Buku nota dan pen highlighter bertaburan di atas meja. Kelas hari ini dibatalkan. Aku, Abel dan rakan sekelas yang lain memutuskan untuk belajar dalam kumpulan.
Meskipun semuanya fasih berbahasa Inggeris, masih ada beberapa hal yang masing-masing lemah. Belajar berkumpulan, senang sikit nak minta tunjuk ajar dengan yang lain.
Teriknya matahari bagai menyedut seluruh tenaga yang bersisa. Abel sejak awal lagi sudah terlelap. Macam mana tak mengantuk kalau semalaman bersengkang mata layan Oppa dia buat comeback. Abel, Abel.
Hannah pula, janji tiga puluh minit lagi sampai. Tiga puluh minit macam tiga puluh dekad pun ada. Tak lain, tak bukan, ini mesti tengah keluar dengan Pian. Kata Hannah, Hanif asyik nak berkepit dengan Pian. Ini macam dah terbalik dah ni.
"Korang tahu tak apa yang paling menghampakan?" Alin bersuara. "Aku ingatkan, budak TESL ni ramai yang handsome. Bolehlah cuci mata sambil study group macam ni. Tapi..." Dia melirik ke arah Imran dan rakan lelaki yang lain lalu menggelengkan kepala.
"Apa? Apa?!" Imran mendabik dada, tak berpuas hati dengan komen Alin. "Ingat kau cantik sangat ke? Eh, cermin muka tu dulu! Emilia seratus kali ganda lagi cantiklah!"
"Hah?" Aku menoleh ke arah Imran.
K-kenapa nama aku... masuk sekali ni?
"Korang rasa, kalau aku pikat Aiman Wong, budak Biochem tu, dapat tak?" Alin bersuara lagi.
Tiba-tiba, Abel bangkit dari lenanya. Tawa kuat dileraikan. Siap bertepuk tangan. Bukan main terhibur lagi.
"Dalam mimpi pun, confirm tidak dapat!" Laung Abel dari hujung meja kepada Alin yang duduk di sebelah hujung.
Alin mencebik.
"Tapi betul juga. Tak fair gila! Biochem ada Aiman. Architecture ada Daenish. Dentistry ada Mark. Pharmacy pula ada Hanif. TESL? Hm. Ada monyet." Sahut Mira, menyokong Alin.
Imran melonggarkan kolar bajunya. Mengipas muka sendiri. Makin geram.
"Handsome, memanglah handsome. Tapi semua cold mengalahkan ais batu!" Keluh Abel.
"Hm. Lebih-lebih lagi Aiman."
"Aiman?" Mira menggelengkan kepala. "Hanif lagi cold. He's like the coldest. Yang lain even cold, still ada kawan. Hanif? Tuuuu! Pian seorang je yang layak jadi kawan dia."
Hanif? Paling dingin?
"Eh, tengah cakap pasal Hanif ni, apa kata kita tanya Em terus?"
"Hah?" Aku memandang kembali semua mata yang melekat pada wajahku.
"Menurut sumber terkini, kau yang paling rapat dengan Hanif. Ceritalah dia macam mana orangnya." Abel menari-narikan keningnya.
"Hah?" Aku menggaru kepala. "Macam mana... macam mana lagi? Macam yang kau nampaklah. Kau pun selalu apa, join kitorang lepak." Kataku kepada Abel.
"Alah, itu lepak ramai-ramai! Kalau berdua dengan kau, macam mana pula?" Tanya Abel lagi.
Dah kenapa aku duduk kat spotlight pula ni?
"Er... dia..."
"Emilia." Panggil suara dari belakangku.
Aku pantas menoleh ke belakang. Hanif berdiri seraya tersenyum kecil. Tangan diangkat sedikit. Menayangkan dua cawan aiskrim kepadaku. Aku mengangguk faham. Kembali memandang mereka yang lain.
YOU ARE READING
Oxytocin
Teen FictionSekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menja...