Hanif menghela nafas dalam lalu tertawa. Aku kekal melontarkan pandangan ke hadapan. Menahan diri daripada memberi apa-apa reaksi terhadapnya.
Mungkin kerana suasana terlalu hening, Hanif memainkan lagu. Mengingatkan aku kepada waktu yang pernah kami kongsi bersama. Dari awal perkenalan hingga kali terakhir bersua muka.
Terasa seakan waktu itu, sudah lama berlalu. Meskipun realitinya, belum setahun berlalu sejak kami mengenali satu sama lain. Siapa sangka, banyak hal yang akan berubah dalam waktu yang singkat?
"Awak apa khabar?"
Apa... khabar?
Hanif tertawa. "Awkward pula. Rasa macam dah lama sangat tak jumpa." Komennya.
Seminggu. Masa yang cukup singkat tetapi kerana seminggu itu, 'kita' berubah.
"How's your thesis?" Aku memutuskan untuk membuka bicara. "Hanis kata awak selalu sangat stay out. Tak balik rumah."
Macam tulah Em. Just... pretend tak ada apa-apa yang jadi between korang sebelum ni. Lama-lama nanti, okaylah.
"Emilia."
Dia sebut nama aku.
"Em."
Kenapa rasa... berbeza bila dia yang sebut?
"Hm?"
"Kenapa awak panggil saya Hanif?"
"Hah?"
"Semua orang panggil saya Anep tapi awak stick to Hanif. And... we still guna 'awak saya' walaupun dah nak setahun kenal each other."
Rasa macam deja vu.
"Sebab—"
"Tapi bila awak dengan orang lain... bila awak dengan dia, awak just guna 'kau aku'."
"Dia?"
"Arasy." Jawab Hanif. "Sebab awak dah kenal dia lebih lama ke? Tapi awak pun baru aje kenal Pian. So tak mungkin juga. Then why?"
Sebab saya nak rasa saya ni istimewa untuk awak dan saya nak buat awak rasa awak seseorang yang istimewa dalam hidup saya. Sebab awak berbeza dengan diorang semua. Sebab saya nampak awak, saya anggap awak lebih daripada sekadar kawan.
Sebab saya suka kat awak.
Saya boleh bagi seribu alasan kenapa, tapi saya tak boleh nak beritahu awak walau satu pun.
"Awak tak selesa ke bila dengan saya? Awak lebih selesa bila dengan dia? Sebab itu ke?"
"Awak pula?" Aku menatapnya, tidak berkerdip. "Setiap kali awak panggil saya 'Emilia' instead of 'Em', bila awak bahasakan diri awak sebagai saya, bila awak bagi saya cheesy pickupline awak and that playful confession—bila awak buat semua tu, awak tak rasa ke saya akan salah faham? I could be overthinking. 'Kenapa dia buat macam tu?'. One thing led to another. Pernah tak awak terfikir macam tu?"
"Mungkin saya nak awak salah faham."
Aku tergamam.
"Gurau ajelah!" Hanif menggelengkan kepala, ketawa.
Boleh tak kali ni, untuk kali ni aje, awak serius? Boleh tak letak gurauan awak ke tepi and just—jujur dengan saya?
"Sorry. Pasal malam tu. Saya tak berniat pun nak buat awak tersinggung ke or anything."
"Lupakan ajelah. It's just a joke, right?" Aku menghembus nafas panjang.
"And sorry sebab tak contact awak seminggu ni. Trust me, saya bukan nak mengelak daripada awak."
"Seminggu aje kut. Lepas awak graduate nanti, maybe lost contact terus."
Aku menggigit lidah. Usai berkata baru menyedari kata-kata yang aku lontarkan kepadanya berbaur sindiran. Tetapi Hanif tidak bersetuju, juga tidak menafikannya.
Maksudnya, betullah dia tak nak jumpa aku lagi bila dia dah graduate nanti?
Wajah Hanif yang mendongak, menghadap langit mendung aku pandang lama. Cuba untuk membayangkan hari-hari mendatang tanpa melihatnya. Betapa sukarnya hari-hari itu sementara dia, bersikap bersahaja.
Guess I was wrong to think yang saya penting bagi awak.
+
Rambut yang basah aku keringkan seraya menghenyakkan punggung pada katil yang tak berapa nak empuk. Abel mendongak sejenak dari terus bermain dengan telefonnya, mengerlingku sekilas pandang dan kembali menonton video di aplikasi YouTube.
"Kau cerita apa dengan Anep tadi?" Soalnya.
"Tak ada apa-apalah." Aku mengelak. "Borak kosong je." Sambungku lagi.
Bukan sengaja nak sembunyikan daripada Abel. Kalau betullah lepas Hanif—Anep dah tamat belajar nanti, kitorang terus tak berhubung sampai bila-bila, aku rasa sia-sia je untuk beritahu Abel pasal gurauan Han—Anep.
Baik simpan sendiri.
"Oh." Abel mengangguk. Tidak lagi mengajukan apa-apa soalan.
Dalam kesunyian yang ditemani oleh sorakan rancangan aneka ragam yang ditonton Abel, telefon milikku berdering. Tuala aku letakkan ke atas riba dan mencapai telefon di atas meja belajar. Tidak mengharapkan itu 'dia', tetapi—
Hanif sent you a link
Eh, link apa pula ni?
Awak selalu sangat kata awak suka lagu dalam playlist saya. Since I'm busy, kalau rindu, dengarlah. – Hanif
Playlist dia rupanya.
"Roses Are Red?" Aku membaca nama yang diberi kepada senarai lagunya.
"Hah?" Abel menyampuk.
Kepala aku gelengkan. Airpod dengan peratus bateri penuh aku ambil dari dalam laci. Menyambungnya kepada peranti dan menekan shuffle play.
I stay up all night
Tell myself I'm alright
Baby, you're just harder to see than most
I put the record on
Wait 'til I hear our song
Every night I'm dancing with your ghost
Every night I'm dancing with your ghost
+
haluuu apa khabar semuanya? maaflah sebab lama tak update. busy ke sana, ke sini urus borang nak masuk U.
since esok pun busy lagi, saya pun update pukul dua pagi huhu (ini pun baru siap taip ni huhuhu) so maafkanlah kalau typo ke apa. dah mengantuk sangat dah ni.
YOU ARE READING
Oxytocin
Teen FictionSekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menja...