" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas dimana dia hampir menemui ajal. Hanya dalam satu hari, Edrea hilang segalanya. Muhammad Caled Qyser, seorang lelaki yang berbudi bahasa, namun terselit kedinginan di dalam dirinya. Dia langsung tidak mengenali erti cinta. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang gadis polos yang secara tidak sengaja masuk ke dalam hidupnya. Atas rasa bertanggungjawab, mahligai mula terbina diantara mereka. " Cinta boleh dipupuk. Sedangkan cinta selepas kahwin lebih indah berbanding sebaliknya. 'Cinta monyet' itu hanya sekadar hasutan syaitan untuk menyesatkan manusia ke arah kemaksiatan." -Muhammad Caled Qyser- Cinta mulai berputik diantara mereka. Semakin lama, mereka menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri yang lain. Kejujuran dan kepercayaan tersangatlah penting dalam sesuatu hubungan. Dan apabila kepercayaan itu roboh saat rahsia yang disimpan kian terbongkar, ianya mampu meretakkan hubungan mereka. " I don't believe this." Mampukah hubungan yang hampir retak ini dibaiki? Dan mampukah mereka mengecapi kebahagian yang pernah mereka rasai? Atau ianya harus dikorbankan demi satu kebenaran? "Whenever you go, I'll always be your shadow." ⚠️ Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. Maafkan segala salah dan silap patik. Kususun 20 jari.🙏 Jangan tiru kalau tak nak tercirit 2 minggu berturut-turut. Typo berjuta-juta😔 ⚠️IMPORTANT⚠️ : SLOWW UPDATEEE!!! STARTED : 03 AUGUST 24