Bab 38

1.1K 126 11
                                    

"O swear not by the moon, wo-oah!" Nyanyian sumbang Abel menghalau kantukku.

Kepala aku garu. Menoleh ke kiri dan kanan dalam keadaan mamai sebelum pandangan jatuh pada kertas tugasan di atas meja.

Jarum pendek jam menghampiri pukul 11 malam. Tenaga Abel masih penuh sedangkan aku tak henti menguap, mengeliat.

"Kau ni tak pandai penat ke? Sejak pagi lagi bukan main bertenaga kau eh." Aku menggelengkan kepala melihat Abel.

"Sebab—" Abel mencekak pinggang sambil melihatku dari atas katil yang dijadikan lantai tariannya. "Hari ni crush aku post video!"

"Crush? Kau ada crush?"

Abel ada crush? Fuh, berita tergempar ni!

"Mestilah ada!" Abel memusing komputer ribanya menghadapku. "Semuanya ada tujuh orang!"

Melihat video yang dijedakan, aku menggetap gigi. Geram. Oh, sungguh diri ini geram!

"Tujuh?" Aku mengangguk. "Tujuh aje? Yang minggu lalu enam orang tu kau letak kat mana?"

"Eh, yang itu lain! Yang itu bukan crush. Yang itu, the love of my life. LOML."

"Banyaklah LOML kau!"

Abel menyengih. Menayangkan gigi taringnya.

"Dah setahun kita duduk kat sini, takkan kau tak sangkut dengan siapa-siapa? Seorang pun tak ada? Kau tak nak ke ada relationship, ada orang care pasal kau—"

"Hm... iyalah! Start relationship, wish good morning, good night lepas tu sebulan dua nanti, end up macam kau dengan Hannah. Siang malam meratapi nasib!"

Aku mencapai bantal. Membalingnya ke arah Abel tetapi tidak mengena sasaran.

"Aku hidup sendiri, tiada boyfriend pun cukup happy sudah. Kalau nanti ada boyfriend, minat ini tidak boleh. Minat itu tidak boleh. Kalau dapat yang control freak, yang rasa dirinyalah paling tidak plastik sedunia, haih! Single sampai mati lagi bagus!"

Amboi, bukan main geram lagi dia!

"Tapikan Em!" Abel duduk bersila. "Aku rasa Anep tu betul-betul suka kaulah. Mana tahu kalau lepas kau confess kau suka dia, dia slowly berubah? Apa kata kau try dulu?"

Patut ke? Lepas apa yang dia dah buat... patut ke aku bagi peluang kedua?

+

Udara di petang hari setelah hentinya hujan terasa segar. Angin yang menghembus ke muka juga dingin. Sedingin udara di Kundasang, Sabah, kata Abel.

Dua jam duduk di hadapan komputer riba untuk menyiapkan tugasan, dada terasa sempit. Fikiran cacamarba. Terlalu tertekan, mungkin. Aku pun meninggalkan Abel yang dibuai lena di bilik dan ke taman untuk berjoging.

Para pelajar yang turun beriadah lebih ramai berbanding jangkaanku. Agaknya, masing-masing mahu menghirup udara segar sebentar sebelum meneruskan hidup sebagai seorang pelajar.

Pusingan kelima mengelilingi taman, telefon yang aku simpan dengan elok di dalam poket bergetar lebih dari sekali. Nama Arasy tertera sebagai pemanggil. Lama membuat pertimbangan, aku menekan butang jawab panggilan.

"Hm."

"Aku ada benda nak cakap. Kalau kau tak nak cakap apa-apa pun tak apa. Just—just listen."

Nak cakap apa lagi?

"Aku nak minta maaf. Apa yang aku buat kat kau sepanjang perkenalan kita, aku harap kau boleh maafkan. Aku sedar salah aku. Lepas apa yang aku dah buat kat kau empat tahun lalu, lepas aku tinggalkan kau macam tu aje walaupun kita dah bertahun berkawan—I just—aku tahu aku tak patut buat macam tu."

Aku melabuhkan punggung pada bangku taman. Tunduk memandang sepasang kasut sukan yang tersarung di kaki.

"I told you, aku betul-betul suka kat Syura but I still asked you out. Honestly, aku pun malu dengan diri sendiri. Kata suka tapi senang-senang aje ubah perasaan macam tu. Which is why aku sedar kau deserve someone better. Someone yang kau betul-betul suka." Arasy tertawa kelat. "Aku rasa tak perlulah aku nak sebut nama dia. Pretty sure kau lebih tahu siapa yang dah menang hati kau."

Nama Hanif terlintas di fikiran, laju-laju aku hapus.

"Em, kau dah baik sangat kat aku. Baik sangat. Aku tak nak minta peluang jadi kawan kau balik sebab aku tahu aku tak layak. Macam kau nak—dan aku nak, maybe we're better off as strangers." Arasy diam sejenak sebelum menyambung. "Bye. Nice to meet you, Em."

Talian diputuskan. Yang kedengarannya hanya hembusan angin dan kicauan burung yang meninggalkan sarang mereka di pepohon yang mengelilingiku. Skrin telefon aku renung. Nama Arasy hilang.

"Nice to..." Keluh sinisku pecah. Tahu kendatipun aku melafazkannya, kata-kata itu tidak terzahir dari hati. Hanya kata-kata kosong.

Sorry. I can't say the same to you.

"Em."

Aku mencari siapa yang memanggil namaku. Tidak menyangka Hanif ada di sini, mengatur langkah mendekatiku.

"Boleh... saya duduk?"

Oh. Sekarang nak guna 'saya awak' balik?

"Suka hati." Jawabku, memandang ke arah lain.

Hanif menurut kata dan melabuhkan punggung. Gemuruhku terasa sampai ke tulang. Entah terlihat pada wajah atau tidak. Demi menyembunyikan air muka, aku secara sedar cuba mengelak daripada menatapnya.

"Saya suka awak."

"It's not funny. The first time you said it and now—still tak lawak. So can you stop—"

"Saya bukannya nak melawak." Cantasnya. "The first time I said it and now, saya bukan nak buat lawak. It was a never a joke."

"Dahlah Hanif. Saya malaslah nak dengar lagi."

Aku bangun dan menghayun langkah kecil. Perlahan, sangat perlahan. Sejujurnya berharap dia akan menghentikanku dan—

"Awak ingat tak pasal Serotonin? Pasal Oxytocin?"

Langkahku terencat.

Serotonin; hormon gembira. Oxytocin; hormon... cinta.

"Bila saya dengan awak, I feel a rush of Dopamine, Serotonin, Oxytocin altogether! It's not just butterflies in my stomach, it's the whole zoo, Safari, Amazon Rainforest even!" Hanif tertawa. "Ya, saya tahu! It's sounds funny and stupid, but I mean it. Saya suka kat awak."

Hanif menutup separuh jarak di antara kami. Aku kaku bak patung di tempatku. Terdiam mendengar pengakuannya.

"Em. You're my Oxytocin." Hanif maju selangkah lagi. "Please?"

Aku melarikan pandangan. Tertunduk. Rasa bersalah.

"Saya..."

+

my go-to sad song ☝🏻

OxytocinWhere stories live. Discover now