" Then tell me shuben , if this ain't love , then what is it ?"
Jimin mengalihkan pandangannya . Bibir jejaka itu terkunci , diam seribu bahasa.
Haerin menapak mendekati suaminya , kemudian dia menyentuh wajah yang bertakhta dihati nya , lembut .
Na...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
𝔹𝔸𝔹𝔸𝕂 45
∴ ════ ∴ ❈ ∴ ════ ∴
4 Months later ..
Hujan yang lebat tidak menghentikan Vernon daripada memecut di jalan raya dengan kereta jenis Nissan GTR NISMO miliknya .
Dia pasti boleh sampai ke lapangan terbang tepat pada masa memandangkan tiada kereta pada jam sebegini , dia perlu kejar penerbangan terakhir untuk ke Venice pada hari itu .
PIN PINNNNN !
BBANG !
Semuanya berlaku dengan sekelip mata . Vernon cuba mengelak sebuah kereta jenis hyundai yang datang dari arah bertentangan ketika dia baru saja keluar daripada simpang , dan kereta yang dipandu oleh Vernon hilang kawalan .
Kereta itu terlanggar pembahagi jalan , lalu terbalik , cermin semua pecah .
Darah keluar daripada dahi Vernon , jejaka itu cuba menahan sakit , tapi dia tidak mampu .
Dia terus saja tidak sedarkan diri .
+ + +
Jimin menapak masuk ke dalam Villa , mata jejaka itu terus saja menangkap kelibat Haerin dan Darrel berada di ruang tamu , dua-dua sibuk bermain permainan kereta alat kawalan jauh , sampai tiada sesiapa yang sedar akan kehadiran dia .
Jimin tersenyum kecil melihat telatah dua orang kesayangannya itu ,
“ Yeah Arel menang !” Darrel melompat-lompat gembira pada saat dia berjaya sampai pada garisan penamat terlebih dahulu .
Haerin pout. “ hah yelah .”
“ Mama kalah hahaha ! Dah tiga kali mama kalah dengan Arel !” Ujar Darrel gembira . Jimin segera mendekati anak lelakinya lalu tubuh Darrel diangkat.
“ Arel buli mama dengan adik hah ?” Soal Jimin dalam nada bergurau , Haerin terkejut melihat kelibat Jimin namun dia tersenyum semula .
“ Mana ada ! Mama yang tak dapat kalahkan Arel hee ” Darrel tersengih . “ Arel nak hadiah ! Arel menang tiga kali tauu dada !”
“ Hadiah ? Hah Dada memang ada hadiah untuk Arel .” ujar Jimin lalu dia segera membaringkan Darrel di sofa . Kemudian , perut anak lelakinya itu terus saja di-tickles , Darrel terus saja ketawa .