Panggilan telefon daripada Umi aku akhiri dengan ucapan salam. Seraya melepaskan keluhan, aku melabuhkan punggung pada salah satu anak tangga yang menuju ke pintu utama perpustakaan.
Aku dan Hanif datang bersama tetapi kerana dia ingin meminjam beberapa buku dan perlu beratur di belakang dua orang peminjam, aku pun memutuskan untuk menunggunya di luar. Kebetulan pula Umi membuat panggilan kepadaku.
"Em tak payah risaulah. Em belajar je elok-elok. Biar umi dengan abah je yang fikir pasal ni." Itulah kata-kata terakhir mama sebelum panggilan ditamatkan.
"Macam mana tak risau?" Sekali lagi, aku mengeluh.
"Risau? Risau kenapa?" Hanif duduk di sebelahku. Buku yang dia pinjam dimasukkan ke dalam begnya satu persatu. "Awak ada masalah ke?"
"Lebih kurang."
Aku mempamerkan senyuman kecil. Berharap Hanif membiarkan hal itu berlalu, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Dia menatapku tanpa bersuara. Menungguku menyambung ayat.
"Family saya. Financial problem." Akhirnya, terpaksa luahkan jua.
"Oh." Hanif mengangguk faham.
Definisi faham untuk Hanif, mungkin tidak mendalam. Kalau betullah keluarganya memiliki hidup semewah yang dia ceritakan tempoh hari, rasanya, masalah kewangan keluarga pun dia belum pernah lalui. Bukan mahu menghakiminya. Malahan, aku cukup mencemburui nasib baiknya.
"Umi suruh saya tak payah risau, but we both know it's impossible."
"So? Awak nak buat apa?"
"I don't know. Cari part-time job? Awak tahu tak mana-mana kafe yang perlukan pekerja? Tak kisahlah waitress sekali pun."
Hanif mengerutkan dahi. "Teruk sangat ke sampai awak kena kerja part-time?"
"Tak adalah teruk sangat. Tapi kalau saya kerja part-time, at least umi tak payahlah bagi saya elaun tiap bulan. Saya boleh guna gaji saya untuk beli apa-apa yang perlu, yang saya nak."
"Hm." Hanif berfikir sejenak. "Nanti saya tanya Pian. Kutlah dia tahu mana-mana kafe yang nakkan part-timer."
"Thank you."
Kerutan pada wajah Hanif menghilang dan bibir mendatarnya perlahan-lahan melengkung ke atas. Membalas senyuman kecilku dengan senyum manisnya.
"Awak janganlah risau sangat. I'm sure it'll be okay." Tuturnya lemah lembut.
Walaupun aku tahu Hanif tidak mengerti keadaanku sekarang, mendengar dia berkata demikian masih mengusik hati dengan perasaan yang menyenangkan. Tanpa dipaksa, bibir sendiri melebarkan senyuman. Dada menghembus nafas separa lega.
"Cakap pasal kafe, nak tak lepak kat Con Café kejap?" Cadang Hanif.
"Boleh juga."
"Tapi... ada someone yang nak join."
Someone?
"Siapa?"
"Adik saya."
Adik?!
"Kalau lepas ni dia bawa kau jumpa family dia, confirm! Mesti dia mau something more serious. Something lebih dari kawan."
Takkanlah masin pula mulut si Abel ni? Kalau betul, macam mana? Argh!!!
+
Tudung coklat dengan percikan corak beige melitupi rambut gadis di hadapanku. Blaus dengan tona warna yang hampir sama pula membaluti tubuh kurusnya. Ayu sahaja kalau dibandingkan denganku yang bertopi dan bert-shirt hitam polos.
Mungkin perasan aku sedang merenungnya, dia mendongak. Pandangan mata kami bertemu dan dia tersipu malu. Haih, manis orangnya! Pemalu pula tu. Bukan macam Si Abang yang mulut pot-pet-pot-pet dengan pickupline basinya yang tak sudah. Kontra.
"Honeydew juice untuk Hanis and two cokes for us." Hanif meletakkan pesanan minuman ke atas meja.
Tiba-tiba, dia kaku di tempatnya. Terkebil-kebil tetapi termenung jauh.
"Kenapa?" Aku menyentapnya.
"Eh, tak adalah!" Kepala dia gelengkan. "Nothing." Sambungnya, berbisik kepada diri sendiri.
Sambil berdehem, Hanif menarik kerusi di sebelah adik bongsunya. Perasaan aneh menyapaku. Seakan... sedikit kecewa. Alah, mungkin aku dah terbiasa dengan dia duduk kat sebelah aku kut! Sebab tu, kekok sedikit. Haa, kekok! Tak kecewa, tapi kekok.
Iyalah tu!
"Kenapa korang senyap je?" Tanya Hanif, memandangku dan adiknya bersilih ganti.
"Abang tak introduce kitorang lagi."
Hanif tertawa. "Laa, takkan tak boleh introduce diri sendiri?"
Isy, Hanif ni! Habis merah padam muka Si Adik dikerjakannya!
"Sorry. Akak pun pemalu juga macam adik. Sebab tu senyap je dari tadi." Aku menyengih. "Nama akak Emilia. Haniskan?"
Dia mengangguk. Memberanikan diri untuk menatapku. Hanya dengan menemukan pandangan mata kami, habis satu muka mulusnya berubah warna. Dari putih langsat ke kulit epal merah.
"Dengar cerita, Hanis minat dengan business course."
Hanis mengerling Hanif sebelum mengangguk.
"So? How's school? Okay?" Soalku, saja mahu berkenalan.
"Okay je." Hanif pula yang menjawabnya. "Yang tak okay tu, result BI dia." Hanis dijelingnya.
"Kenapa? Last exam, dapat gred apa untuk BI?"
Hanis menggigit bibir. "Dapat... C." Dengan teragak-agak, dia menjawab.
"Oh. Selalu ke dapat Gred C?"
"Ha'ah. Kadang-kadang, dapat D." Jawabnya lagi. Kelihatan keberatan sungguh untuk memberi jawapan.
"Oh." Aku mengangguk.
Lemah dalam Bahasa Inggeris bukanlah sesuatu yang patut dimalukan. Bukan senang nak belajar bahasa lain. Lebih-lebih lagi kalau membesar dalam persekitaran yang rata-ratanya, semua orang berbahasa Melayu. Tapi nak, tak nak, kena belajar juga. Bukan untuk mengagungkan bahasa lain, tapi untuk bekalan masa depan.
Tambahan pula, zaman sekarang ni, Bahasa Inggeris dijadikan lingua franca dalam perniagaan dan perdagangan. Memang kena belajarlah jawabnya.
"Kalau Hanis ada apa-apa soalan ke, ada yang tak faham ke, boleh je tanya akak. Mana yang mampu, akak tolong."
"Eh, okay juga tu!" Hanif mencelah. "Awak kata awak nak kerja part-timekan? Apa kata awak jadi English tutor Hanis je?" Cadangnya.
"Boleh ke kak?" Hanis bersuara, memandangku penuh berharap.
Meskipun kerja sebagai tutor itu untuk membantu Hanis, Hanif pula yang kelihatan lebih teruja. Mencurigakan.
Ini mesti dia nak kenakan aku lagi ni.
"Kalau Hanis tak kisah, akak boleh je tolong ajarkan." Jawabku.
"Kalau macam tu, esok juga saya jemput awak!" Hanif menepuk meja.
Budak ni dah kenapa?
Ah! Yang penting, sekarang ni aku dah tak payah nak risau pasal duit poket aku. Alhamdulillah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Oxytocin
Novela JuvenilSekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menja...