𝔹𝔸𝔹𝔸𝕂 36
∴ ════ ∴ ❈ ∴ ════ ∴
🌹 | H A E R I N ' S
" Wifey .."
Suara Jimin yang seolah-olah merengek aku hanya abaikan , pandai buat , pandailah tanggung kan ?
Aku sibuk menyediakan sarapan sambil mengabaikan Jimin yang turut ikut sama sibuk mengekori langkah aku gara-gara nak bercakap .
Nasib baik lah hari ini hari sabtu , jadi Darrel bangun lambat sikit . Kalau tak mungkin budak kecik tu hairan kalau nampak aku dan Jimin sekarang ni.
Nanti tak pasal-pasal Jimin guna dia untuk pujuk aku .
" Sayang please , stop and talk with me ."
Aku hanya diam , membiarkan Jimin . kali ini , dia berdiri dibelakang aku sambil bersandar pada kaunter dapur manakala aku sedang memasak.
Kata-kata Jimin tadi aku hanya abaikan , malah aku menyusun mangkuk bekas bahan mentah yang aku gunakan tadi dan segera letak pada sinki .
Lepastu patah balik untuk pergi tengok nasi goreng tadi ,
Sengaja supaya aku nampak sibuk .
Tidak lama selepas itu , aku dengar keluhan nafas Jimin bila aku masih abaikan dia . Dan bila aku pusing belakang , Jimin sudahpun keluar daripada dapur .
Bibir bawah aku ketap .
Salah aku ke buat dia macam ni ?
Dia nak cakap tapi aku abaikan ?
Haih . Aku menggelengkan kepala lalu mematikan api pada stove .
Bekas makanan dicapai lalu aku segera memindahkan nasi goreng kimchi yang aku masak tadi pada bekas tersebut .Kemudian bekas itu aku letak pada kaunter sebelum aku menapak pada peti sejuk . Kira nak ambik batter untuk buat pancake .
Belum pun sempat tangan aku capai pemegang pada peti sejuk , aku rasa tubuh aku seolah-olah diangkat .
" YAH !"
Jeritan terlepas daripada bibir aku apabila Jimin meletakkan aku pada bahunya ,
" Jimin ! Turunkan saya ! Awak nak bawak saya pergi mana hah !" bentak aku sambil memukul bahu Jimin .
YOU ARE READING
𝗔 𝗗𝗼𝗰𝘁𝗼𝗿'𝘀 𝗪𝗶𝗳𝗲 || 지민 ✔
Fanfiction" Then tell me shuben , if this ain't love , then what is it ?" Jimin mengalihkan pandangannya . Bibir jejaka itu terkunci , diam seribu bahasa. Haerin menapak mendekati suaminya , kemudian dia menyentuh wajah yang bertakhta dihati nya , lembut . Na...