Bab 22

936 121 0
                                    

Seharian ke sana, ke mari, lutut mulai lenguh. Dari pondok perhentian bas mahu ke blok dorm pun terasa seakan berjalan kaki dari Sabah ke Sarawak.

          Penat, memang penat. Tapi berbaloi rasanya bila dapat luangkan masa seharian bersama kawan lama. Masing-masing dah tinggal berjauhan. Jumpa pun mungkin setahun dua tiga kali je. Sekali-sekala letih macam ni, apa salahnya?

          "Ahh!" Aku terduduk pada bangku taman.

          Betis yang hampir kekejangan aku urut perlahan. Sempat juga mengeluh disertakan dengan hembusan nafas yang panjang. Tanpa aku sedari, perbualan kami tiga sekawan bermain di minda. Biasalah.

          Bila dah lama tak berjumpa, mesti soalan wajib yang timbul, tak lain tak bukan pasal 'dah berpunya ke belum'. Tapi yang tanya tu, akulah. Nak juga tahu kalau kawan-kawan aku otak tak betul ni ada yang nak ke tak. Alih-alih, kena batang hidung sendiri. Soalan tu ditujukan kepadaku pula.

          "Eh, mana adalah! Berpunya apanya?" Seperti biasa, aku menafikan sangkaan mereka.

          "Eleh, kalau dulu kau cakap macam tu, aku percayalah! Tapi sekarang? Hmph!" Naja menjulingkan matanya ke atas.

           "Kau kutuk aku ke ni?" Aku menjegil.

           "Tak adalah macam tu." Anna menyampuk. "Kalau tadi kau tak tegur kitorang dulu, kitorang pun tak kenal kau! Dulu dengan sekarang, 180 darjah berubah. Beza sangat. Takkanlah tak ada yang sangkut dengan kau kut?"

          "Tak ada."

          "Seorang pun tak ada?"

          Seorang...

          Kenapa Hanif yang muncul dalam fikiran aku?

          Hanif suka aku? Perasan je lebih. Sah-sah budak tu playful. Pickupline basi dia pun, tak ada maknanya. Gurauan semata.

          Tapi kenapa aku masih fikirkan dia?

          "Aku rasa kau salah tanya soalan ni." Ujar Naja kepada Anna. Mengundang kerutan di dahi gadis berkacukan Belanda itu. "Kalau tak ada yang sangkut kat kau, tak apa. Tapi kau, takkanlah tak sangkut kat sesiapa?"

          Aku mencodak. Memandang dua orang gadis di hadapanku. Memeluk tubuh lebih erat berbanding sebentar tadi. Soalan Naja menggertakku. Otak menyuruh mulut berkata 'tiada', tetapi hati masih terumbang-ambing. Nak ikut kata hati, atau ikut apa yang terlintas dalam fikiran?

          "Seorang pun tak ada?" Naja tersenyum herot penuh makna.

          Takkanlah aku dah jatuh suka kat Hanif? Kalau tak, kenapa mulut berat sangat nak tidakkan soalan Naja?

          Tadi, alhamdulillah aku dapat meloloskan diri. Pertemuan seterusnya, entah apalah nasib yang menantiku. Selamat, selamat juga tapi fikiran masih belum tenteram. Mempersoalkan isi hati sendiri.

          Orang kata, perasaan suka, cinta, sayang tak boleh dikawal. Kalau betullah aku dah jatuh suka kat Hanif, aku tak nak salahkan diri sendiri. Tak nak salahkan sesiapa sebab itu di luar kawalan aku. Cuma, aku harap aku boleh selesaikan teka-teki ni dengan lebih awal. Tak adalah bagi diri sendiri harapan palsu pula nanti.

          Krik krik! Krik krik!

          Bunyi cengkerik mematikan lamunanku. Diikuti pula dengan dengungan. Bila mendongak, baru perasan lampu taman berkerdip-kerdip.

           "Rosak lagi ke?"

           Ding ding!

Aku letak note kau kat atas meja tau - Hannah

          Separa sedar, aku mengeluh apabila orang yang dinanti, bukan orang yang membunyikan telefon. Aku membuka ruang perbualanku dan Hanif. Mesej terakhir daripadaku masih belum berbalas.

Esok saya nak pergi library. Nak join tak?
- Emilia

          "Oh, Anep? Anep... dia busy!" Jawapan Pian kelmarin apabila aku bertanya Hanif di mana menyapa gegendang telinga.

           "Dia sibuk sangat ke?"

          Buzz buzz! Dengungan tiang lampu taman membuatkan aku menoleh ke arah jalan menuju ke pintu pagar dorm. Dengan lampu berkerdip, taman yang selalunya menenangkan tiba-tiba kelihatan menyeramkan. Saat ini, hanya satu hal yang bermain di benak;

          Kalau Hanif ada, tak adalah aku takut sangat.

+

Perpustakaan semakin lama, semakin kelihatan. Beberapa langkah dari anak tangga, aku berhenti melangkah.

Esok saya nak pergi library. Nak join tak?
- Emilia

          Mesej sudah dibaca, jawapan belum diterima. Sebelum ini, sesibuk mana pun dia, tak pernah pula sampai mengabaikan pesanan ringkas daripadaku.

          Jangan-jangan, dia ada masalah tak?

         Dek kebarangkalian itu ada, jari mendail pantas nombornya. Deringan pertama, kedua sehinggalah deringan keenam, panggilan masih tak dijawab. Aku mencuba sekali lagi namun keputusannya tetap sama. Kerana bimbang, aku memutuskan untuk memanggil Pian. Dua kali deringan saja panggilan dijawab.

          "Assalamualaikum Pian. Em ni."

          "Waalaikumussalam." Jawabnya.

          "Er, Pian. Awak dengan Hanif ke sekarang?"

          Hanif dan Pian, bagai isi dengan kuku. Siapa saja yang belum tahu darihal fakta itu. Di mana ada Pian, di situ ada Hanif.

          Ada jeda panjang sebelum dia menjawab. "Tak. Kenapa eh?"

          "Oh." Aku cepat-cepat menyembunyikan kehampaan pada wajahku meskipun Pian tidak dapat melihatnya. "Tak adalah. Saya mesej, tak jawab. Call, tak angkat. Sebelum ni, tak pernah pula macam ni."

          "Oh. Kitorang pun dah jarang sangat jumpa."

          "Oh. Iya ke?" Aku menggigit bibir. "Pian. Hanif... tak ada apa-apa masalahkan?"

          "Hm." Jawabnya singkat. "Em. Saya kena hang up ni. Lecture dah nak start."

          "Oh, okay. Thanks Pian. Assalamualaikum."

          "Waalaikumussalam."

          Baru sesaat selepas panggilan ditamatkan, telefonku berdering nyaring. Berharap itu Hanif, jari menekan butang jawab tanpa melihat nama pemanggil.

          "Hello? Hello?" Aku menyapa pemanggil.

          Panggilan ditamatkan begitu saja. Aku menjarakkan telefon dari telinga. Terkebil-kebil. Salah nombor ke?

           "So betullah ni number you?" Ujar suara dari belakangku.

           Aku menoleh ke belakang. Berharap sangkaanku tentang empunya suara garau itu salah, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Arasy menatapku tajam.

          "Macam mana you kenal Opah I?"

OxytocinTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang