- ⸙ tiga

300 50 7
                                    

𝔹𝔸𝔹𝔸𝕂 03∴ ════ ∴ ❈ ∴ ════ ∴

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝔹𝔸𝔹𝔸𝕂 03
∴ ════ ∴ ❈ ∴ ════ ∴

" selamat pagi Haerin !" ucap Jimin pada Haerin sambil menyelak tabir ke tepi dalam wad gadis itu . Kemudian tingkap dibuka untuk membenarkan cahaya matahari masuk .

Haerin yang baru terjaga menatap kosong arah luar tingkap itu .

Dan seperti biasa , Jimin akan melabuhkan punggung pada kerusi disebelah katil gadis itu .

" cantik kan pemandangan kat luar tu ? Awak nak jalan-jalan di sana tak ?" Soal Jimin .

Tapi seperti biasa , tiada jawapan daripada Haerin . Gadis itu lebih memilih untuk diam biarpun sudah hampir sebulan sesi terapi nya bersama dengan Jimin .

" Haerin ,"

" Uisa . Mana janji uisa untuk perbaiki keluarga saya ? Mana mummy ? Mana Daddy ?" Haerin menyoal . Kali ini dia memandang arah Jimin dengan penuh berharap .

Jimin tersenyum kecil .
" sebab tulah saya datang awal untuk jumpa awak hari ni ,"

Riak wajah Haerin berubah ceria ,
" betul ke ni Uisa ?"

Jimin mengangguk .

Dan itulah kali pertama dia nampak gadis itu ceria .

" Sebelum tu saya nak tanya awak , Haerin , awak suka Venice ?"

" Venice ? Mestilah ! Tu tempat asal daddy saya ." Haerin tersenyum , namun riak wajah gadis itu tiba-tiba saja berubah kepada muram .
" tapi .. Tak mungkin saya dapat ke sana lagi .."

Jimin mencapai tangan Haerin lalu tangan gadis itu dia genggam membuatkan Haerin segera memandang arahnya .

" macam mana kalau saya cakap , awak akan ke sana lagi ?"

Haerin menggelengkan kepalanya .
" tak mungkin Uisa ."

" Haerin , saya cakap saya akan bantu awak kan ? "

Haerin hanya diam .

" Petang ni , Mummy & daddy awak akan datang dan jemput awak untuk makan malam. " Kali ini , riak wajah Haerin jelas kelihatan terkejut.
" dan keputusan ada di tangan awak ."

" m..maksud Uisa ? Betul ke Mummy & daddy saya akan datang ?"

Jimin mengangguk .
" nanti , awak cubalah bercakap dengan diorang . Bagitahu Daddy yang awak nak melawat Venice , Keluarga awak kaya Haerin , diorang pasti akan tunaikan permintaan awak ."

Riak wajah Haerin berubah kepada sedih semula ,
" Tapi Uisa , saya tak nak sekadar melawat . Saya nak tinggal di sana . saya tak nak balik sini lagi ." Luah Haerin sambil menunduk .

Jimin tersenyum ,
" Saya tahu , sebab tulah saya cakap jalan penyelesaian ada di tangan awak . Hanya awak saja yang boleh buat parents awak beri kata putus . Saya hanya mampu bantu awak sampai sini . Selebihnya , awak kena usahakan Haerin ."

Kata-kata Jimin itu membuatkan Haerin tersenyum semula . Dia segera mengangguk .

" terima kasih Uisa ."

Dan itulah kali terakhir aku lihat dia tersenyum gembira selepas mendengar ucapan terima kasih aku .

------------------------------------

tbc

𝗔 𝗗𝗼𝗰𝘁𝗼𝗿'𝘀 𝗪𝗶𝗳𝗲  || 지민 ✔Where stories live. Discover now