Hanif's POV 3

941 113 2
                                    

Hannah sent you a photo

Kau nak buat apa? – Hannah

Adalah! – Hanif

          Aku menekan gambar yang dikirim oleh Hannah sebentar tadi atas permintaanku. Gambar pertamaku dan Emilia. Juga janji temu pertama kami.

          Ikon aplikasi Instagram aku tekan. Mahu memuat naik gambar kami seperti yang aku rancang sejak semalam.

          "Caption? Caption, caption, caption... nak letak apa eh?"

          "Aku balik dulu." Beritahu Pian.

          "Eh, kejap, kejap, kejap!" Aku menghentikannya. "Bagi aku satu caption yang sweet. Tak payahlah yang sweet sangat. Eh, tapi kalau ada pun, okay juga!"

          "Kata cool sangat. Buatlah caption sendiri." Pian menjelirkan lidah dan bergegas pergi.

          Macam ni ke sepupu?

          "Nak letak apa eh? Cute? Isy, creepy pula! First date? Eh, tak boleh, tak boleh!" Aku menggigit kuku. "Nak letak apa eh..."

OxytocinWhere stories live. Discover now