[ recommended to read in white theme ]
" Lepaskan aku sial ! dasar lelaki bajingan ! Tak guna ! Arghhh !"
Jeritan berserta desahan kesakitan itu bergema di Villa Kang , namun si mangsa terus di pukul oleh suaminya tanpa rasa belas kasihan.
" Kau tak layak panggil aku bajingan perempuan ! Kau pun sama ! Kau tak boleh puaskan nafsu aku jadi kau tahu apa huh ?!" Herdik Tuan Kang sambil memukul tubuh isterinya yang terbaring dilantai .
Di sudut ruang tamu itu pula ,
Kelihatan seorang gadis sedang berdiri kaku ditempatnya sambil memegang tali beg galas di bahunya .
Dia tidak mampu berbuat apa-apa tiap kali ternampak ayahnya membelasah ibunya.
Dia terlalu takut untuk masuk campur.
Gadis itu mula bergegar satu badan dek rasa takut ,
Dia mengundur kebelakang .
Lalu segera berlari ke tingkat atas .
Dia berkurung di dalam biliknya namun dia masih mampu mendengar dengan jelas jeritan kesakitan daripada Puan Kang disebabkan pukulan daripada Tuan Kang .
Gadis itu menutup telinganya . Dia tidak mampu bertahan lagi .
Dia tak sanggup .
Tiap kali Tuan Kang balik , kalau bukan membawa perempuan lain , Tuan Kang akan menyeksa Puan Kang .
Dia ingin mengakhiri semua itu .
Dia sudah puas ! Puas !
Keluarga bahagia mereka telah pun berpecah-belah belah kerana tiada sesiapa lagi yang ingin memikul tanggungjawab.
Semuanya sudahpun berakhir .
Dia tidak sanggup menyimpan kesakitan yang memakannya daripada dalam .
Gadis itu menuju ke arah meja solek.
Lalu , tangannya mencapai gunting yang terletak di atas meja solek itu .
Dia membuka gunting itu .
Pada masa yang sama , pintu biliknya diketuk daripada luar .
" Cik Kang ? Cik Kang Haerin ? Cik ?!"
Suara itu kedengaran seperti suara seorang lelaki , namun , gadis yang bernama Haerin itu tidak lagi mampu mendengar apa-apa .
Ketukkan di pintu mula berubah kepada kuat . Seolah-olah orang itu ingin memecahkan pintu bilik Haerin.
Haerin pula meletakkan bilah gunting itu tepat di pergelangan tangannya .
Bilah itu ditekan , menyebabkan darah merembes keluar daripada pergelangan tangan Haerin .
Sakit . tapi tidak sesakit seperti apa yang pernah dia lalui .
Gunting itu terlepas daripada tangan Haerin berserta dengan tubuhnya yang semakin lemah .
Pandangan Haerin kian gelap .
Sedikit demi sedikit ...
' selamat tinggal , dunia .'
• • • •
A Doctor's wife
by shadAnother sad romance story
starred by Park Jimin." Loving you might not simple
as it seems .."• •
Kang Haerin
" Just so you know , kesabaran saya ada limit .. "
Park Jimin
" your sincerity makes me
wanna love again .. "Chwe Vernon
" Haerin back to me , I can love you better than that man !"• • • •
[ 18 ]
Plagiarism is a sin .
devilishekoo 2020 storyline
Read with your own risk !
YOU ARE READING
𝗔 𝗗𝗼𝗰𝘁𝗼𝗿'𝘀 𝗪𝗶𝗳𝗲 || 지민 ✔
Fanfiction" Then tell me shuben , if this ain't love , then what is it ?" Jimin mengalihkan pandangannya . Bibir jejaka itu terkunci , diam seribu bahasa. Haerin menapak mendekati suaminya , kemudian dia menyentuh wajah yang bertakhta dihati nya , lembut . Na...