Gelak ketawa datang dari bilik yang aku kongsi bersama Abel bergema di sepanjang laluan. Apabila aku berhadapan dengan pintu yang ditutup rapat, suara Hannah turut kedengaran.
Betullah Abel cuma marah kat aku seorang. Buktinya, dengan Hannah dia boleh pula bergelak ketawa. Dengan aku, berhari tak bertegur padahal hidup sebilik. Bukan sengaja tak nak tegur dia. Bukan sebab aku ego. Tapi serius, aku terasa.
Sangkakan kawan, rupanya lawan.
Tombol pintu aku pulas. Kehadiranku di situ mematikan tawa Abel sementara Hannah pula menyambut kepulanganku dengan senyuman manis dan lebarnya.
"Balik pun! Meh! Aku ada beli banyak makanan ni. Coklat, chips, semua ada!" Hannah menepuk lantai di sebelahnya.
"Aku tidur dulu." Ujar Abel.
"Alah! Kejap lagilah! Baru pukul 10. Em pun baru je balik." Pujuk Hannah.
"Aku mengantuk." Balas Abel dingin.
"Cakap jelah kau tak nak tengok muka aku. Tak payahlah nak berkias bagai." Sampukku.
Hannah memandangku. Terkebil-kebil. Keliru dengan situasi sekarang.
"Oh. Baguslah kalau kau tahu."
"Korang berdua... kenapa? Gaduh ke?" Tanya Hannah, memandangku dan Abel bersilih ganti.
"Aku tak fahamlah! Kau selalu lepak dengan kitorang kut! You should've known aku dengan Hanif kawan je. About Arasy, kau pernah ke nampak aku keluar date dengan dia? Even tak ada bukti pun yang aku two-timing, you still gonna believe them?"
"Bila masa aku cakap aku percaya diorang?" Abel merenungku tajam.
"So?! Kalau kau tak percaya, kenapa buat perangai macam ni?"
"Weh! Korang kenapa sia?" Hannah bangun, meletakkan tangannya pada bahuku.
"Kenapa kau tidak pernah bagi tahu aku pasal Arasy? Pasal kau dengan dia, dulu berkawan."
"Siapa beritahu kau?"
Setahu aku, Hanif seorang je yang tahu pasal ni. Macam mana pula Abel tahu?
"Arasy. Dia tanya aku pasal sekolah lama kau. Tanya kalau kau Emilia Rose yang dia pernah kenal dulu. Time tu baru aku sedar. Kita berkawan tapi aku sikit pun tidak tahu apa-apa pasal kau."
Tawa sinisku pecah jua akhirnya. Ini alasannya dia bagi layanan dingin kat aku? Sebab benda remeh macam ni?
"Kita kenal dah berapa lama? Baru dua bulan. Kau expect aku beritahu semua past aku kat kau within a few months? Dua puluh tahun worth of stories, kau nak aku beritahu semuanya kat kau dalam dua bulan je?"
"Em..." Hannah mengusap belakangku.
Air muka Abel berubah serta-merta. Dia memalingkan wajahnya ke arah lain. Memeluk tubuh. Masih dengan egonya.
"Kau ingat senang ke aku nak spill everything macam tu je?" Mata berkaca aku kerdip. "Isn't that selfish of you?"
Aku memandangnya buat kali terakhir sebelum meninggalkan semula bilik. Namaku yang dilaung oleh Hannah tidak aku endahkan. Keinginanku, untuk pergi jauh dari situ. Jauh dari Abel.
+
Cakerawala bertaburan di angkasa. Berkelipan ke arah bumi. Satu, dua hingga yang ke sejuta dan seterusnya. Sayangnya, langit malam bertentangan dengan apa yang aku rasakan. Sementara langit tenang tanpa hadirnya kepulan awan kelabu, aku merasakan yang sebaliknya. Melankolik.
"Dah agak dah. Mesti awak kat sini." Suara garau menyapa.
Sahutan cengkerik tenggelam dek suaranya. Dia melabuhkan punggung di sebelahku. Tin merah minuman berkarbonat dia buka lalu diberikan kepadaku.
"Mana awak tahu saya kat sini?" Tanyaku.
Hanif tersenyum kecil. "Hannah beritahu Pian, Pian beritahu saya."
"Hannah beritahu Pian saya ada kat taman?"
Hanif menggeleng. "Pasal awak dengan Abel. Saya teka je awak ada kat sini. Tak sangka pula tekaan saya betul."
"Oh." Aku menghirup minuman yang dia berikan. "So awak dah tahulah pasal rumor tu?"
"Awak lupa ke? Saya mana ada kawan lain. Nak tahu rumor macam mana?"
"Betul ke awak tak tahu?" Aku memandangnya.
Hanif menjongket bahu selamba. "Kenapa? Awak nak saya tahu ke?"
Tak nak. Kalau boleh, aku tak nak kau tahu langsung.
Hanif mendongak, mencerap langit. Nafas panjang dia hembuskan.
"Saya tak tahu." Dia menoleh ke sisi. "Saya tak nak tahu." Tambahnya.
"Hanif."
"Hm?"
Terima kasih. Terima kasih sebab pura-pura tak tahu.
"Kenapa renung saya macam tu?" Hanif menjongketkan alis tebalnya.
"Kalau awak boleh jadi something else selain daripada manusia, awak nak jadi apa?"
"Hm..." Hanif menghayun kakinya ke depan dan ke belakang seraya berfikir. "Lampu isyarat."
"Hah? Kenapa pula?"
"Sebab... saya nak berubah jadi merah and stop awak. So saya boleh tengok awak lebih lama." Hanif menatapku sambil tersenyum. "Macam sekarang."
T-tengok aku? A-apa—dia merepek a-apa pula ni?
Bahang naik ke pipi. Membakar seluruh wajah. Rasanya, muka aku dah menyerupai tomato dah sekarang.
"Awak pula?" Hanif mengajukan soalan yang sama.
"Er..." Aku menggaru kepala. Masih malu dek kata-katanya sebelum ini. "Lego."
Sebab lego biar dimusnahkan berpuluh kali sekalipun, tetap boleh bercantum semula.
"Kenapa? Sebab awak suka sakitkan saya?"
"Hah?!"
"Kan sakit tu kalau terpijak lego."
"Tak, tak, tak! Sekarang ni, sejak bila pula saya sakitkan awak?"
"Tadi." Dia mencebik. "Saya dah bagi pickupline, awak diam je. Tak ada respon pun."
"Tak ada respon? Awak tak nampak ke muka saya merah habis tadi?"
Hanif menyengih. "Kenapa? Suka?"
"Perasan!"
"Haa, tengok! Baru je cakap tadi. Dah sakitkan orang lagi." Bibir muncungnya muncul semula.
"Eleh! Dia yang terlebih sensitif, salahkan kita pula!"
Hanif tertawa mendengar komenku. Buat seketika, aku terlupa hal yang menyebalkanku.
+
I'm back hihi. thanks for reading!
YOU ARE READING
Oxytocin
Teen FictionSekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menja...