Masa berlalu pantas. Pejam, celik, pejam, celik, sudah seminggu aku berada di sini dan... sudah seminggu berlalu sejak pertemuanku dengan Arasy. Tidur tak lena, mimpi tak indah. Semuanya bercelaru seperti dulu. Tanpa aku sedari, aku kembali ke titik permulaan.
Janjiku kepada diri sendiri untuk memulakan buku baru dan menghapus namanya dari kamus hidup seakan berada di tebing tinggi. Selangkah ke hadapan dan segala usahaku akan sia-sia.
Tak boleh, Em. Kau tak boleh jadi macam dulu. Kau dah janji kau nak berubah. Itu janji kau.
"But you did get my name right." Suaranya terngiang di telinga.
Kenapalah aku sebut nama dia? Kenapa aku masih ingat nama dia sedangkan dia—
Muka aku... berbeza sangat ke dengan dulu sampaikan dia tak kenal aku lagi?
"Em? Em?" Abel menepuk lenganku perlahan.
"Hah?"
"Kau okaykah ni? Kalau stress pun, janganlah tarik-tarik rambut. Nanti kau botak, jatuh saham." Guraunya.
Setelah itu baru aku menyedari kelakuanku, meraup rambut sendiri. Secara tak sengaja menjadi pusat perhatian semua di dalam dewan.
"Kau okaykah ni?" Soalnya lagi, kali ini kedengaran lebih serius.
"Okay." Aku menampal senyuman palsu. "Okay aje." Ulangku.
Abel membalas dengan senyuman. Lega mendengar penipuanku.
"Em!" Panggil Hannah yang duduk di belakangku. "Petang ni, aku ada date dengan someone. Then... dia ajak kawan dia sekali. Nak tak join kitorang? Kira double datelah." Sambungnya.
"Er..."
Aduh, bala apa pula ni?!
"Kau ni! Yakin betul si Em ni masih single."
Mata Hannah membulat. "Em. Kau... dah ada someone ke?"
"Hah?"
Ah, sudah!
"Er... t-tak ada. Tak ada." Aku menggelengkan kepalaku.
"YESSS!" Imran yang berdiri tidak jauh dari tempat kami berada bersorak keriangan.
"Yes, yes! Kau fikir kalau dia single, dia maukah sama kaukah? Mimpi deh loh!" Abel menjeling tajam Imran.
"Diamlah!" Imran menggetap gigi, geram.
"So, Em? Nak tak?" Tanya Hannah lagi.
Macam mana kalau dia kecewa bila tengok muka aku? Nak salahkan dia pun tak boleh juga. Semua orang pun nakkan pasangan yang cantik luar dan dalam. Cantik dalam tu, aku tak tahulah tapi cantik luar tu, semestinya bukan aku. Muka aku, level average pun tak pass lagi.
"Alah, please! Bolehlah Em. Kali ni aje." Rayu Hannah.
Aku mengerling Abel. Dia menganggukkan kepalanya.
"Iyalah, iyalah."
"Yes!" Hannah bertepuk tangan. "I'll text you the time and place."
"Hm." Aku bingkas bangun. "Abel jom."
Kami meninggalkan dewan kuliah. Kelas untuk hari ini, sudah tamat. Hannah menghantar pesanan. Meninggalkan alamat dan masa yang dia atur untuk temu janji. Masih ada dua jam lagi. Bolehlah buat tour keliling kampus dengan Abel.
"Em, Em, Em!" Abel menahanku. "Tu! Tengok tu!" Dia menuding ke suatu arah.
Anak mataku mengekori arah tudingannya dan mendarat pada seorang jejaka yang berdiri di hadapan kafeteria. Sebelah tangan memegang buku nota berkulit hitam, sebelah lagi memegang telefon. Terlalu fokus dengan skrin telefonnya untuk menyedari semua mata asyik mencuri pandang ke arahnya.
"Haih, handsomenya!" Puji Abel, angau.
Rambutnya disikat rapi. Kemeja merah bercorak genggang dibiarkan tidak berbutang dan dipadankan dengan t-shirt hitam. Seluar jeans membaluti kaki panjangnya dan sneakers Converse tersarung di kaki.
Sekejap-sekejap dia menilik jam tangan hitamnya. Kemudian alis tebalnya akan bertaup lagi. Sepertinya jengkel kerana seseorang terlewat. Dengan cuaca panas begini, siapa saja yang tidak jengkel kerana perlu menunggu lama?
"Eh! Bukannya..."
"Hm. Dialah." Abel mencantasku. "Kembar Zayn Malik yang joging di taman hari tu."
Kembar Zayn Malik? Sebab muka dia macam ada kacukan Pakistan ke?
"Muka handsome, otak handsome, poket handsome, nama pun handsome! Husband material betul!" Getus Abel.
"Nama? Kau kenal dia?"
"Gila tidak kenal!" Abel mengibas rambutnya. "Hanif Ayman, 24 years old, tahun terakhir in Pharmacy dan paling penting sekali—single."
"Farmasi? Bukan budak TESL?"
"Oh! Dengar cerita dia selalu joging di taman tu sebab sunyi."
"Oh." Aku mengangguk faham.
"Untunglah siapa yang dapat jadi girlfriend dia! Mau jadi kawan dia pun susah. Inikan mau jadi girlfriend. Haih, mimpi, mimpi!" Omel Abel sambil meneruskan langkahnya.
Aku menoleh ke arahnya untuk kali terakhir dan kali itu, tatapan mata kami bertemu di pertengahan. Dia menjongketkan sebelah keningnya. Aku laju-laju berpaling dan mengejar Abel.
Dia perasan ke aku tengok dia tadi?
+
Deringan telefon Hannah merencatkan perbualan kami tentang kampung halaman masing-masing. Tangannya pantas mencapai telefon. Nama yang tertera sebagai pemanggil berjaya menawan bibirnya, mengukir senyuman.
"Kejap eh." Hannah meminta diri dan beredar.
Akhirnya bersendirian, aku mencapai gelas berisi air kosong yang aku pesan. Meneguknya sampai kering. Membasahkan tekak sekaligus cuba untuk menghilangkan rasa gemuruh. Sejak tadi tidak putus bimbang kawan kepada Hannah itu akan kecewa kerana rupaku tidaklah seindah yang Hannah khabarkan.
"Sorry kitorang lambat. Sesat pula tadi."
Kerusi di hadapanku ditarik perlahan. Dia melabuhkan punggung. Buku nota berkulit hitam diletakkan ke atas meja. Tangannya juga sama. Lengan kemeja merah bercorak genggang digulung ke atas sedikit, mendedahkan jam tangan hitamnya.
Buku nota hitam? Checkered shirt? J-jam tangan hitam?
Aku mendongak. Bertatapan dengan sepasang mata hazel dan saat itu, jantung berhenti berdegup. Darah menderu laju.
"Em, ini Hanif." Hannah memperkenalkannya.
Dia tersenyum polos. "Panggil Anep je. Awak... Emilia, kan?"
Gulp.
+
Stay safe everyone! ❤️
YOU ARE READING
Oxytocin
Genç KurguSekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menja...