Bab 28

938 126 10
                                    

Buzz buzz!

          Telefon yang aku tetapkan pada mod getar menggegarkan permukaan meja kayu di perpustakaan. Tangan pantas mencapainya. Mengabaikan longgokkan buku di hadapan sejenak.

Masih kat library lagi ke? – Hanif

Ha'ah – Emilia

"Kenapa? Rindu ke?" Jari berhenti menaip. "Eh, apa aku merepek ni! Delete, delete!"

Ok. Tunggu saya. – Hanif

          Hanif nak datang sini ke?

Aku membuka kamera. Melihat wajah sendiri pada cermin. Mata membulat.

"Kenapa dia nak datang time muka aku macam zombie?"

          Tak boleh jadi ni. Kena pakai make up. Barulah tak nampak macam mayat hidup. Pucat sangat.

Aku menutup buku pada meja dan mencapai tote bag milikku. Bergegas pergi. Alih-alih—bukk!

"Ah!" Aku memegang dahi setelah terlanggar sesuatu yang keras.

"Shh!" Pustakawan menjegilkan matanya.

          Alah, bukannya orang sengaja pun!

"Kau okay ke?" Bisik seseorang.

Aku mendongak. Terbeliak melihat Arasy berdiri di hadapanku sambil memegang bahunya. Dia menyengih.

Laa, aku terlanggar bahu dia ke tadi? Kenapa keras semacam? Ingatkan terlanggar tiang tadi.

"Okay." Aku turut menyengih, malu. "Pinjam buku ke?"

"Ha'ah."

"Shh!" Amaran kedua diberikan.

Aku dan Arasy saling berpandangan. Menahan tawa. Memutuskan untuk menyambung perbualan kami di luar saja sebelum kedua-duanya dihalau keluar. Dapat malu pula nanti.

"Kau seorang je ke?" Tanya Arasy setelah menutup pintu dengan rapat.

"Ha'ah. Tak ada benda lain nak buat. Study ajelah jawabnya."

"Oh." Arasy mengangguk faham. "Nak tak tolong aku?"

"Tolong? Tolong apa?"

Arasy menari-narikan keningnya. Mengusikku.

"Jom. Ikut aku."

+

Bau cat segar membuatkan aku terimbas waktu kami rakan sekelas di bangku sekolah rendah mengecat balkoni sempena Sambutan Hari Kemerdekaan. Seronoknya zaman masih kanak-kanak dulu. Kenangan pahit memang ada, tapi manis tu lebih banyak.

Dulu, aku tiap hari balik rumah menangis sebab kena buli. Masa tu, memang berdendam dengan semua tapi bila dah besar, rasanya simpan dendam pun tak berguna. Sama macam aku, diorang pun masih budak-budak lagi dulu. Manalah tahu kesan daripada kata-kata diorang. Yang diorang tahu, main je. Hal lain, tak ambil kisah. Aku pun macam tu juga.

Lepas aku capai BMI normal, pernah juga terfikir kenapa masa kecil dulu aku tak terfikir pun nak kuruskan badan. Kalau tak, mesti aku tak kena buli. Menyesal? Tak adalah. Cuma tertanya.

"Korang tak buat booth ke?" Tanya Arasy.

"Hah?"

"Untuk festival nanti. Tak buat booth ke?" Ulangnya.

OxytocinWhere stories live. Discover now