Bab 34

931 120 2
                                    

"Em? Em!"

          Bahuku digoncang kuat. Aku termengah seakan baru dikejutkan daripada lena walhal kenyataannya, aku berpijak di alam realiti. Apakala ku menoleh, Abel dan Hannah memandangku dengan penuh kebimbangan.

          "Kau okay?" Tanya Hannah, meletakkan tangannya pada bahuku.

          "Aku tengok, sejak malam karnival tu, kau macam... dalam dunia sendiri. Kau ada masalahkah dengan Arasy?" Tanya Abel pula.

          "Dia ada buat apa-apa kat kau ke?" Hannah menyampuk lagi sebelum aku sempat berkata apa-apa.

          "Tak adalah."

          Layanan Arasy terhadapku baik saja. Sehingga aku merasakan, aku yang memberikan layanan buruk terhadapnya. Asyik dengan lamunan sendiri sampaikan dia terpaksa mengulang soalannya dua, tiga kali untukku. Sejak malam karnival itu sehingga ke hari ini.

          "Jadi? Kau sedih pasal siapa? Hanif?"

          "Mana adalah." Aku menafikan tuduhan Abel.

          Hanif pula... sejak malam tu, langsung tak ada khabar. Hilang begitu saja. Seminggu ini, aku turut pergi ke rumahnya untuk kelas mengajar Hanis. Dia tetap tidak kelihatan sepanjang aku berada di sana.

          Kata Hanis, Hanif jarang pulang ke rumah. Oleh kerana terlalu sibuk dengan tesisnya, dia lebih kerap berada di kampus berbanding di rumah. Terkadang, sampaikan dua malam tidak pulang ke rumah.

          "Eleh, tipulah! Ini mesti sebab Hanif mahu graduate sudahkan? Itulah kau sedihkan? Sebab tahun depan, tidak dapatlah tengok muka handsome Abang Anep."

          Graduate.

           Aku terlupa tidak lama lagi, Hanif akan menamatkan pengajiannya. Masa untuk aku bersama dengannya, semakin singkat. Tahun depan, seperti yang Abel kata, mungkin aku dan Hanif tidak lagi berkesempatan untuk menemui satu sama lain.

          Tapi... apa bezanya dengan sekarang? Sekarang pun, bukannya kitorang selalu berjumpa. Aku ada aje kat sini tapi dia, sibuk jauhkan diri daripada aku.

          "Iya ke? Entahlah. Kitorang dah seminggu tak jumpa. Dia dah nak graduate ke?" Aku tertawa kelat. Memeluk buku nota lebih rapat ke dada.

          "Seminggu tak jumpa? Dia pergi mana?" Hannah mengerutkan dahi.

          "Entah."

          "Kalau kau pun tidak tahu dia pergi mana..." Leher Abel panjangkan. Menangkap kelibat seseorang dari jauh. "Pian! Sini kejap!" Panggilnya.

          Pian mengubah haluannya ke arah kami. Air mukanya berubah secara tiba-tiba. Mengekori ke mana pandangannya jatuh, aku tahu apa alasannya; kerana Hannah ada di sini.

          "Kenapa?" Tanya Pian yang kelihatan terburu-buru untuk pergi.

          "Kau tahukah Anep di mana?"

          Pian mengerling Hannah yang berundur setapak ke belakang. Bersembunyi di belakangku. Gigi dia ketap. Garisan rahangnya semakin menonjol berbanding tadi. Kepala digeleng perlahan.

          "Aku pun dah lama tak jumpa dia." Jawab Pian. "Aku ada kelas ni. Aku pergi dulu."

          "Oh, okay! Bye-bye!" Abel melambaikan tangannya ke arah Pian yang sudah jauh pergi. "Lajunya dia berjalan. Macam dikejar hantu." Gumam Abel.

          Bukan nampak hantu tapi nampak ex. Abel ni pun, tak sensitif langsung benda-benda macam ni.

          "Kau sudah try contact dia?" Abel berpaling kepadaku.

          "Hanif?"

          Alih-alih, Abel mengeluh kuat. Lengan disilangkan lalu dirapatkan ke dada. Menggelengkan kepala.

          "Kau ni pun, kalau suka orang, janganlah ketara betul!" Getusnya.

          Aku buat apa pula kali ni?

          "Orang lain panggil dia Anep, kau panggil dia Hanif. Kami dengan dia, guna 'kau aku' saja. Kau dengan dia, guna 'awak saya'. Macam manalah si Anep tu boleh tidak perasan kau suka dia?" Abel menyambung keluhannya.

           Entah. Kalau boleh, aku pun nak tanya terus kat dia. Dia tak tahu aku suka kat dia... atau dia saja buat tak tahu.

+

Kelas dah habis? – Hanif

          "Kau renung apa lagi? Cepatlah turun!"

          Abel mengejutkanku. Lantas aku menyorokkan telefon ke dalam poket kardigan yang aku kenakan. Pintu bas dibuka. Aku menjadi penumpang pertama yang turun, diikuti pula oleh Abel di belakang.

          "Siapa yang mesej tadi?" Soal Abel.

          Serentak dengan itu, sekali lagi telefonku bergetar. Kerana terlalu ingin tahu, aku melupakan hakikat Abel masih ada di sampingku.

Saya tunggu awak kat taman, tempat selalu. – Hanif

I think we need to talk. Pasal malam tu. – Hanif

          Dia nak buat lawak apa pula kali ni?

          "Pasal malam tu?" Abel membaca pesanan yang Hanif tinggalkan. "Kau bergaduh dengan diakah?"

          "Bel, kau balik dululah. Aku nak jumpa dia kejap."

          Abel ragu-ragu untuk pergi dahulu. Puas aku meyakinkannya, barulah dia mengaku kalah dan pulang ke rumah terlebih dahulu. Dengan kepergian Abel, aku menaip balasan kepada Hanif.

Ok. – Emilia

          Aku mendongak. Mencerap langit yang kian gelap. Tiada warna violet dan tangerine kerana hujan turun sepanjang hari tetapi awan gebu mengisi kekosongan dalam keindahannya.

          Selama ini, aku rasa agak klise apabila ada yang bermadah pujangga kononnya hujan turut menangis meratapi nasibnya. Tapi sekarang... aku sendiri merasakan yang sama.         

          Klise.

+

btw, lepas citer ni dah habis nanti, there'll be 5 special chapters utk Hanif's POV. so tunggu tau! 😆

OxytocinWhere stories live. Discover now