" Then tell me shuben , if this ain't love , then what is it ?"
Jimin mengalihkan pandangannya . Bibir jejaka itu terkunci , diam seribu bahasa.
Haerin menapak mendekati suaminya , kemudian dia menyentuh wajah yang bertakhta dihati nya , lembut .
Na...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
𝔹𝔸𝔹𝔸𝕂 43
∴ ════ ∴ ❈ ∴ ════ ∴
🌹 | H A E R I N ' S
Lepas saja Jimin mula tenang tadi , mood bermanja dia terus saja muncul . Clingy sampai aku nak masak pun susah . Alih-alih , food delivery saja namanya . Dah Jimin tak nak lepaskan aku , macam mana ?
“ nak suap !”
Hah tengok , dia dah mula dah . Aku terpaksa tahan diri daripada memutar bola mata di depan Jimin ,
“ Awak ada tangan sendiri kan ? Guna lah !” bentak aku selamba sambil menyuap spaghetti ke dalam mulut , sesekali aku mengerling arah Jimin dan dia pandang aku sambil buat muka seposen.
Dengan tidak redanya , aku memutar garfu pada spaghetti sebelum menyuapkan Jimin garfu yang dipenuhi dengan spaghetti .
Jimin terus saja tersenyum lebar . Suapan itu diterima dengan gembira sambil dia memeluk bahu , membuatkan aku terpaksa pegang kaunter untuk mengelak dari jatuh .
Ni kalau boleh ni , dia nak share kerusi bulat dengan aku , tapi nasib baiklah tak boleh .
“ Love love love you wifey !” ucap Jimin sambil mencium pipi aku. Habis semua sos spageti melekat pada pipi , menyebabkan aku segera mengelap pipi aku dengan belakang tapak tangan .
“ Shuben ! No kissing while eating !” bentak aku , sambil buat muka garang depan Jimin. Jimin buat tidak tahu sambil menggosok mukanya pada bahu aku .
“ JIMIN !”
Ni sah sah bau spageti akan melekat pada baju aku ni . Aish . Tengah aku makan sambil kadangkala menyuap Jimin , baru aku perasan sesuatu . Rumah ni sunyi—
“ Shuben ! Darrel mana ?” aku segera menyoal bila perasan yang dari tadi si kecil itu tiada .
“ macam biasalah ..” gumam Jimin , sambil mengunyah spageti. “ Rumah Jin appa dia. ”
Aku segera mengangguk . Aku menyuap spageti lagi kemudian baru saja aku ingin suap Jimin , dia berhenti lalu segera mengambil sesuatu dari dalam poket seluar .
Aku pula meletakkan garfu pada pinggan sambil perhati dia , riak wajah dia kelihatan terkejut sebaik saja tengok telefon .
Aku mengalihkan pandangan aku pada spaghetti , mesti mesej tu dari Jiyeon .
“ Jiyeon ?” aku menyoal pada saat Jimin meletakkan telefon pintarnya diatas kaunter , namun jauh sedikit dari kami. Kemudian dia memegang tangan aku yang masih memegang garfu yang dipenuhi dengan mi spageti lalu menyuapkan mi itu ke dalam mulutnya , menyebabkan aku tersenyum .