" Then tell me shuben , if this ain't love , then what is it ?"
Jimin mengalihkan pandangannya . Bibir jejaka itu terkunci , diam seribu bahasa.
Haerin menapak mendekati suaminya , kemudian dia menyentuh wajah yang bertakhta dihati nya , lembut .
Na...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
𝔹𝔸𝔹𝔸𝕂 02
∴ ════ ∴ ❈ ∴ ════ ∴
Aku berdiri tegak diatas tembok sambil memandang kebawah .
Hanya dengan satu langkah ..
Segala kesakitan yang pernah aku alami akan berakhir .
Aku hanya perlu maju selangkah dari atap bangunan ini ..
Just do it Haerin.
Tiada gunanya kau hidup lagi .
Daddy ditahan polis atas penderaan yang dia lakukan terhadap Mummy .
Mummy pun aku tak tahu di mana sekarang ni .
Diorang berdua ..
Nampak sangat diorang tak kisah pasal aku kan ?
Aku memejamkan mata aku , senyuman terukir di bibir aku .
Kali ini ..
Mata yang sudah terpejam ini takkan terbuka lagi ..
“ KANG HAERIN !”
Third person .
“ KANG HAERIN !”
Jeritan itu menyebabkan Haerin memusingkan tubuhnya untuk memandang arah si empunya suara .
“ JANGAN DEKAT !”
Haerin menjerit . Jimin segera menghentikan langkah . Jarak mereka kini hanya 3 meter antara satu sama lain .
“ k.. Kalau u..uisa dekat , s..saya akan lompat !” tambah Haerin lagi .
Jimin menarik nafas dalam sebelum dia menghembuskan , “ Haerin , dengar cakap saya . Perkara ni masih boleh diselesaikan . Bunuh diri bukan jalan penyelesaian yang ada . We can fix this .”
“ Perbaiki ?” Haerin ketawa . Seolah-olah apa yang Jimin baru saja katakan merupakan satu lawak . “ Uisa bergurau ke apa ? Dengan keadaan keluarga saya pada saat ini Uisa fikir ia masih boleh diperbaiki ?”
“ Haerin percaya cakap saya , masih ada jalan penyelesaian yang boleh kita lakukan bersama , jangan putus asa !”
“ Uisa cakap senanglah. ” Haerin menunduk , mata gadis itu mula berkaca-kaca , “ bukan Uisa yang ada di tempat saya , Uisa fikir , saya tak pernah cuba cari jalan penyelesaian ke ? Dah macam-macam saya buat tapi Mummy & Daddy tak kisah langsung ! Malah keadaan mereka makin teruk !”
Haerin mula menangis . “ saya benci tahu tak ?! Benci ! Kenapa saya perlu tinggal bersama dengan dua orang tua tu sedangkan adik-beradik saya yang lain boleh tinggal di luar negara ? Kenapa saya perlu tengok semua penyeksaan yang daddy lakukan pada mummy ?! Kenapa saya perlu dengar jeritan kesakitan mummy ?! ”
“ Tiap saat , tiap hari , Jeritan itu sentiasa bermain di kepala saya uisa . Ia seolah-olah saya dapat rasa kesakitan itu ! Saya tak mampu bertahan lagi . Saya takut , saya benci , saya marah tapi saya tak boleh buat apa-apa ! ,”
“ Dan kalau saya mati ..” Haerin tersenyum lemah . “ saya tak perlu dengar semua itu lagi . Jadi saya mohon Uisa , jangan halang saya . Kalau uisa nak bantu saya , Ini saja caranya .. ”
Jimin kehilangan kata-kata .
Tapi , dia takkan biarkan Haerin bunuh diri.
Membiarkan gadis itu bunuh diri bermaksud dia gagal dalam kerjanya , bukan ?
“ Haerin , dengar sini , saya tahu awak tersakiti dengan semua yang terjadi dan saya tahu keadaan keluarga awak . Tapi percaya cakap saya kali ini , keadaan masih boleh diubah . ”
“ macam mana ?”
“ Turun dari atas tembok tu dulu , kita bercakap tentang hal ini di bilik awak ,”
“ saya tak percaya cakap Uisa . ”
“ Haerin , awak tak perlu percaya saya . Tapi ini janji saya , saya akan ubah keadaan keluarga awak . Itupun kalau awak masih nak bersama dengan diorang . ”
Haerin terdiam lama . Gadis itu seolah-olah berfikir dan pada masa itu , Jimin mendekati Haerin .
Dia segera menarik tangan Haerin daripada tembok atap itu untuk ke lantai atap lalu memeluk tubuh gadis itu .