Duk! Dua tin minuman berkarbonat Coca-Cola Abel letakkan pada meja. Satu untukku, satu untuknya. Senyuman tanda terima kasih aku hadiahkan kepadanya kemudian kembali menelaah nota yang aku catat dalam kelas sebelumnya.
"Em." Panggil Abel. "Kau belum cerita lagi pasal hari tu."
"Hari tu?"
"Double date kau dengan Hannah!" Getusnya. "Macam mana? Okay? Kau keluar dengan siapa?"
"Oh."
Aku tidak dapat menahan diri daripada tersenyum. Kalau Abel tahu aku keluar dengan Hanif, jejaka pujaan hatinya, mesti dia terbakar dengan api cemburu. Baru bayangkan, dah lawak. Inikan lagi kalau betul-betul jadi!
"Kau ingat tak lelaki yang kau kata kembar—"
"Hai." Seorang jejaka berkemeja beige berhenti di hadapanku dan Abel. "Awak Emiliakan?" Tanyanya.
Aku dan Abel saling berpandangan seketika. Siapa pula lelaki ni? Macam mana dia tahu nama aku?
"Ya, saya. Kenapa ya?" Tanyaku kembali.
Dia menghulurkan telefonnya sambil tersipu. "Boleh tak... saya nak minta number awak?"
"N-number saya?"
Abel merapatkan wajahnya ke telingaku. "Untunglah jadi cantik. Satu hari, lima orang minta number phone." Bisiknya.
Aku menyiku perlahan lengannya. Memaksanya untuk menjarakkan diri semula. Aku mendongak, memandang jejaka tadi dan telefonnya bersilih ganti. Baru saja mulut mahu menyebut alasan untuk menolaknya, kerusi di sebelah kiriku ditarik. Beg hitam diletakkan ke atas meja bersama buku-buku.
"Hanif?"
"Hai Em!" Sufyan melabuhkan punggung berhadapan denganku pula. "Mana Hannah? Tak lepak sekali dengan korang ke?" Soalnya, tercari-cari kekasih hati.
Bisikan memenuhi kafeteria. Duduk semeja dengan Hanif, semestinya orang lain akan berbicara. Mungkin hairan mengapa Hanif datang dan melabuhkan punggung pada kerusi bersebelahan denganku. Mungkin juga mengkritik aku,
tertanya mengapa Hanif mahu duduk semeja denganku."Apa ni?" Hanif memandang jejaka yang meminta nombor telefonku tadi. "Nak minta number ke?" Tanya Hanif.
"Eh!" Jejaka itu laju-laju menyembunyikan telefonnya. "Tak adalah bang. Er... saya pergi dulu." Langkah laju dibuka, meninggalkan kafeteria.
Abel mencubit perlahan lenganku. "Kenapa Hanif Ayman duduk semeja dengan kita?" Bisiknya, menggetap gigi.
Eh! Terlupa pula Abel tak tahu lagi pasal Hanif. Ah, nanti pandai-pandailah aku jelaskan!
"Awak buat apa kat sini?" Tanyaku kepada Hanif.
"Kenapa? Pelik ke kalau duduk semeja dengan kawan sendiri?" Balasnya selamba.
Tangan dipanjangkan untuk mengambil setin Coca-Cola yang Abel belikan untukku. Penutup dia buka lalu minuman berkarbonat itu diteguk.
"Ah, so fresh!" Getusnya.
"Isy, suka-suka aje minum air orang!"
Omelanku dibalas dengan sendawa. "Oops, excuse me!" Dia menyengih.
Aku bingkas bangun. Masih geram dengannya. Dahlah muncul tiba-tiba. Ambil air orang pula tu.
"Nak pergi mana?" Tanyanya.
"Beli airlah!" Jawabku seraya menuju ke vending machine.
Duit kertas aku masukkan ke dalam mesin. Sengaja membeli dua lagi tin Coca-Cola. Satu untukku, satu lagi untuk Sufyan. Baru saja mahu kembali ke tempat duduk kami, namaku dipanggil.
"Hai." Dia tersenyum herot.
Arasy.
"Ingat I lagi tak?" Soalan yang sama terpacul dari mulutnya. "Jangan cakap you tak ingat. Ini dah kali ketiga kita terserempak." Tambahnya.
Aku menggenggam kuat tin minuman di tanganku. Mengumpul kudrat yang ada untuk menatap wajahnya. Kepala aku anggukkan. Berlagak selamba walaupun degupan jantung semakin kencang dengan setiap saat yang berlalu.
"But is it though?" Dia menjongketkan kening. "Is it really our third time bumping into each other?"Dia dah ingat semuanya ke?
"Nama you Emiliakan? Emilia Rose." Senyumannya bertambah herot. "You know, I ada seorang kawan yang nama dia sebijik macam nama you. Not to mention you also look a little like her. Unless... awak memang dia."
Genggaman tanganku tidaklah lagi sekuat sebelumnya. Semakin lemah apabila dia menatapku dengan penuh curiga. Kalau betullah dia dah ingat aku siapa, patut ke aku iyakan je?
Tawanya pecah. "I gurau ajelah. There's no way you ni Emilia Rose yang I pernah kenal dulu. Am I right?"
Aku memandangnya. "You know what, I kasihan kat dia—sebab dapat kawan macam you ni. You kata you dengan dia kawan, tapi takkanlah rupa kawan sendiri pun tak ingat? Wait. Should I pity you instead sebab ignorant sangat?" Keluhan sinis aku lepaskan. "Excuse me."
Tumit berpaling darinya. Senyuman sinisku perlahan-lahan luntur. Keyakinan yang menawan diri tadi hilang dalam sekelip mata. Setin minuman aku berikan kepada Sufyan yang membalas dengan ucapan terima kasih sebelum melabuhkan punggung pada kerusiku semula.
"Em. Tadi tu bukan lelaki yang hari tukah? Yang kau tegur tu?" Bisik Abel.
Aku mengangguk. Mengiyakannya.
"Dia cakap apa?" Tanya Hanif.
Wajahnya sama seperti waktu itu. Tegang dan serius. Bahkan tidak ingin memandangku saat bertanya tentang apa yang aku bualkan dengan Arasy sebentar tadi.
"Tak ada apa-apalah." Balasku.
"Dia ada buat apa-apa kat awak ke?" Soalan itu lagi.
Sufyan memandangku dan Hanif bersilih ganti. Sifat ingin tahunya dirangsang. Dia membundarkan matanya sambil melihatku. Aku membalas dengan gelengan kepala.
"Tak adalah." Aku menjawab soalan Hanif.
"Dia minta number awak lagi ke?"
"Tak."
"Are you sure he didn't say anything bad?"
"Awak ni banyak tanyalah. Kenapa? Muka saya ni monyok sangat ke sampaikan awak fikir dia cakap benda tak baik kat saya?"
Hanif menoleh ke kanannya. Pandangan mata bertemu. Alis tebalnya bertaup lagi.
"Hm. You looked sad."
Mendengar kata-katanya, bibirku pantas mengukir senyuman. Menyangkal pernyataannya tetapi sepertinya gagal untuk meyakinkannya. Akhirnya, senyuman yang dipaksa untuk terbit itu hilang.
"Lepas ni tak payah layan dia lagi." Arah Hanif.
"Kenapa tak boleh?"
"Ssbab saya kenal dia!" Urat di tengkuknya menegang
Aku tergamam. Sekelip mata saja seluruh wajahnya bera menahan marah. Hanif merendahkan pandangannya. Keluhan berat dia lepaskan. Beg disandang, buku dikumpul. Dia bangun dari kerusinya.
"Saya tak suka awak rapat dengan dia." Sambungnya kemudian berlalu pergi.
Lidahku kelu. Hanya mampu melihat dia menghilangkan diri dari pandangan mata.
"Em. Dia... jealouskah?"
Cemburu? Hanif cemburu?
YOU ARE READING
Oxytocin
Teen FictionSekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menja...