" Then tell me shuben , if this ain't love , then what is it ?"
Jimin mengalihkan pandangannya . Bibir jejaka itu terkunci , diam seribu bahasa.
Haerin menapak mendekati suaminya , kemudian dia menyentuh wajah yang bertakhta dihati nya , lembut .
Na...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
𝔹𝔸𝔹𝔸𝕂 40
∴ ════ ∴ ❈ ∴ ════ ∴
Beep !
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alat ujian kehamilan itu menunjukkan dua garis . Haerin terus saja menjerit dek terlalu gembira dengan keputusan alat itu .
“ Saya bakal jadi Mummy ! Yeay yeay yeay !” Gadis itu terasa ingin melompat-lompat gara-gara gembira namun teringat yang dia kini berbadan dua , dia membatalkan niat tersebut .
Bahagian perutnya terus saja diusap .
“ hello there little baby ..”
Ujar Haerin dengan senyuman . Dia sendiri tak percaya bila lihat ujian kehamilan itu . Selepas saja balik dari Honeymoon tiga hari lepas , Jimin bagitahu dia untuk terus bersedia .
Sangkaan jejaka itu Haerin mungkin mengandung dalam masa terdekat ,
Dan siapa sangka , tuhan kabulkan permintaan itu ?
Haerin terasa ingin menangis gara-gara gembira tapi ditahan juga . Dia kena tunggu sampai Jimin balik rumah dulu lepastu bagitahu jejaka itu .
Mesti Jimin akan gembira kan ?
Dengan senyuman yang masih menghiasi bibir , Haerin keluar daripada bilik air lalu alat ujian kehamilan itu dia letak pada laci .
Telefon pintar segera dicapai , dia bercadang untuk menghubungi Jimin , nak bertanyakan tentang lunch . Gadis itu melabuhkan punggung diatas katil sambil menghadap telefon .
Baru saja dia ingin mendail nombor telefon milik Jimin , pintu bilik terbuka dan Jimin menapak masuk dengan darah yang berlumuran di kameja biru laut pada tubuh jejaka itu .
Haerin terpinga-pinga .
“ Shuben !”
Terus lupa yang dia ada berita nak disampaikan buat jejaka itu .
“ apa yang jadi ?” soal Haerin sambil ke arah Jimin yang tergesa-gesa menanggalkan pakaian pada tubuhnya .