14-Tembak

580 12 0
                                    

Hari sudah lewat mlm, Alicia melihat kearah jam. Pukul 2 pagi.'Ermmm.. Mana Ray nii, kata keluar kejap je. Ni dari kul 8 sampai skrg tak balik. Dia pergi bergaduh lagi ke.. Ermmm risau lahh '

Tak sng duduk Alicia, bergolek kiri kanan tetap tak blh tidur. Dah cuba lelapkan mata pun ttp tak blh tidur. Alicia akhirnya berputus asa untuk terus tidur. Dia buat keputusan untuk menunggu di bwh.

"Walaupun dh seminggu kahwin, aku ttp risaukn dia kalau dia balik lmbt. Ermmm,baru hari ni dia balik pling lmbt."bibir tercebik-cebik merungutkn Ray.

Alicia menghempaskan bdnnya diatas sofa di ruang tamu."Pukul berapa dia nk balik ni. Aku dh rindu nk peluk dia. Knp hati aku risau sgt nii.. Aduuhhh."gadis itu mengetuk sedikit kepalanya dgn perlahan.

Vroomm vroomm

Kedengaran enjin motor berkuasa tinggi milik Ray kedengaran dirumah itu. Terus Alicia terbangun dari sofa, teruja punya pasal. Pintu terbuka dari arah luar, terlihat susuk tubuh Ray memasuki ruang tamu rumah itu.

Tanpa Ray sedar"Rayyyyyy !!!" terus dirinya dipeluk membuatkan dia sedikit mengerang kesakitan."Erghhh"Ray memegang sisi tangannya.

"Ray ? Whats wrong ?"muka Ray ditilik sekiranya ada sakit, habis satu bdn Ray dia teroka mencari kecederaan. Pucat muka Alicia apabila melihat tompokan darah diblkg bdn Ray dan di lengan kanannya.

Terus Alicia menarik tangan Ray untuk duduk di sofa."Awak pergi mana ? Tak ckp dgn Rene pun.. Luka² mcm ni. Ingat Rene tak risau ke. Awak gaduh dgn siapa ni ? Kumpulan mana ? Bukak baju awak, biar saya rawat sikit."Alicia memberanikan diri untuk mencuci luka Ray walaupun dia takut dgn darah.

"Aku pergi jenguk kawasan aku, ada org buat hal. Kumpulan Snake, baru nak naik dah buat hal. Haishhhh..kau tak payah lah nak rawat luka aku, kau bknnya blh tgk darah pun."Ray berdegil tidak mahu Alicia merawat dirinya.

"Rene tak kira, i don't care. Skrg Rene nak Ray buka baju ni, Rene nak cuci luka tuh. Kat lengan blh lah nak buat sendiri abis yg kt blkg ni ? Nak buat mcm mana ?"mula lah membebel Alicia mcm makcik². Dia sudah menarik-narik baju Ray untuk membukanya.

"Yerlahh, nanti aku tak kasi kau lagi kuat bebel."terus sahaja Ray menanggalkan baju dari bdnnya. Banyak kesan luka pisau dibdnnya namun tak sedlm dilengan dan dibdn blkg.

Terketar-ketar tangan Alicia apabila mengelap drh yg ada untuk dikeringkan. Nasib drhnya dah tak mengalir sgt, kalau tak mahu pitam si Alicia ni. Kapas yg sudah bertukar merah itu diletak ketepi. Dia mengambil kapas yg baru lalu mencelup iodin untuk membersihkan luka.

"Rayyy.. Tahan sikit tau."Alicia menekan lembut luka itu. Muka Alicia dah pucat seperti tidak mengalirkan darah, dia menahan juga dirinya untuk menjadi berani dgn drh.'Dah kahwin dgn mafia takkan nak takut dgn drh pulakk.. Hurmmm abg² mafia, suami mafia. Mestilah aku kena kental juga.'

"Okayy done blkg, mehh sini saya buat kt lengan pulak."dari tadi Ray hanya diam sahaja, langsung tidak memberikan sbrg riak. Alicia menoleh dan melihat kearah Ray."Lahhh.. Patutlah aku ckp tak menyahut dah tidur rupanya. Haihhhhh, nampaknya aku pun terpaksa tidur sini lah. Nak angkat kau tak larat."

Nasib lengan Ray yg terluka menghadap keluar, boleh Alicia merawat luka tersebut. Selesai sahaja mencuci luka Ray, dia menutupnya menggunakan kain gasa yg sudah diletak iodin lalu dilekatkan kebdn Ray.

Terus dia naik kebilik untuk mengambil bantal dan selimut untuk dia dan Ray.

Skip

"Rene, lagi 2 atau 3 hari kita gerak pergi Itali. Kau nak tgk rumah lama parent kau tak ? Kalau nak aku bawa. Lagipun aku dgr kau dgn abg² kau dh lama tak balik sana."Ray yg sdg sarapan bersama dgn Alicia memulakan perbualan.

AliciaWhere stories live. Discover now