- ⸙ tujuh

261 49 1
                                    

𝔹𝔸𝔹𝔸𝕂 07

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝔹𝔸𝔹𝔸𝕂 07

∴ ════ ∴ ❈ ∴ ════ ∴

Aku hanya diam sambil memerhatikan budak lelaki itu yang sedang makan sandwic di sebelah aku .

Lapar rupanya budak ni . Patutlah dia tak nak ke tadika . Mungkin ibubapa dia tak sempat buat sarapan . Sibuk sangat kot .

Melihat tepi bibir budak lelaki itu yang sudah comot kerana terkena mayonis , aku segera mencapai tisu lalu mengelap mayonis tersebut .

Budak lelaki itu mendongak memandang aku .

" wae ?" soal aku . Dia mengalihkan pandangan dan kembali memakan sandwic di tangannya .

" adik dah terlambat untuk ke tadika , jadi noona terpaksa panggil appa adik untuk jemput adik dekat taman ni , tak apa kan ?"

Budak lelaki itu memandang aku semula . Dia terus saja membuang sandwic di tangannya sambil melipatkan tangannya ke dada dengan riak muka masam .

" adik-" aku cuba memegang lengan dia tapi dia segera mengelak .

Mata budak lelaki itu mula berkaca-kaca .

Entah kenapa , aku rasa kesian pula pada dia . Takkanlah budak ni ada masalah keluarga ? Kenapa dia terus saja muram bila aku sebut pasal appa dia ?

" Cik Kang Haerin ?"

Suara yang memanggil aku daripada belakang itu membuatkan aku segera menoleh .

Di belakang aku , kelihatan seorang lelaki yang berpakaian kot dengan lengkap , dia tersenyum arah aku .

Hal ini menyebabkan aku segera berdiri dan tunduk kepadanya .

" ye saya . Encik ni siapa ?" soal aku setelah tunduk .

Dia pusing mengalihkan pandanganya pada budak lelaki itu .

" saya appa Darrel ," Jawab lelaki itu sambil tersenyum .

Oh jadi budak lelaki tu bernama Darrel ?

Darrel segera ke arah lelaki dihadapan aku sambil memimpin tangan lelaki itu .

Aku pula tersenyum .

" Sebagai appa Darrel , saya ingin meminta maaf pada cik Kang Haerin kalah Darrel ada menyusahkan-"

" Eh tak apa !" aku segera memotong percakapan dia . " saya tak kisah membantu lagipun , Darrel is a good kid . " tambah aku .

Lelaki itu hanya ketawa kecil .
" Terima kasih Cik Kang Haerin . Kalau tak ada apa-apa lagi , saya akan bawa Darrel balik rumah ."

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum pada Darrel .

Baru saja lelaki itu pusing belakang , tiba-tiba saja Darrel berlari ke arah aku lalu memeluk paha aku .

Aku terpinga-pinga manakala Appa Darrel kelihatan terkejut .

" Darrel !"

Dia segera menarik tangan Darrel sambil tunduk kepada aku .
" maafkan dia cik-"

" eh tak apa !" Ujar aku . Aku terus saja mencangkung di hadapan Darrel lalu memegang tangan budak kecil itu .

" Lain kali jangan lari kalau Darrel dihantar ke sekolah ne?"

Dia hanya mengangguk . Aku mengusap kepala dia sebelum berdiri tegak untuk memandang Appa dia .

" Dan saya harap encik boleh jaga Darrel dengan baik , dia perlukan perhatian . Saya tahu encik sibuk kerja tapi jujur saya cakap , anak encik lebih penting daripada kerja encik . Kalau encik sayangkan dia , tolong luangkan masa bersama dia . Jangan abaikan dia . Budak kecil seperti Darrel memerlukan perhatian daripada ibubapa .. Saya harap encik faham "

Lelaki itu kelihatan terkejut dengan kata-kata aku tapi , aku tak kisah .

Dah salah dia abaikan anak sendiri bukan ?

" B..baiklah Saya faham ." jawabnya dengan riak muka tak percaya sebelum membawa Darrel pergi .

Aku pula hanya jadi pemerhati .

--------------------------------------------

tbc

𝗔 𝗗𝗼𝗰𝘁𝗼𝗿'𝘀 𝗪𝗶𝗳𝗲  || 지민 ✔Where stories live. Discover now