Bab 29

882 112 0
                                    

Pin boling jatuh dengan sekali balingan. Strike demi strike ditunjukkan oleh jejaka berjaket denim itu. Sedangkan aku, setiap balingan terpesong ke gutter. Kalau bertuah, dapatlah jatuhkan satu, dua pin.

Masa double date dengan Hannah dan Pian dulu pun benda yang sama jadi. Bukan main seronok lagi semua gelakkan aku. Hannah sampaikan nak berguling atas lantai. Hanif pula...

Keluhan aku lepaskan. Menghenyakkan punggung pada bangku. Smoothie pada meja aku capai. Membuka penutup dan meneguk terus tanpa menggunakan penyedut minuman.

Panas pula hati aku diorang gelakkan aku. Aku manalah reti main benda-benda macam ni. Lahir dan membesar di kampung. Main congkak, baling selipar, aku tahulah. Ini pun... kali pertama masuk tempat ni.

"First time?" Hanif bertanya.

Malu-malu, aku mengangguk jua.

"Sorry."

Hanif menjongketkan keningnya. "Kenapa?"

"Iyalah. Sebab saya, kita kalah."

"Oh." Dia tertawa kecil.

Haih, ketawa pun merdu! Seronok aje dengar. Hm.

"Awak nak menang ke?"

"Mestilah nak!" Getusku. Menjeling Pian yang sedang mengajar Hannah bagaimana untuk membaling bola dengan betul. "Tapi Hannah dengan Pian hebat sangatlah."

"Then, let's win." Hanif meregangkan tangannya.

"Hah? Serius?"

Dia mengangguk. "Kalau saya dapat strike til the end, rasanya boleh menang kut. Tapi beza markah dengan diorang tak adalah jauh mana. Dalam lima, enam pin macam tu?"

"Serius? Boleh ke? Yakin?"

"Belum cuba, belum tahu." Jawab Hanif, menjongket bahu.

"YESSS!" Jeritan riang Hannah bergema.

"You see our level bro?!" Cabar Pian, turut meraikan kemenangan mereka.

Hanif memilih bolanya. Sempat menoleh ke belakang, melontarkan pandangan ke arahku sebelum membaling bola.

Bola boling bercorak galaksi itu kekal di tengah laluan. Semakin menghampiri pin yang disusun dalam formasi segi tiga dan...

STRIKE?!

Hanif berpaling dari laluan. Berjoging ke arahku. Badan direndahkan agar setara denganku. Barisan gigi ratanya ditayangkan.

"Hebat tak?"

"Em!"

"Hah?" Aku terkebil-kebil.

Jejaka yang ada di hadapanku bukanlah Hanif. Tetapi Arasy. Buat satu milisaat, terdetik rasa kecewa.

"Hebat tak?" Tanya Arasy.

"Oh. Hebat." Aku mengangguk, menaikkan dua ibu jari.

Arasy memuncungkan bibirnya. "Macam tak ikhlas je puji."

"Eh, mana ada! Hebatlah!" Nafiku sekerasnya.

Arasy duduk di sebelahku. "Last year, aku selalu datang sini dengan Syura. Dia yang ajar aku main boling."

Syura? Ex dia yang serang aku hari tu?

"Hari tu, kau ada cakap kat aku. Dengar boleh, percaya jangan. Maksud kau?"

"Oh. Tu?" Arasy menarik nafas dalam. "Aku rasa, kau pun mesti dah tahu cerita pasal akukan? Alah, pasal aku ni kaki perempuan, budak jahat semua tu!"

Aku bungkam. Diamkan tandanya 'iya'?

"Semua tu tak betul pun. Aku pun tak tahu dari mana rumors tu muncul tapi disebabkan rumors tu, tak ramai yang nak berkawan dengan aku. Almost... kena pulau?"

Arasy menghembus nafas panjang. Merenung pin yang sudah disusun semula. Seakan sedang mengimbas kembali sesuatu. Mungkin kenangannya dan Syura?

"Syura's the first girl yang approach aku lepas rumors tu tersebar. It's like dia tak kisah or tak percaya langsung dengan semua tu. Masa kitorang still together, ramai yang beritahu dia yang aku curang kat belakang dia tapi dia tak pernah ambil peduli. She said, selagi tak ada bukti, dia takkan percaya langsung. Sikit pun tak."

Harijadi Arasy, aku ada hadiahkan Skittles. Letak senyap-senyap dalam buku dia kat library. Mesti bukti tu kukuh sangat sampaikan Syura sendiri datang jumpa aku.

"Sorry." Aku menggigit bibir. Tertunduk kerana malu.

"Kenapa?"

"Kalau bukan sebab aku, mesti kau dengan dia still together."

"Don't be. Ada hikmahnya juga. Everything that happened, semua tulah yang bagi aku peluang kedua untuk kenal kau. Untuk jadi kawan kau once again. So tak payahlah nak rasa bersalah bagai." Nyata Arasy. Tiada kepura-puraan disebalik kata-katanya.

Aku memandangnya. "Kau... betul-betul suka kat dia ke?"

"Hm." Tanpa perlu berfikir dua kali, Arasy mengangguk.

Kenapa aku tak rasa cemburu langsung sedangkan budak lelaki yang aku pernah suka dulu, suka perempuan lain yang semestinya bukan aku?

Perasaan aku... dah pudar ke?

+

"Aku hantar kau sampai sini ajelah." Arasy mengerling ke arah meja di tengah kafeteria yang dihuni oleh Hanif dan Abel. "Takut nanti ada marah pula nanti." Tambahnya, bergurau.

"Marah? Oh. Maksud kau Hanif ke?" Aku turut mengerling ke arah jejaka berhud kelabu yang sedang memandang ke arah kami. "Aku dengan dia kawan ajelah."

"Iya ke?" Usiknya.

Haih, kalaulah aku boleh nafikan...

"Iyalah!" Getusku. "Dah, shoo, shoo!" Tangan mengipas, menghalaunya.

"Thanks temankan main. Walaupun kau tahu kau noob."

"Amboi, sedap aje mengata orang!"

Aku mengangkat tangan. Mahu memukul Arasy seperti dahulu setiap kali dia mengusikku. Belum sempat tangan memukul lengannya, dia sudah menghayun langkah.

"Haa, baru nampak!" Getus Abel setelah melihatku. "Kau dari mana? Jalan dengan Arasykah?"

"Ha'ah. Dia ajak main boling." Aku menarik kerusi, duduk berhadapan dengan Abel dan bersebelahan dengan Hanif.

"Hannah dengan Pian entah pergi mana. Kau pula, sibuk memanjang. Lepak dengan kami pun jarang." Rungut Abel.

"Iya ke jarang?"

"Iyalah! Kan Anep?" Dia menoleh ke arah Hanif, meminta sokongan.

"Hm?"

Hanif memandang Abel kemudian aku. Tiada jawapan pasti yang diberikan. Hanya jongketan bahu.

Haih, dia marah lagi ke? Dingin semacam...

OxytocinWhere stories live. Discover now