Lampu masih berkerdip. Belum menyala sepenuh tetapi kelibat seseorang jelas kelihatan meluru ke arahku dan Abel yang baru pulang dari kuliah. Pelukan erat di sekeliling pinggangku dan wangian mahal menyapa.
Lampu menyala sepenuhnya dan figura tadi meleraikan pelukan kami. Hannah menayang barisan giginya kepada aku dan Abel. Aku menghembus nafas lega setelah mengetahui siapa dia.
"Haih, kau ni! Ingatkan hantu mana tadi menumpang kat bilik orang!" Aku mengurut perlahan dada.
"Sorry." Hannah menyengih. "Lama tak lepak dengan korang. Rindulah."
"Siapa suruh 24 jam berkepit dengan boyfriend?" Balas Abel, menggantung begnya pada penyangkut di belakang pintu.
Hannah tertawa kecil tetapi... ada sesuatu yang aneh.
Perasaan aku je ke atau mata dia bengkak? Macam baru habis menangis je...
"Boleh tak kalau malam ni aku nak sleepover kat sini? Aku ada bawa snack!"
Abel menoleh. "Coklat?"
"Cadburry." Jawab Hannah.
"Oh, yes! Aku mandi dulu. Lepas tu, kita bergossip all night! No one can sleep!"
Itu kata Abel. Alih-alih, dua jam kemudian, dia sudah terlentang di atas katil. Berdengkur halus.
"Haih, budak ni!" Aku menarik selimut, menyelimuti tubuhnya hingga ke paras dada. "Hannah." Punggung aku labuhkan pada lantai di luar balkoni, menghulurkan Hannah setin Coca-Cola.
"Thanks." Ucap Hannah, tersenyum kecil.
"Kau dengan Pian, okay?"
Tawanya pecah. Tin merah diletakkan ke atas lantai sebelum menalakan pandangan ke arahku.
"Kenapalah kau ni observant sangat? I can't even keep secret from you, can I?"
Betullah tekaan aku. Hannah dengan Pian ada masalah. Gaduh lagi ke? Kenapa macam kali ni, teruk sangat?
"We broke up."
Hannah menarik lututnya merapati dada. Membenamkan wajah di antara patela. Bahunya bergerak perlahan ke atas dan ke bawah. Mengeluh berat.
"Actually aku dah lama tahu benda ni nak jadi. Dia mula tak reply chat aku, tak jawab call aku tapi aku stay juga. Manalah tahu semua tu perasaan aku ajekan? Lagipun diakan senior. Mungkin dia busy?"
Aku meletakkan tangan ke belakangnya. Menepuk perlahan. Mahu menenangkannya.
"But my guts were right." Hannah kembali mendongak. "Sepatutnya aku dah dengar kata hati aku. Tinggalkan dia masa aku dah... dah mula sense something's wrong."
"It's not your fault."
"What if memang salah aku? What if dia bosan dengan sikap aku yang kebudak-budakkan? Aku nak tunjukkan mature side aku. But I can't just be mature because I want to. Aku nak bagi dia kenal the real me first. The childish me." Suara Hannah berubah serak. "Maybe I shouldn't have..."
Hannah membenamkan lagi wajahnya. Kali ini, seluruh badannya bergetar. Esakannya pecah.
"Hannah..." Aku meletakkan tanganku mengelilingi bahunya. Memeluknya erat. "It's okay. It's okay."
"Kalau aku tahu benda akan jadi macam ni, I'd rather stay friends with him. At least, I won't lose him that way."
Kawan.
This is why—aku dan Hanif patut kekal sebatas kawan.
Sebab namanya hubungan cinta, takkan pernah kekal sampai bila-bila.
+
"Good morning!" Sapa Abel yang masih melingkar di atas katil.
"Morning apanya?" Aku menilik jam loceng pada meja belajar. "Dah nak pukul dua petang dah pun. Kau tak kerja ke?"
"Hidup kena chill. Masih ada dua jam lagi sis." Abel menendang selimutnya ke lantai. "Ah, malasnya!"
Aku berpaling dari almari ke arahnya. Ini kalau Umi nampak ni, confirm kena cuci telinga. Anak dara jenis apa yang bangun bila matahari dah terik atas kepala?
"Pukul berapa date kau dengan Arasy?"
"Bukan datelah!"
"Penipu berdosa, masuk neraka, dipotong lidah!" Nyanyinya.
Eh, budak ni! Ada juga yang aku siku kejap lagi!
Nasib baiklah aku perlukan pertolongan dia.
"Abel..."
Abel yang baru bangun dari katilnya memandangku penuh curiga. Rambut pendeknya diikat ekor kuda kemudian memeluk tubuh.
"Mau apa?"
"Nak pinjam baju kau boleh? Tak kisahlah blaus ke, dress ke. Aku ada t-shirt aje."
"Okay." Abel tersenyum herot. "It's not a date but you wanna dress up pretty?"
Pandai dia jerat aku.
"Second drawer." Sambungnya lalu merebahkan semula badan ke atas katil. Kali ini, katilku menjadi mangsa.
"Thank you!"
Aku bergegas membuka pintu almarinya. Menarik laci kedua. Mendedahkan blaus dan gaun yang jarang dia guna. Abel pun selalunya memakai hoodie dan sweater ke kelas. Beza aku dengan dia, dia masih ada pakaian yang lebih... feminin.
"Kau sure mau pergi karnival dengan Arasy?" Tanya Abel tiba-tiba.
Aku terus menyelongkar almarinya. "Kenapa?"
"Kau buat-buat tidak tahukah atau kau tidak perasan muka Hanif hari tu masa Arasy ajak kau keluar?"
Tanganku terhenti. Kedinginan Hanif terhadapku tempoh hari kembali terasa.
"Aku rasa Hanif suka kaulah." Nyata Abel.
Mustahil.
"Dia suka kau. Kau pun suka dia. Tapi dua-dua jual mahal. Haih!"
"Bukan jual mahallah." Aku menarik gaun yang menarik perhatianku dan menutup semula pintu almari baju Abel. "Aku cuma tak nak jadi macam Hannah dengan Pian. Kalau aku dengan Hanif stay as friends, at least aku tak payahlah risau dia tinggalkan aku."
"Aku faham apa yang kau cakap ni. Tapi—"
"Aku nak ganti baju dulu." Aku berpusing ke belakang, menghadapnya. "Kau pun bangunlah. Pergi mandi. Nanti terlewat pula masuk kerja."
"Yes, mom!" Abel meniarap dan membenamkan muka ke tilam.
Aku berlalu masuk ke dalam bilik air. Menolak kata-kata Abel jauh dari fikiranku dan mengganti pakaian. Daripada t-shirt hijau lumut yang membaluti tubuh ke gaun polos dengan potongan high waist.
Pantulan pada cermin berkongsi wajah yang sama denganku tetapi... gaun biru navy yang membaluti tubuh menyukarkan aku untuk mengecam diri sendiri.
"At least macam ni, nampak feminin sikit. Orang kata, lagi molek." Kata-kata Arasy terngiang di telinga.
Feminin? Aku feminin?
"Wear whatever you want." Suara Hanif pula menyapa gegendang telinga.
Habis sekarang nak pakai baju yang macam mana?
"Peninglah macam ni!"
+
tinggal 8 bab lagi 😭
YOU ARE READING
Oxytocin
Novela JuvenilSekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menja...