BAB 25

97 8 0
                                    


BELUM sempat jalankan misi pertama, perkataan gagal telahpun muncul. Erghh! Edrea baru nak mulakan misi menjadi isteri solehah. Tolong iron kan baju suami sebelum pergi kerja. Ini tak! Bangun-bangun saja Cal dah lesap. Hanya satu nota kecil ditinggalkan di atas meja beserta dua kotak berukuran sederhana dan besar.

'Guna elok-elok. Kalau aku tahu kau guna untuk buat benda bukan-bukan, aku rampas balik!'

"Eii, tak sweet langsung!" Kertas itu dilempar beterbangan entah ke mana. Ingat dia budak kecik ke nak cakap macam tu?

Kotak-kotak itu dicapainya. Amboi, siap berbalut lagi! Edrea buka kotak yang sederhana dulu. Keluarkan isi, Edrea terbuntang, ternganga dan seangkatan dengannya. Elok saja iphone keluaran terbaharu itu berada di dalam genggamannya. Laju Edrea buka kotak yang besar pula. Macbook!

Ada nota lagi, 'Aku tahu kau penulis. Mana aku tahu? Itu rahsia. Jangan lupa wujudkan aku dalam cerita kau. From your husband.'

"Aaaaaa! Saya tarik balik kata-kata saya tadi! Sweet gila!" Edrea benamkan wajahnya ke bantal.

Tok! Tok! Tok!

Edrea angkat kepala tatkala pintu biliknya diketuk.

"Rea kenapa tu? Okey tak?" Tuan Qaid bertanya, risau. Tiba-tiba dia dengar suara orang menjerit ketika lalu dihadapan bilik ini. Takut juga kalau ada apa-apa yang berlaku pada cucu menantunya memandangkan keadaan Edrea masih belum sembuh sepenuhnya.

"Err... Rea okey! Aurora ni ha, lompat naik atas katil. Itu yang terjerit tu!" Tak pasal-pasal haiwan berbulu yang tengah sedap landing disebelahnya itu dipersalahkan.

"Laa... Ingatkan ada apa dah tadi. Jom turun makan, kejap lagi ada appointment, kan?" Soal Tuan Qaid di sebalik pintu.

"Ye! Kejap lagi Rea turun!" Mendengarkan itu, Tuan Qaid langsung beredar.

Nafas perlahan, Edrea hembuskan. Nasib baik! Laju dia tekan skrin telefon sebanyak dua kali. Dalam pada itu, gajet elektronik itu menjerit. Bila lihat nama yang tertera, Edrea ternganga buat sekian kalinya.

My lovely husband is calling....

Noh! Patutlah kotak dah terbuka, Cal siap masukkan nombor dia rupanya. Ikon hijau, digeser.

"Awal call? Dah rindu saya ke, my lovely husband?" Sengaja Edrea menyindir dengan nama panggilan itu.

"Bukan rindu. Tapi takut kau tak bangun-bangun je. Karang aku jadi duda berhias pulak." Selamba Cal membalas.

"Main-main, ek? Nak apa call ni?"

"Call isteri sendiri pun salah ke?"

"Saya tak cakap salah pun. Kalau tak ada hal penting, saya nak pergi mandi. Nak makan. Lepastu nak pergi hospital."

"Okey. Hati-hati." Panggilan terus ditutup.

"Kurang asam limau nipis betul! Macam tu je dia letak?" Dipandang si montel yang sudah mencelikkan mata itu. "Kenapa papa awak macam tu, ek?"

"Meow,"

"Tak membantu langsung." Edrea merengus. Saat itu juga, tertera satu mesej masuk.

'Jangan marah Aurora. Dia kecil lagi. Tak tahu apa-apa.'

"Eh? Mana dia tahu?" Bisik Edrea. Sekeliling bilik ini diperhatikan. Ada CCTV, kah?

'Cari CCTV?' Satu lagi mesej masuk.

Edrea terkelu disitu. Jangan kata bilik ini memang betul-betul ada CCTV? Naya dia nanti!


.



.



SEGALA perasaan marah, Cal lepaskan. Berpuluh-puluh kali objek yang tergantung itu menjadi mangsanya. Baju yang tersarung juga basah kuyup. Seperti terjun di dalam sungai.

Erine Natasya. Petang tadi mereka mengadakan operasi menjejaki gadis itu. Tapi malangnya, tempat tinggal Natasya kosong. Barang-barangnya semua tiada. Rumah itu juga seperti sudah lama tidak berpenghuni. Rekod kedatangan syarikat turut menunjukkan yang Natasya sudah lama tidak datang atas alasan emergency leave. Entah kemana gadis itu melarikan diri.

"Cal!" Nik memberhentikan tindakan Cal yang habis lencun itu. Hampir sejam dia meninggalkan Cal seorang diri untuk menghilangkan stres di sini.

"What?" Bengis, Cal menyoal. Tuala kecil yang tersangkut pada batang leher diambil lalu diraup satu mukanya.

"About Natasya," Nik menghampiri Cal yang sudah melabuhkan duduk di atas bangku. Sebotol air mineral dihulurkan.

"Good or bad?" Cal mencapai huluran itu sebelum meneguknya rakus.

"Good news. Aku dapat kesan rekod penerbangan dia dari satu company ni." Fail tersebut disambut baik.

"Thailand?"

"Yup, kampung dia." Jawab Nik.

"Kumpulkan team. Kita perlu ke sana dengan segera sebelum dia lari lebih jauh." Bingkas, Cal bangun. Mereka tidak punya banyak masa lagi.

"Bila?"

"Hari ni."



















BAYANG RAHSIA Where stories live. Discover now