Bab 20

1K 135 0
                                    

Mini Cooper S Hanif meluncur masuk ke dalam garaj. Pintu kereta dibuka, mempersilakanku untuk keluar dengan lagak seorang butler. Senyuman nakal bermain di bibirnya. Aku menggelengkan kepala.

          Melangkah keluar dari dalam perut Mini Cooper S miliknya, deretan kereta-kereta buatan luar negara menjolok mataku. Rahang longgar, menganga. Sekali lagi, kekayaan keluarga itu menghentikan detak jantungku.

          Patutlah dia tiap hari tukar kereta macam tukar kasut. Kereta dia pun bukan main banyak lagi.

          "Eh, nak pergi mana tu?" Tangan dia unjurkan, menahanku. Belum sempat aku membuka mulut, dia bersuara lagi. "Pintu keluar bukan kat sanalah."

          Tanpa menunggu balasanku, dia membawaku ke hadapan sliding door yang diperbuat daripada kaca. Sangkaku, sliding door biasa. Alih-alih, Hanif menekan punat di sebelah pintu. Mendedahkan ianya sebuah lif.

          "Masuklah." Pelawanya.

          Dek terlalu kagum dengan kemudahan di dalam rumah agam keluarganya itu, aku menuruti saja kata-katanya tanpa banyak bicara. Hanif menekan punat 2 dan kotak lutsinar itu mula bergerak ke atas.

          "G untuk Garage. Tingkat 1, basement. More like workroom kakak saya." Jelas Hanif.

          Aku mengangguk saja. Kami melalui tingkat 1 tetapi pergerakan lif yang terlalu laju membuatkan aku terlepas pandang kamar kerja kakak kepada Hanif. Teringin juga tahu jenis kamar kerja bagaimana yang Hanif maksudkan. Manalah makmal ke. Lagipun kakak dia doktor. Mesti menarik.

          "Kak Em!" Hanis memelukku erat setelah aku keluar dari dalam lif. "Lama Hanis tunggu!" Sambungnya, menjuihkan bibir.

          Macam Hanif bila merajuk.

          "Oh. Ini ke dia Emilia Rose?" Sampuk seseorang.

          Aku dan Hanif serentak menoleh ke arah datangnya suara feminin yang dingin tadi. Seorang wanita bertudung biru serulean dengan corak flora kelabu berdiri tidak jauh daripada kami sambil memeluk tubuh.

          "Akak kenal dia?" Tanya Hanif.

          Akak? Ini ke kakak dia? Tak hairanlah kalau orang Arab pun sangkut. Cantik bak biadadari!

          "Of course." Senyuman herot dilontarkan entah kepadaku atau Hanif. "I know everything."

          Hanif melirikku. Sepertinya kurang selesa dengan situasi itu. Aku juga sama. Dari cara bicara kakak kepada Hanif, bulu roma merinding satu badan. Tidak berhenti hanya pada dingin, malahan pandangannya juga cukup sinis.

          "Anep dah katakan. Don't send your men to follow me. Anep boleh jaga diri sendiri."

          Tawa sinisnya pecah. "Nak buat macam mana? I learned my lesson, baby bro."

          Pengajaran? Maksudnya?

          Ada yang pernah ambil kesempatan kat dia ke dulu? Atau... tekaan tu klise sangat?

          Tapi masuk akal juga. Hanif anak orang berada. Lagilah pelik kalau tak ada yang nak ambil kesempatan.

          "Hanis. Go first." Arah Hanif. Anak matanya kekal ditalakan pada gadis bertudung biru itu.

          "Kak." Hanis memaut lenganku.

          Aku mengangguk faham. Faham Hanif sengaja meminta Hanis membawaku pergi kerana perbualan mereka seterusnya agak peribadi. Tapi... entah mengapa aku sedikit risau.

OxytocinWhere stories live. Discover now