau...?

          "Sorrylah. Mesti playlist aku tak sesuai dengan kau sebab sedih sangat."

          "Maksud awak?"

          "Congrats." Hanif menampal senyuman. "For you and Arasy."

          "Mana awak dengar? Siapa yang sampaikan?"

          Hanif tertawa kecil. "Dengar sendiri. I was there that day. Con Cafe."

          "Dengar sendiri?" Keluh sinisku pecah. "So awak tak dengar sampai habislah?"

Seminggu yang lalu...

           "Aku suka kau..." Tawa sinis terlepas. "That's exactly what I said to you years ago."

           Arasy mengetap bibir. Memikirkan sesuatu.

           "Kenapa sekarang? Kenapa baru sekarang kau nak confess? Sebab sekarang aku dah berubah? Dah ramai yang kejar, so kau pun tak nak kalah dengan yang lain?"

           "Em—"

           "Aku tak fahamlah! Kita elok aje berkawan. Aku pun dah selesa dengan kau. So kenapa kau nak selfish sangat?!"

           Arasy bungkam.

           "And that's jawapan kau empat tahun lalu. Words by words, aku ingat. I thought you've changed but I guess not. I forgot people don't change that easily."

           Aku mengemas barangku lalu bangun. Arasy melakukan hal yang sama. Mahu menghentikan aku daripada meninggalkannya.

          "Oh. Terlupa pula satu lagi." Aku berpaling sejenak ke belakang. "'Kau rasa lepas kau buat macam ni, kita masih boleh berkawan lagi ke?'."

          "Buat apa nak dengar sampai habis?" Balas Hanif dengan selamba.

          So betullah dia tak dengar sampai habis.

          "Maybe we should change to 'kau aku'. Takut Arasy salah faham pula nanti."

          "Hanif—"

          "Oh, satu lagi! Hanis busy dengan extra class these days, so awak tak payahlah datang lagi ajar dia. About your payment, weekend nanti—"

           "Seronok ke salah faham kat saya?" Aku menguis hujung baju. "Every time awak salah faham, I put the blame on me. Mungkin salah saya juga sebab tak jelaskan kat awak, tak beritahu awak but now, Hanif? It's not my fault. It's just that—awak tak pernah nak dengar. Selalu nak ikut kepala awak sendiri! Buat spekulasi macam-macam!"

           Mata berkaca. Duduk lebih lama di situ, hanya akan mengeruhkan keadaan. Aku memutuskan untuk beredar.

           "Maybe next time— awak patut try dengar sampai habis."

           Aku mengatur langkah pergi. Tunduk untuk menyembunyikan pipi yang basah.

OxytocinWhere stories live. Discover now