" Then tell me shuben , if this ain't love , then what is it ?"
Jimin mengalihkan pandangannya . Bibir jejaka itu terkunci , diam seribu bahasa.
Haerin menapak mendekati suaminya , kemudian dia menyentuh wajah yang bertakhta dihati nya , lembut .
Na...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
𝔹𝔸𝔹𝔸𝕂 01
∴ ════ ∴ ❈ ∴ ════ ∴
Beep Beep ..
Sebaik saja aku membuka mata beberapa jam yang lalu , hanya bunyi mesin itu yang menyapa pendengaran aku .
takguna ! Akutakmati !
Aku mengalihkan pandangan pada siling dan menatap siling itu dengan pandangan kosong .
Pada saat ini , aku berada di hospital dan doktor mengesahkan aku baru saja terjaga daripada koma .
Dia juga memberitahuku bahawa aku dihantar oleh polis selepas pihak polis menyerbu kediaman kami .
Aku tak tahu siapa yang buat laporan tapi kalau aku jumpa orang itu , aku pasti tak akan maafkan dia !
Third person
Pintu wad persendirian yang menempatkan Kang Haerin ditolak daripada luar . Kemudian doktor pakar psikologi itu menapak masuk ke dalam wad tersebut sambil pintu ditutup semula .
“ Selamat Pagi Cik Kang Haerin ! Apa khabar ?” Soal Doktor Psikologi yang memakai tanda nama Park Jimin itu dengan ramah .
Haerin hanya mengendahkan doktor itu . Pandang pun tidak . Dia hanya pusing memandang luar tingkap tanpa sebarang kata .
Jimin yang sudah menjangkakan keadaan itu tersenyum kecil . Dia segera menarik kerusi untuk duduk disebelah katil gadis itu . Kemudian dia turut memandang arah yang Haerin pandang , di luar tingkap .
“ Cik Kang Haerin , boleh Uisa tahu apa yang Cik pandang ?”
Tiada jawapan .
“ ah saya tak suka formal sangat . Erm Cik Haerin tak kisah kan kalau saya panggil cik sebagai Haerin ?”
Masih tiada jawapan .
Ianya seolah-olah Jimin bercakap sendirian .
Jimin berdiri dia menapak ke arah Night stand lalu menuangkan air dalam jug pada gelas . “ Haerin , awak nak minum air tak ?”
Kali ini , Haerin pusing untuk memandang Jimin . Dia tidak berkata apa-apa dan hanya menyambut huluran air tersebut .
Air dalam gelas diteguk rakus sebelum gelas itu dia letakkan pada night stand semula .
“ Haerin , kalau awak ada masalah atau apa-apa , bagitahu saya. Saya akan cuba tolong awak okay ? ” lembut tutur kata Jimin pada Haerin .
Haerin tersenyum lemah .
“ Saya ada sesuatu nak m..minta ..” Haerin berkata dengan perlahan , suara gadis itu hampir tidak kedengaran .
Namun itu sudah mampu membuat Jimin rasa sedikit lega . Akhirnya Haerin bercakap ! “ cakaplah . Saya akan cuba tolong.”
“ Tolong , Tolong bunuh saya . Saya tak nak hidup lagi ”