Kringgg !! Loceng yang berbunyi membuatkan kebanyakan pelajar tersenyum menandakan waktu rehat telah tiba. Murid tingkatan 3 hingga 5 berpusu-pusu untuk membeli makanan. Kantin sekolah Sheamad penuh dengan murid-murid yang kebuluran. Lagi-lagi nak kejar nasi goreng sambal yang selalu sangat habis. Nasi goreng memang tiptop!
"Hish tah pape la. Dah upper form pon still beli makanan nak berebut. Cha, kau pergi beli makanan macam biasa." Bebel Ruby.
"Halah kau ni cam tak biasa lak dengan budak skolah ni.Standard lah tu orang nak beli makanan, masing-masing lapar. Nah duit ni ambik, macam biasa lah air milo satu." Ujar Arissa lalu pergi ke tempat membeli makanan.
Sedang Ruby berjalan sambil bawa air, tiba-tiba dia dilanggar oleh seorang lelaki.
"Woi kau pahal hah? Tak nampak ke aku tengah jalan dekat sini."Tengking Ruby. Suasana kantin yang hingar bingar itu tiba tiba menjadi senyap menyaksikan adegan Ruby bersama jejaka itu.
"Amboi-amboi banyak cantik kau.Kau yang langgar aku, aku pulak yang salah.Kau tu jalan mata dekat mana ? Lutut?"Balas lelaki itu.
"Aku memang cantik pun. Sekarang ni, kau yang langgar aku tadi. Tengok sekarang apa jadi dengan baju aku. Habis kuyup!" Tengking Ruby lagi.
"Baju kau, masalah kau bukan aku."Balas lelaki itu menyebabkan Ruby tidak berpuas hati.Arissa yang mendengar kekecohan itu terus ke tempat kejadian memandangkan Ruby yang terlibat.
"Weyh apahal ni? Bawak bersabar la public kot."Tegur Arissa dalam nada berbisik.
"Ni ha mamat ni dah langgar orang bukannya reti minta maaf balik.Buat muka kerek pikir handsome ke halamak."Kata Ruby dalam nada geram.
"Eh aku memang handsome pun. Takkan taktahu ."Balas lelaki itu.Ruby makin skit hati.
"Eh sudah-sudah la.Korang ni bergaduh lak." Kata Arissa selaku menenangkan keadaan. Ruby berlalu pergi tanpa sebarang pamitan diikuti lelaki itu.
"Saya minta maaf selaku kawan saya tadi.Perangai dia memang macam tu skit."Ujar Arissa kepada kawan lelaki itu kerana ketika itu lelaki itu sudah berlalu pergi.Tinggal kawannya sahaja.
"Oh saya pun sama. Saya wakil Haikal ingin minta maaf sebab kekecohan tadi.Btw saya Arip Isqandar panggil Is je."Kata Is.
"Oh saya Arissa bole panggil pape je yang Is nak panggil. Ariss tak kisah. Oh Ariss pergi dulu. Nanti lambat msuk kelas. Nak pergi tengok Ruby sekejap. Selamat berkenalan.Bye."Ujar Arissa dan terus berlalu pergi.
*****
"Woi Ruby asal do tadi dengan kau ? Dah la buat kecoh dekat public dengan mamat pujaan semua lak tu. Tak malu ? Tak takut ?"Tanya Arissa sebaik nampak Ruby keluar dari tandas.
"Kau pahal ni beb? Sah-sah la aku marah mamat tu langgar aku.Kesah apa aku dia anak dato' ke tan Sri ke raja ke pikir aku kesah. Habis baju aku sekarang ni. Nasib baik dapat balik asrama kejap tukar baju."Kata Ruby dengan perasaan geram.
"Dah-dah la tu.Jom masuk kelas sekarang.Nanti cikgu masuk susah pula nak menjawab.Makanan kita makan time cikgu tak ada nanti."Ujar Arissa lalu bergegas masuk ke dalam kelas.
'Kau dengan aku, musuh.' Terbit senyuman sinis.
*****
"Eii bengang betul lah pulak aku dengan minah pendek tadi. Jatuh maruah aku je dia tengking-tengking aku depan orang ramai." Bebel Haikal setelah tamat waktu persekolahan. Hatinya panas mengingatkan kejadian tadi.
"Eh Kal chill la bro.Kalau aku jadi pompuan tu pun aku marah. Kuyup kot pakaian dia."Bela Is bagi pihak Ruby.
"Woi, pahal kau back up minah tu. Entah sesapa dia tu. Tak apa dia tak kenal lagi siapa Haikal Amsyar." Kata Haikal dengan nada yang penuh dendam lalu tersenyum sinis. Is hanya menggeleng kepala sahaja.Dia tahu tiada guna dia berbalah dengan Haikal seorang yg keras kepala.
'Kau bukan lawan aku.' Senyuman sinis menghiasi wajah itu.
"Aku tunggu korang dekat court."Kata Haikal sebelum berpisah dengan Isqandar.
Haikal seorang jejaka yang diidamkan oleh ramai warga Sheamad kerana mempunyai rupa paras yang handsome dan popularitinya tambahan pula dia seorang pengawas sekolah yg digeruni serta family yg berpangkat besar dan berpengaruh. Bak kata orang cukup ciri yang diidamkan oleh semua orang . Mempunyai 5 orang rakan tetapi paling rapat dengannya adalah Isqandar.
Ruby seorang yang hidup sederhana dan dia cukup anti dengan lelaki. Baginya lelaki menyusahkan. Seorang yang bijak dan sering menjadi pelajar cemerlang. Ruby juga seorang pengawas sekolah dan mempunyai jawatan yang tinggi. Ruby dan Haikal sering bersaing untuk mendapatkan tempat di dalam tingkatan.Ruby hanya rapat dengan seorang sahaja iaitu Arissa yang juga seorang pengawas.
huhuu sory kalau ada typo or else . jangan lupa vote and comments bebanyak ye hehehe
YOU ARE READING
Hanya Kau Mrs.Shorty
RomanceRuby Anisah hidup dalam keluarga yang bahagia.Tidak perlu harta serta kemewahan tetapi cukupla baginya keluarga yang bahagia. Haikal Amsyar seorang anak tunggal Dato Hamdan dan Datin faridah.Sikapnya yang panas baran itu ditakuti oleh semua orang ta...