Deheman membuatkan aku menoleh ke belakang. Dikejutkan pula dengan Hannah merehatkan dagunya pada bahuku. Wajahku dilirik penuh makna. Senyuman herot meniti di bibirnya. Sementara itu, Abel pula mengambil tempat duduk berhadapan denganku.
"Pandang orang semacam ni, dah kenapa? Buang tabiat?"
Hannah tertawa. Mengangkat dagunya dari bahuku dan melabuhkan punggung di sebelahku. Telefon ditarik keluar dari poket begnya lalu menaip menaip sesuatu pada skrin sebelum menunjukkannya kepadaku.
"Eh, ini..."
"Gambar kau dengan Anep kat cinema. Masa double date dulu." Cantas Hannah. "Cuba scroll bawah. Tengok caption dia."
Aku akur dan melakukan apa yang Hannah suruh. Nama pengguna akaun tersebut ditebalkan. Kemudian di sebelah namanya pula, ada sepotong ayat tertaip. Silap. Bukan sepotong ayat, tapi satu patah perkataan.
HanifAye pretty.
"So? Dah kira officiallah ni?" Usik Hannah.
"Official apanya? Alah! Kitorang kawan kut. Apa salahnya post gambar each other? Lagi pun, dalam gambar tu bukannya aku seorang je. Kan ada muka dia sekali."
"Kalau tak official, buat apa nak post bagi satu dunia nampak? Baik forward kat each other je."
Satu dunia? Takkanlah seramai tu orang like?
Liked by Wong_A., MarkS and 7,052 others
Rahang hampir jatuh ke lantai melihat angka tanda suka. B-biar betul?! Budak ni Instafamous ke apa?!
"Haih! Hari ni post gambar together." Hannah mengambil semula telefonnya dariku. "Esok lusa, apa pula?"
"Hari ni ke, esok ke, lusa ke, aku dengan dia cuma kawan je. Jangan nak berimaginasi macam-macam." Aku menggelengkan kepala.
"Kalau Anep betul suka kat kau, macam mana?"
Kalau dia suka kat aku...
EH! STOP, STOP, STOP!
Jangan pandai-pandai nak bayangkan. Tak boleh, tak boleh. Mustahil. Sangat mustahil.
"Kalau mau tahu dia suka kau atau tidak," Abel bersuara. "Kalau lepas ni dia bawa kau jumpa family dia, confirm! Mesti dia mau something more serious. Something lebih dari kawan."
"Aku setuju!" Hannah memukul kuat meja kayu, memeranjatkanku.
"Korang ni, ada-ada jelah."
Inilah padahnya dapat dua orang kawan yang imaginasi setinggi langit. Pantang nampak lelaki dengan perempuan berkawan. Terus buat novel.
"Emilia."
Hanif!
Aku mendongak sepantas kilat. Hanif menayangkan senyuman polosnya. Pian di sisi melabuhkan punggung di hadapan Hannah. Mulut Hannah muncung sedepa. Ini mesti bergaduh lagi. Haih, Hannah ni pun satu! Tak habis-habis dengan rajuknya.
YOU ARE READING
Oxytocin
Teen FictionSekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menja...