Suasana di perpustakaan hening. Bahkan bunyi pensel mekanikal ditekan pun bergema. Agak menjengkelkan apabila ada yang menekannya berkali-kali. Tak pasal-pasal kena jeling pustakawan. Padan muka!
Bau buku-buku lama yang disusun pada rak buku memenuhi segenap ruang. Bau yang menyenangkan bagiku. Bagaikan dadah yang membuatkan diri khayal. Cuma tanpa kesan sampingan yang membahayakan kesihatan.
Aku kembali ke mejaku dengan beberapa buah buku berkenaan bahasa Inggeris. Sebuah kamus terjemahan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu yang sudah aku miliki sejak berumur 9 tahun aku tarik keluar dari dalam beg. Ke mana-mana, aku sering membawanya. Tabiat yang tidak mudah untuk dilupuskan.
Tiba-tiba, bulu tengkuk meremang. Perasaan yang datang setiap kali ada seseorang yang berdiri rapat di belakangku. Dek ingin tahu, aku cuba untuk menoleh ke belakang tetapi terhenti apabila wajah Hanif berada hanya semeter di sebelahku.
"Awak baca apa ni? Panjangnya paragraph dia." Gumamnya, meneliti buku yang aku baca.
"A-awak buat apa kat sini?"
"Shh!" Pustawakan garang itu merenungku tajam.
Tangan naik menekup mulut. Kepala aku anggukkan, memohon maaf kerana berbuat bising. Hanif pula menjuihkan bibirnya. Menjeling pustakawan tadi.
Aku menahan tawa. Nasib baik masih beringat aku kat mana. Kalau tak, memang dah terburai dah tawa. Boleh pula dia jeling pustakawan tu.
"Tengok bawah." Bisik Hanif.
Aku akur dan merendahkan pandanganku. Dua tin merah dia goyangkan sedikit. Kening dijongketkan. Mengajakku keluar sebentar. Pelawaannya terlalu menarik untukku tolak. Memutuskan untuk mengikutinya keluar.
Hanif melabuhkan punggungnya pada anak tangga di hadapan perpustakaan. Hujung minggu itu tidak ramai yang datang ke perpustakaan. Rata-rata lebih memilih untuk ke panggung wayang. Menonton wayang yang baru dikeluarkan.
Hanif memberikan setin kepadaku. Aku membalas dengan senyuman, tanda terima kasih. Gas dilepaskan apabila penutup tin dibuka oleh Hanif. Baru saja ingin melakukan hal yang sama, Hanif menghulurkan tin minuman yang sudah dia buka kepadaku.
"Ambillah." Katanya.
Apabila tangan hampir menyentuh tin yang dia hulurkan, dia menariknya semula. Sangkaku, dia sengaja mengusik. Alih-alih, peluh air yang menitis pada permukaan luar tin dia lap menggunakan hujung t-shirt yang dia kenakan. Setelah itu, dihulurkan semula kepadaku.
"Nanti menitis kat baju awak, basah pula." Katanya seakan dapat membaca fikiranku. "Ambillah."
"O-oh. Thank you." Aku mengambilnya kemudian memberikan tin yang belum dibuka kepadanya.
Dia membuka penutup tin lalu meneguk minuman bergas itu. Hampir sendawa dek gas yang membotol di tekak. Aku menghirup sedikit. Malu pula kalau ter-sendawa depan dia. Sekali-sekala, kenalah control ayu.
"Awak buat apa kat sini? Tak lepak dengan kawan ke? Biasanya hujung minggu macam ni, ramai yang pergi mall." Soalku. Mahu berborak kosong.
"Pian busy keluar date dengan Hannah." Jawabnya dengan nada cemburu.
"Oh. Kawan-kawan awak yang lain?"
"Saya tak ada ramai kawan."
"Seriuslah?"
Hanif memandangku. "Hm. Kenapa?"
"Tak adalah. Kawan-kawan saya, ramai aje yang kenal awak."
"Iya ke? Tapi saya tak kenal diorang pun." Kepala dia garu, hairan. "Kenapa diorang tak pernah tegur saya?"
"Hm... mungkin sebab awak nampak dingin sangat?"
"Dingin?" Hanif ketawa kecil. "Saya dingin?"
"Nampak dingin. Awak pun asyik melekat je 24 jam dengan Pian. Lepas tu, kening tu asyik berkerut je. Siapa je yang berani nak tegur awak dengan muka garang macam tu?"
"Ohhh! Lepas ni kena senyum 24 jamlah?" Hanif menampakkan barisan giginya. "Macam ni?"
"Kalau awak senyum macam tu, jangankan kawan. Entah-entah boleh dapat girlfriend terus!" Gurauku.
"Mana awak tahu saya tak ada girlfriend?"
"Kalau awak ada girlfriend, takkanlah awak nak datang sini jumpa saya. Siap belanja Coca-Cola pula tu. Ini boleh dikira curang tahu?"
"Iya ke?" Hanif mengangguk, berfikir sejenak. "Kalau macam tu, awak jadi skandal saya jelah!"
Suara lantangnya membuatkan yang lalu-lalang menoleh. Melihat kami dengan pandangan aneh.
"Suara tu perlahan sikit, boleh tak? Depan library ni." Aku mengetap gigi. Geram.
Hanif menyengih. "Oh! By the way, awak pun single juga ke?"
"Ha'ah."
"Kenapa?"
"Sebab saya rasa... buang masa."
"Maksudnya awak tak pernah bercintalah sebelum ni?"
"Hm." Aku mengiyakan pertanyaannya.
"Kenapa? Parents awak dah bercerai so awak tak percayakan cinta? Ataupun awak pernah dimainkan?"
"Awak ni bercakap memang tak ada censorkan?" Aku menggelengkan kepalaku.
"Jawablah!" Desaknya.
"Dua-dua pun tak. In fact parents saya happily married. Jarang gaduh, even dah lama kahwin pun masih macam pengantin baru." Aku berhenti sejenak. "Saya... pernah suka someone. But it's not like dia mainkan perasaan saya ke apa. Saya yang berharap kat dia. It's okay though. I still believe in love. It's just—mungkin saya dengan dia not meant to be."
"So maksudnya, awak langsung tak pernah bercintalah ni?"Aku mengangguk. "But it's okay. Saya selalu baca romance novel."
"Mana sama bercinta in real life dengan baca pasal love story orang lain."
"Kenapa pula tak sama?"
"Tak samalah!" Bangkangnya keras. "Tak boleh jadi ni. Looks like saya kena carikan awak boyfriend."
"Thank you, next."
"Saya tetap nak carikan juga! Tapi... awak janganlah hampa sangat."
"Kenapa?"
"Sebab... iyalah. Mana ada lelaki lain yang handsome macam saya. So awak janganlah letak harapan tinggi sangat."
"Ya Allah, perasannya orang ni!"
Hanif meneguk minumannya sambil ketawa. Alih-alih terbatuk. Mata merah dan berkaca.
"Haa, itulah! Kutuk orang lagi!" Ejekku.
"Serius! Sakit!" Dia berhenti sejenak. Melepaskan batuk. "Gas dia sampai ke hidung." Sambungnya.
Aku menepuk belakangnya. Meniru perbuatan Abel tempoh hari. Perlahan-lahan, batuknya reda. Dia menyambung tawanya semula.
Hanif, Hanif.
YOU ARE READING
Oxytocin
Teen FictionSekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menja...