"SERIUS?!"
Air di dalam mulutku hampir tersembur keluar apabila Hannah menepuk kuat pahaku. Mata berkaca. Setelah menelan air, terbelahak pula. Abel menepuk belakangku perlahan.
Hannah yang tadi sopan duduk bersila membengkokkan sebelah kakinya. Tidak ubah seperti gangster. Teruja sangat ni.
"Anep cakap macam tu?" Tanya Hannah sekali lagi lalu menyumbat keropok berperisa durian ke dalam mulutnya. "Seriuslah?"
"Serius! Aku pun terkejut juga kenapa dia datang duduk semeja dengan kami. Lepas tu, siap cemburu lagi tengok si Em bercakap dengan Arasy." Abel menyampuk.
"Isy, merepeklah! Mana ada dia cemburu." Nafiku.
"Jadi kalau bukan cemburu, apalah konon? Risau? Bimbang kau makin rapat dengan Arasy? Samalah bah tu dengan cemburu. Dua kali lima juga."
Aku menggelengkan kepalaku. "Kenapa pula dia nak cemburu? Bukannya kitorang ada apa-apa pun. Aku dengan dia pun baru aje kenal satu sama lain."
"Melainkan..." Hannah menggigit kuku.
Abel membulatkan matanya. "Melainkan..."
"Melainkan... korang kenapa ni?" Aku memandangnya dan Hannah bersilih ganti.
Hannah membongkokkan badannya, merapatiku. "Melainkan... Anep suka kat kau."
Tawaku terburai. Nasib baik kali ni tak ada air dalam mulut. Kalau tak, memang dah tersembur ke muka Hannah. Siapa suruh buat lawak bodoh petang-petang macam ni?
"Korang ni terlebih tengok K-Drama ni. Imaginasi bukan main tinggi lagi."
"Mana kau tahu itu setakat imaginasi kami? Mana tau dia betul-betul suka kau." Tegas Abel.
"Ah, tak ada, tak ada! Itu imaginasi korang je." Aku bangun dari lantai. "Aku nak keluar kejap. Craving KitKatlah pula."
"Kalau craving, mintalah Abang Anep sayang belikan." Usik Hannah.
Isy! Asyik aku je kena bahan.
Pintu bilik yang aku kongsi dengan Abel aku tutup rapat. Gelak ketawa Abel dan Hannah tenggelam. Telefon aku tarik keluar dari poket seluar yang aku kenakan. Nombor tak bernama tertera pada skrin. Semalam, aku sudah menyelesaikan persamaan yang Hanif beri tapi... belum tahu nak simpan atau tidak.
Emilia ni. Saya ada benda nak cakap dengan awak. - Emilia
Butang hantar ditekan jari.
+
Dari kejauhan, kelihatan jejaka tinggi lampai dengan hoodie biru seruleannya. Belakang disandarkan pada batang pokok. Jari sibuk menekan butang pada skrin telefonnya. Daripada penampilannya, berkasut sukan dan dahi dibasahi titis peluh, mungkin dia kebetulan joging di taman berhampiran dormitoriku lagi.
"Weh, tengok tu! Itu Anepkan?"
"Eh, ha'ahlah! Dia buat apa kat sini? Macam tengah tunggu someone je."
Bisikan datang dari belakang menyentapku dari lamunan. Aku terlupa, ramai yang kenal Hanif. Salah aku juga minta dia datang tempat awam macam ni. Mestilah ramai mata memandang.
"Ha-Hanif!" Panggilku.
Mendengar namanya dipanggil, dia menoleh. Melihatku tanpa sebarang emosi terlukis pada wajahnya.
"Emilia?" Namaku dibisik. "Anep tunggu Emilia?"
Ah, sudah! Diorang kenal aku ke? Aduh!
Langkah aku percepatkan. Tunduk sepanjang jalan. Sia-sia usaha untuk menyembunyikan muka sedangkan identitiku telah diketahui. Hanif memandangku aneh. Serius dengan dahinya dikerutkan.
"Nak cakap apa?" Dia terus ke titik utama.
"Er... apa kata kita cari tempat lain dulu? Tempat yang tak ramai orang sangat." Cadangku.
Hanif mengemam bibirnya. Menahan senyum. Entah apa yang menghiburkan hatinya. Orang tengah panik kut. Dia boleh pula senyum.
"Awak nak buat apa kat saya sampaikan kena cari tempat sunyi?"
Kenapa... pelik sangat bunyinya?
Aku menelan liur. Lantas melabuhkan punggung pada rumput. Batang pokok cukup tebal untuk menyelindungkan wajahku. Aku mencodak semula dan menepuk permukaan berumpur di hadapanku. Dia akur tanpa protes dan duduk bersila.
"Apa dia yang awak nak cakap?" Ulangnya.
Senyuman tadi hilang dari bibirnya namun ekspresi seriusnya tidak kembali. Berwajah lebih ramah berbanding sebelumnya. Bersedia untuk mendengar bicaraku.
Nafas aku tarik sedalam-dalamnya. Mempersiapkan diri sebelum menyerangnya dengan persoalan demi persoalan.
"No matter how much I think about it, saya masih tak faham kenapa awak nak marah kat saya sebab Arasy? I mean, kita pun baru kenal each other. But you act like kita dah kenal lama dah. It just—tak masuk akal."
Hanif membisu. Jauh termenung.
"Kenapa awak diam?" Aku bersuara lagi.
Hanif menghela nafas panjang. "How about this? Kalau awak jawab soalan saya, saya jawab soalan awak. You get a chance to ask for every question yang awak jawab."
Tanpa berfikir panjang, aku bersetuju. Hanif tersenyum puas.
"Siapa Arasy?" Soalnya.
Aku merendahkan pandanganku. "Kawan lama saya. Same high school."
"Okay." Dia mengangguk. "Untuk jawab soalan awak, saya tak marah. Cuma risau sebab saya kenal Arasy. He's not the good guy type. Just tak nak awak jadi macam perempuan lain that he dated before." Jelas Hanif.
Bukan lelaki baik? Sejauh tu kau berubah? Mana Arasy yang aku pernah kenal dulu?
"Awak... pernah ada special feeling untuk dia ke? I mean, awak pernah suka kat dia ke?" Tanya Hanif lagi.
"Sorry. Saya tak tanya awak apa-apa soalan lagi. So awak tak boleh tanya soalan lagi."
Hanif terkebil-kebil. Baru menyedari syarat yang dia tetapkan memakan diri. Aku tertawa kecil melihat keliru pada wajahnya.
"Then—tanyalah saya soalan!" Getusnya.
"Hm... saya tak ada benda lain tanya. Saya nak jumpa awak sebab nak tanya kenapa awak marah je. Awak pun dah jawab soalan saya, so I'm good." Aku bangun dan menggosok seluar daripada kotoran tanah. "Saya balik dulu."
"Eh, kejap, kejap!" Dia menghentikanku. "Tanyalah... er... warna kegemaran saya ke? Makanan kegemaran saya ke? Saya boleh jawab!"
"Hm... kalau saya tanya pasal ex awak?"
Hanif mencebik. "Yang tu, tak bolehlah!"
"Then, no question for you!"
Aku berpaling darinya. Mengatur langkah pulang ke dorm.
"Saya suka warna biru!" Jeritnya.
"Tak tanya!" Balasku.
"Em—Emilia! Emilia! Awak!"
+
it's raining outside. so idea pun melimpah. thanks for reading ❤️
((kalau ada typo ke apa ke, maafkanlah ye. it's hard to stay awake without coffee 😭))
YOU ARE READING
Oxytocin
Teen FictionSekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menja...