S2 : ℙ𝕒𝕣𝕥 02
✧══════•❁❀❁•══════✧
💐 | J I M I N ' S
“ no cupcake baby . its early in the morning , cupcake arent good for your stomach .”
Bibir aku secara automatik mengukirkan senyuman di saat mata aku menangkap seorang lelaki sedang bercakap dengan seorang budak perempuan , yang mungkin anak perempuanya.
Entah macam mana , aku teringat pada Darrel pula . Kalau Darrel pula lain , sekali aku tak turutkan apa yang dia nak , terus saja merajuk .
Macam sekarang ni lah . Masih lagi merajuk dengan aku sampai tak nak balik Busan.
Budak perempuan itu menggeleng kepala sambil menghentak kaki , kemudian dia menunjuk cupcake yang masih berada di dalam peti sejuk kaca khas untuk manisan .
“ Daddy said no , We'll just grab breakfast here .” Ujar lelaki itu sambil menggelengkan kepala . Kemudian dia kembali bercakap dengan cashier pada kaunter tapi sekali lagi , budak perempuan itu menarik-narik hujung baju lelaki itu .
“ D..d..da..da..ddae ”
Cupcake yang berbentuk minion sekali lagi ditunjuk , akhirnya lelaki itu mengeluh .
“ Fine . Daddy will get you that .”
Budak perempuan itu terus saja tersenyum lebar,
Dan tanpa aku sedari , aku turut tersenyum .
“ Encik , sila maju ke depan ,”
Suara pembantu cashier itu menyebabkan aku segera tersedar . Lelaki itu tadi sudahpun beralih ke tepi , untuk beri laluan kepada aku .
Aku segera maju ke depan . Topeng mulut dan topi aku betulkan.
“ one coffee please. ” ujar aku pada cashier di hadapan aku .
“ One Coffee , and that would be 2267WON , sir .”
Aku terus saja menghulurkan kad pada cashier di hadapan aku dan setelah selesai buat pembayaran , aku turut beralih ke tepi kaunter itu sementara menunggu pesanan aku siap .
Aku pula menyeluk poket seluar aku untuk mengambil telefon pintar milik aku , baru saja aku ingin keluarkan telefon aku daripada poket , aku rasa seolah-olah hujung baju aku ditarik .
Aku menunduk untuk melihat ke bawah dan budak perempuan itu mendongak memandang aku sambil tersenyum .
Aish anak siapa lah ni ! Comel sangat !
Tiba-tiba saja budak perempuan itu memeluk lutut aku tanpa mengalihkan pandangan . Seolah-olah dia meminta di dukung .
Ni boleh tak aku culik budak ni ?! Comel !!
YOU ARE READING
𝗔 𝗗𝗼𝗰𝘁𝗼𝗿'𝘀 𝗪𝗶𝗳𝗲 || 지민 ✔
Fanfiction" Then tell me shuben , if this ain't love , then what is it ?" Jimin mengalihkan pandangannya . Bibir jejaka itu terkunci , diam seribu bahasa. Haerin menapak mendekati suaminya , kemudian dia menyentuh wajah yang bertakhta dihati nya , lembut . Na...