Athena Seperti nama yang diberi. Athena menjadi seorang ejen pembunuh yang berbahaya. bukan sahaja menjadi musuh pada kebanyakkan ejen yang lain, malah rakan sekerjanya sendiri. Dia dipergunakan. dia diperlekehkan. sering menjadi mangsa keadaan kerana sifat iri hati orang terhadap dirinya yang super perfectionist. Dibesarkan dengan kakak kandung sejak kecil lagi. Dibandingkan dengan si adik yang berkerja untuk tegakkan keadilan. Aria merupakan ketua mafia terkenal dalam dunia jenayah. Dengan mempergunakan Athena, Aria cuba mencapai kejayaan dia dengan menipu adik perempuannya sendiri demi kepentingan diri. Semakin dalam Athena terjerumus di dalam rancangan Aria, semakin banyak rahsia terbongkar. Apakah reaksi Athena setelah mengetahui, apa yang disangkakan seumur hidup rupa-rupanya ilusi semata? Januari 2020