Hari dulu berulang kembali setelah lama aku ternanti-nanti kapan ia datang lagi. Dua tin merah minuman berkarbonat berdiri bersebelahan, gelanggang bola jaring yang kosong, langit senja dan seorang jejaka bernama Hanif di sebelahku.
Hanif menekan sesuatu pada skrin telefonnya. Sesaat kemudian, petikan ukulele menyapa lembut gegendang telinga. Telefon dia letakkan di antara kami. Mulutnya ikut sama menyanyikan lirik lagu.
Your big brown eyes
Stare straight back at mine
I have underlined
The words I wanna say to you
Tubuhnya digerakkan ke kiri dan ke kanan mengikut rentak lagu. Senyum yang ku tahan, pecah jua melihat telatahnya.
Your rosy cheeks
And the way you smile
Is enough
Just to get me through
Hanif mengangkat kedua tangannya ke udara lalu dilambaikan. Tak ubah seperti berada di dewan konsert. Kali ini, tawaku pula terlerai. Hanif turut ketawa.
"Lamanya tak lepak macam ni." Luah Hanif.
"Salah siapa? Salah yang merajuk tulah."
"Merajuk? Siapa yang merajuk? Mana ada saya merajuk!" Nafinya dengan keras.
"Whatever floats your boat, bro." Aku menghirup Coca-Colaku.
"Sorry." Hanif tersenyum kelat. "I knew I was being a jerk and I have no excuse. Sorry sebab again, paksa awak cerita pasal past awak."
Aku mengangguk faham. "Dahlah. Past is past. Tak payah ungkit lagilah. Dapat lepak macam ni pun, dah buat saya lupa dah pasal our little misunderstanding."
"Awak ingat lagi tak rule yang awak pernah bagi? Kalau saya jawab satu soalan awak, awak akan jawab satu soalan saya. Ingat lagi tak?"
Aku mengangguk.
"How about this? Saya beritahu awak my darkest past and in exchange, you'll tell me yours."
Beritahu dia pasal aku dengan Arasy?
"Tapi kalau awak tak nak—"
"Okay." Cantasku. "Gentleman first."
Hanif tertawa kecil.
"My darkest past would be... pasal seorang perempuan ni. Agak klise, but she was my first love." Hanif tersenyum kelat. "Kitorang bercinta lama jugalah. Dua tahun. Then one day, saya dapat tawaran untuk sambung Foundation. Again, agak klise but I left her."
"Kenapa?"
"Back then, saya beritahu dia saya tak boleh multitask. It's either fokus kejar cita-cita saya atau fokus dengan relationship saya dan dia. Sepanjang dua tahun tu, saya dah sayang dia. Saya dah anggap dia someone yang penting dalam hidup saya but at that time, saya langsung tak teragak-agak tinggalkan dia. End things macam tu je." Hanif memetik jari. "Tapi bila saya fikir balik, it's not because saya tak boleh multitask. I was just acting like a jerk. Like I always did."

ANDA SEDANG MEMBACA
Oxytocin
Fiksi RemajaSekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menja...