Teaser

958 39 53
                                    

"Aku nak beli kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku nak beli kau."

Miyoung melongo. Orang disekelilingnya dipandang. Mulut Sehun ditekup. Dia tersenyum kekok kearah mereka yang sedang memandangnya di perhentian bas itu.

Sehun ditarik agar menjauhi perhentian bas. Setelah yakin perbualan mereka tidak akan didengari, Miyoung melepaskan Sehun.

"Cakap tak boleh kuat lagi ke?! Kalau orang dengar macam mana?!" marah Miyoung.

Lelaki dihadapannya itu ditenung, geram.

"Aku peduli apa. Aku cakap aku nak beli kau. Bagitahu harga kau sekarang."

Kim Miyoung pening. Dia tak tahu apa masalah lelaki dihadapannya ini.

Bermula dengan pertemuan di majlis hari jadi rakannya, Irene, Sehun mulai mengekorinya ke mana-mana sahaja.

Salah Irene lah ni yang pergi kenalkan dia dengan sepupunya ni. Kalau Irene tak gatal sangat nak kenalkan dia, tak adanya Sehun menagih kasih sayang macam ni.

Miyoung buntu.

"Kau ingat aku ni sugar baby ke apa?! Aku boleh jaga diri sendiri lah! Aku masih mampu!"

"Tak selagi aku ada. Selagi kau tak terima, selagi tu lah..." Sehun tersenyum sinis.

"Aku tak boleh dibayar dengan duit!" jerkah Miyoung.

"Jadi aku nak bayar dengan apa ni? Aku free malam ni."

Miyoung menampar pipi Sehun sekuat hati. Orang-orang di perhentian bas memandang mereka, terkejut. Mata Miyoung berair.

"Aku ada maruah lah!" marahnya.

Kebetulan, bas telah pun sampai. Miyoung berlari menaiki bas dalam keadaan sebal. Dia tak sangka air mukanya jatuh hari ni disebabkan Sehun. Lelaki tak berguna tu. Air matanya diseka.

Sehun menoleh kearah bas yang sedang bergerak meninggalkan perhentian. Miyoung yang berada di tepi tingkap itu dijeling.

"Aku takkan berhenti selagi aku tak dapat kau, Kim Miyoung..."

SOON

korang nak tak cerita ni? Dah lama ada dalam draft ni hehe.

Patutnya ikut flow,

Rich Man Poor Girl > Cannibal King > Sugar Daddy

Kata rindu Miyoung XDDD

note : this story has no byuntae2

(C)Not Sugar Daddy |Wenhun|Where stories live. Discover now