Ding, ding!
I'm here – Arasy
"Siapa?" Tanya Hanif.
Aku meletakkan semula telefon ke atas meja. Menterbalikkannya agar tiada sesiapa yang dapat melihat pemberitahuan yang masuk. Hanif masih menanti aku menjawab soalannya.
"Kalau kawan saya... join kita, tak apakan?" Aku menggigit bibir.
Sepatutnya, sebelum mengajak Arasy duduk semeja dengan kami, aku bertanya terlebih dahulu kepada Hanif dan Abel. Terlupa pula Hanif dan Abel belum mengenali Arasy.
"Siapa?" Giliran Abel pula tertanya.
"Er..."
"Em." Kemunculan Arasy mendahului penjelasanku. "Hai. May I join?"
Abel memandangku dengan mata membulat. Meminta penjelasan. Aku menggaru kepala. Runsing bagaimana mahu memberi penjelasan tanpa menyinggung perasaan Arasy yang sudah berada di sini.
"Eh, boleh, boleh! Duduklah!" Faham dilema yang aku rasai, Abel bersuara.
Arasy dengan senang hatinya menari kerusi bersebelahan denganku. Meletakkan begnya ke atas meja sebelum melabuhkan punggung. Aku mengerling ke kanan, di mana Hanif berada kemudian ke kiri, di mana Arasy pula berada.
"Er... ini Abel, yang ni pula—" Aku melirik Hanif yang berpura sibuk dengan kertas kerja di tangannya dan menahan keluhan. "—Hanif."
Arasy mengangguk faham. "Arasy."
"Hai." Abel mengangkat tangan, memaksa senyuman. "Apa ni? Kamu dua bercintakah? Are you here to say hello to her friends?" Tanya Abel, berterus-terang.
Isy, Abel ni! Mulut...
Aku menendang kakinya di bawah meja. Dibalas dengan mulut terkumat-kamit, mengejekku. Apabila pandangannya jatuh ke wajah Arasy, senyuman meluatnya kembali. Sangat tidak mengalu-alukan Arasy.
Dan Hanif, masih membisu.
"Tak adalah. Dia kawan aku. Korang pun... kawan aku. Salah ke kalau aku nak introduce dia kat korang?"
"Eh, siapa cakap salah? Tidak salah pun." Kata Abel tetapi reaksinya jelas menunjukkan yang sebaliknya. "So, Arasy! Berapa lama kenal Em?"
"Lama jugalah. Since form 1 tapi we split apart for a few years." Jelas Arasy.
"Oh... salah siapa?"
"Abel!" Aku menggetap gigi.
"Salah saya." Akui Arasy. "Since awak dengan Em rapat, mesti dia dah cerita pasal apa yang saya dah buat kat awak. I won't defend my past action. Kalau awak benci kat saya pun, saya faham." Arasy menyambung.
Abel berundur. Menggaru kepala yang tidak gatal.
"Melampau juga kalau sampai benci." Gumamnya kepada diri sendiri.
Tahu tak apa! Marah sikit-sikit, cukuplah. Tak payahlah sampai benci-membenci Abel oii!
"Bukan korang selalu lepak berlima ke? Dua orang lagi mana? Siapa? Hannah dengan Pian?" Soal Arasy kepada kami bertiga.
"Entah. Lately, jarang dapat jumpa diorang." Jawabku.
"Alah, biasalah! Orang mula-mula bercinta. Hari-hari keluar dating." Tambah Abel, mengeluh.
Cemburu ke tu?
"Korang boraklah dulu. Aku nak pergi—"
Buk!
Setin minuman berwarna merah diletakkan di hadapanku. Hanif menarik semula tangannya dan membelek kertas kerjanya. Berlagak selamba.
Aku buat salah ke? Aku cuma ajak Arasy datang sini aje. Itu pun sebab nak perkenalkan diorang supaya lepas ni, tak adalah salah faham lagi pasal siapa Arasy sebenarnya.
Itu pun dia nak marah ke?
"Weekend ni ada festival. Korang datangkan?" Tanya Arasy.
"Not me. Part time job calling." Jawab Abel.
"Kau?" Arasy beralih kepadaku. "I mean, nak tak pergi dengan aku?"
"Boleh aje. Nanti aku tanya Hannah—"
"Berdua." Cantas Arasy.
Pergi berdua dengan dia? Berdua?
"Awak tak nak join ke?"
Sepasang mata coklat Hanif tidak berganjak dari terus memandang kertas yang dikepil di tangannya. Kepala digelengkan. Jawapan kepada soalanku.
"So?" Arasy mencelah lagi.
Aku menoleh ke kiri. "Hm. Boleh je."
Aku mengeluarkan komputer riba dari dalam beg yang aku bawa ke mana-mana. Menghidupkannya dan membuka Google. Mahu membuat rujukan berkenaan tugasan yang kami terima kelmarin.
Tiba-tiba, baseball cap yang aku kenakan ditanggalkan oleh seseorang. Terkejut, aku menoleh ke kiri. Topi hitam itu kini berada di tangan Arasy.
"Kan elok macam ni. Asyik pakai cap aje. Dah macam lelaki dah aku tengok." Leternya.
"Lelaki aje ke yang boleh pakai cap?"
"Tak adalah. At least macam ni, nampak feminin sikit. Orang kata, lagi molek." Sambungnya.
Bunyi heretan kerusi mengejutkanku. Sebaik saja aku menoleh ke kanan, Hanif sudah selesai mengemas barangannya. Dia bingkas bangun dan menutup zip begnya.
Topi hitam di tangan Arasy bertukar tangan dan kembali menutup kepalaku. Hanif menarik tali begnya sambil tunduk, melihatku.
"Wear whatever you want. Saya pergi dulu. Ada study group."
"Oh." Aku mengangguk meskipun hampa. "Okay."
Menghadiahkan senyuman nipis kepadaku, Hanif meninggalkan kafeteria. Kemudian Abel pula meminta diri kerana perlu mengganti syif kerja paruh masanya. Tinggallah aku dan Arasy yang masih di sini.
"Kau dengan Hanif, ada apa-apa ke?" Tanya Arasy.
"Hm?"
"Dia suka kat kau ke?"
Haih, kalaulah...
"Mustahillah. Kitorang kawan je."
Kawan. Hanya sebatas kawan.
YOU ARE READING
Oxytocin
Teen FictionSekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menja...