Bab 18

1K 136 1
                                    

Stereng kereta diputar, membuat U-Turn. Hanif menganggukkan kepalanya mengikut rentak lagu. Jika tahu liriknya, dia ikut menyanyi sekali. Orang lain buat, nampak normal. Bila Hanif yang buat, nampak lagi—comel. Kebudak-budakkan.

          Suara radio diperlahankan. Aku yang bermain permainan video di telefon lantas menoleh ke arahnya dengan alis terjongket. Hanif mengubah haluan kereta sebelum bersuara.

          "I forgot something. Boleh tak kita singgah kat office kakak saya kejap?"

          "Kalau lepas ni dia bawa kau jumpa family dia, confirm! Mesti dia mau something more serious. Something lebih dari kawan." Suara Abel terngiang di telingaku.

          Ramalan Abel bakal jadi kenyataan ke ni?

         "Emilia?" Panggil Hanif.

         "Hah?"

         "Boleh tak singgah kejap?"

         "Office kakak awak?"

         "Hm." Hanif mengangguk. "Kenapa? Takut ke dengan kakak saya?"

         "Eh! Kenapa pula saya nak takut?"

         Hanif ketawa. "Don't worry. You can wait at the lobby."

          Duduk kat kereta je tak boleh ke?

          "Oh. Okay."

          Hampir dua puluh minit memandu, Hanif menghentikan keretanya. Anehnya, benar-benar di hadapan pintu masuk utama bangunan tinggi hampir mencakar langit itu.

          Takpe ke parking kereta kat sini?

          Aku menuruti pergerakan Hanif dan meninggalkan perut kereta. Seorang lelaki bersut yang sudah berusia dan berkaca mata menghampiri kereta. Hanif menyerahkan kunci keretanya sambil tersenyum manis.

          "Jom." Hanif menyentapku dari terus merenung lelaki berkaca mata tadi.

          Pelik. Kedatangan kami seakan sudah diumumkan.

          Meskipun banyak persoalan, aku mengetepikan semuanya. Takut ditinggalkan bersendirian oleh Hanif di syarikat besar seperti itu, aku laju membuntuti langkahnya. Mengekalkan jarak tiga meter daripadanya.

          Sebaik saja melangkah masuk ke dalam, bau ubat-ubatan menusuk ke rongga hidung. Bahkan aku sempat berfikir bahawa kami berada di hospital. Melihat orang di sekelilingku yang rata-ratanya memakai pakaian formal dan bukannya pakaian pesakit, aku menidakkan tekaan sendiri.

          "Awak tunggu sini kejap." Pinta Hanif.

          "Okay."

          Menghadiahkan senyuman nipis, Hanif kemudiannya meninggalkanku di lobi sendirian. Mataku melilar. Mengagumi hiasan dalam bangunan itu. Meskipun dari luar kelihatan serupa dengan bangunan moden yang lain, dalamannya sama sekali berbeza. Agak ke Victorian Era sedikit.

           "Cik Emilia?" Lelaki tua berkaca mata tadi kembali dan menegurku.

          "Er, ya saya?"

          Senyuman seorang bapa terukir di bibirnya. Jelas kelihatan seperti orang yang baik. Posisi berdirinya dengan tangan diletakkan di hadapan juga tampil sangat sopan. Bahkan terlebih sopan bagiku.

OxytocinWhere stories live. Discover now