Langkahku menjadi perlahan apabila melihat Emilia bersembunyi di sebalik pondok perhentian bas. Bersembunyi daripada—
Arasy?
Deruman enjin kereta mengumpan Emilia keluar dari tempat persembunyiannya. Lututnya yang lemah membenarkannya terduduk pada bangku. Tidak lama kemudian, esakannya bergaung di jalan yang sunyi.
Aku merenungnya dari kejauhan. Mahu menenangkannya tetapi takut sekiranya aku bukanlah jejaka yang dia inginkan. Akhirnya, aku berundur.
Terlalu hampir untuk menyerah kalah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Oxytocin
Roman pour AdolescentsSekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menja...
