" Then tell me shuben , if this ain't love , then what is it ?"
Jimin mengalihkan pandangannya . Bibir jejaka itu terkunci , diam seribu bahasa.
Haerin menapak mendekati suaminya , kemudian dia menyentuh wajah yang bertakhta dihati nya , lembut .
Na...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝔹𝔸𝔹𝔸𝕂 14
∴ ════ ∴ ❈ ∴ ════ ∴
" Haerin ! Terima kasih sebab sudi datang !" ujar Jimin sebaik saja Haerin keluar daripada keretanya .
Haerin segera tunduk pada Jimin . " ah tak apa Uisa ! Lagipun saya tak ada apa-apa nak di buat .." jawab Haerin bersama senyuman .
Riak mukanya dikawal sebaik mungkin untuk tidak berona ataupun kelihatan terlalu teruja dihadapan Jimin .
uih crush suruhdatangrumahdiatu !
Jimin tersenyum . " Baguslah ! Saya kena cepat ni , Darrel ada di bilik dia . Dia merajuk dengan dia , kira saya nak pujuk dia tapi ada mesyuarat mengejut dari lembaga pengarah , jadi terpaksalah saya pergi . Awak tak apa jaga Darrel sementara saya tak ada kan ?"
Haerin mengangguk .
" Ya tak apa . Uisa pergi lah mesyuarat tu ."
Jimin tersenyum lega mendengar jawapan Haerin.
" thanks Haerin . Saya pergi dulu . Oh and if you want to cook or what , just use the kitchen . Make yourself at home okay ? I'll go now ." Pesan Jimin sebelum dia masuk ke dalam kereta .
Haerin hanya melambai arah kereta jejaka itu yang semakin menjauh . Kemudian Haerin mengelah nafas .
Dia memeriksa dirinya .
" Biar betul Haerin ? Kau pakai hoodie dengan sweatpant saja ? Macam manalah Jimin nak notice kau haih .. " kutuk Haerin pada dirinya .
Tulah gelabah sangat masa Jimin telefon tadi .
Sampai otak pun tak boleh berfikir dengan baik .
Itupun nasib baik lah dia terbangun awal hari ini , mahunya dia masih diulit mimpi tadi , tak ke memalukan ?
Haerin mengetuk kepalanya sendiri sebelum masuk ke dalam Villa .
• • • •
Jam sudahpun menginjak ke pukul 8 malam , tapi kelibat Jimin masih tak kelihatan .
Darrel pun satu,
Langsung tak ada tanda-tanda yang dia nak tidur . Asyik nak bermanja saja dari petang tadi .
Sebaik saja aku pujuk dia , Darrel tak nak lepaskan aku .
Asyik nak minta dukung saja .
Bayangkan budak lelaki 6 tahun minta dukung ?
Sampai lenguh lengan aku .
Manja dia memang tak boleh di bincang , nasib baik cuma Darrel .
Cuba kalau Jimin yang manja macam ni ?
Aww .
Yah Haerin stop it !
Haerin menggelengkan kepalanya .
" Arel nak tunggu Dada balik ?" soal aku pada Darrel yang sedang duduk di pangkuan aku sambil menonton televisyen .
Darrel tidak menjawab.
" Arel kalau noona tanya tak baik abaikan tau ? "
" Arel nak bermanja . Tapi Dada sibuk kerja , kalau Arel tidur pula , Noona akan tinggalkan Arel . "
Aku terdiam mendengar kata-kata Darrel .
Patutlah dia banyak merengek dari petang tadi , rupanya dia nak dimanjakan .
Haih , budak ni .
Aku tersenyum sambil memeluk Darrel .
" Siapa cakap Noona akan tinggalkan Arel ? Noona ada saja pun .."
" tapi hari tu Arel bangun noona dah tak ada ."
Aku diam .
Aduh , nak cakap apa ni ?
" Dada's home !"
Suara Jimin kedengaran dari belakang sofa , aku menahan diri daripada pusing arah Jimin , manakala Darrel hanya diam .
" tak rindu Dada ke ?" Jimin menyoal pada Darrel sambil kedepan Darrel .
Dan depan aku jugak .
Dup dap dup dap !
Wahai Jantung sila bertenang , takut nanti Jimin terdengar bunyi kau .
Tahulah kau gembira tengok muka kacak dia tapi sabar .
Sabar !
Aku pura-pura tersenyum .
" Arel masih marah Dada ?" Jimin menyoal , kali ini dia betul-betul di duduk di depan aku.
Biarpun aku tahu dia buat begitu sebab Darrel-
" Arel .. Urm okay fine , Dada's wrong . and Since it was Dada's fault , Dada will grant you whatever you wanted . Arel nak apa ?"
Darrel memandang pada Jimin .
" Let noona stay here with us .."
Aku hampir tersedak dengan air liur aku sendiri manakala Jimin kelihatan terkejut .
Hal ini juga menyebabkan Jimin dan Aku bertukar pandangan ..
" Mana boleh . Noona kena kerja . Kalau dia tinggal sini macam mana dia nak kerja ? " Ujar Jimin dengan lembut .
" Dada kan ada , Dada boleh hantar noona pergi kerja ." selamba Darrel menjawab .
" tak boleh . Noona kerja di hospital , Dada kerja office . "
" then work for it ."
Okay dalam diam , aku terkejut dengan kebijaksanaan Darrel dalam berkata-kata .
Jimin memandang aku untuk meminta pertolongan ,
Tengok ? Dada dia pun kalah!.
" betul cakap Dada Arel . Noona kena kerja , kalau Noona tinggal sini tak dapatlah Noona kerja , kesianlah orang yang sakit di hospital , tiada siapa nak tolong kalau noona tak pergi kerja , " ujar aku , cuba memujuk Darrel .
Darrel pout . " biarlah diorang ! Arel pula siapa yang jaga ? Dada dengan noona dua-dua sibuk !"
Jimin terdiam . Mungkin dia betul-betul kehilangan kata-kata untuk memujuk anaknya .
" Macam ni lah , Noona akan datang di sini setiap hari sabtu & ahad untuk temankan Arel , boleh ? Tapi noona tak tinggal sini .."
Darrel diam .
" Arel , kesian tau noona sebab penat kerja lepas tu kena temankan Arel , Arel tak kesian kat noona ke ?"Kali ini jimin pula bersuara .
Darrel mendongak untuk pandang aku .
" fine . But every weekend tau noona ."
haih Haerin , asal kau bodoh sangat nak jaga dia tiap hujung minggu ?