BAB 14

92 7 0
                                    

"NAK ke mana ni, Ray?" Soal Luqman. Rasanya hampir 4 kali mereka berpusing. Kawasan hutan ini pula tebal. Malah, hari pun sudah berganti malam. Lagilah menyukarkan mereka untuk mengesan lokasi van putih tadi.

"Signal dah lost. Kita dah masuk terlalu jauh." Laptop di atas ribanya jelas memamparkan simbol merah. Menandakan kehilangan isyarat.

"Tak dapat hubungi Cal lagi?" Luqman toleh sekilas pada Xian di belakang.

"Belum. Dah berjuta kali aku call, tapi still tak berangkat. Line pun dah slow tengah-tengah hutan ni," Dicampak gajet elektroniknya ke tepi sebelum Xian memandang ke hadapan. Kepala dilentokkan pada kerusi yang diduduki Luqman.

"Apa yang kita nak buat sekarang ni?" Lesu Xian bertanya. Dia risau akan keselamatan Edrea.

"Kita kena keluar dari hutan ni dulu. Minta bantuan Cal." Luqman mengangguk bersetuju. Dipandu pacuan empat roda itu dengan kelajuan sederhana. Takut jikalau terlanggar haiwan yang berada di sekitar sini.

"Arghh!" Serta-merta kereta itu berhenti tatkala cahaya lampu memancarkan sesuatu yang sedang terbaring di tengah jalan. Menghalang kenderaan mereka.

"Weh! Apa benda tu?" Raykarl mengecilkan matanya.

"P...pocong ke?" Soal Xian yang telahpun bersembunyi di belakang kerusi Luqman. Dia takut! Benda lain okey lagi, tapi bukan Kak Cong tu!

"Oi! Mulut kau tu jaga sikit. Kita duk tengah-tengah hutan ni!" Hendak saja Luqman menampar mulut Xian itu. Dalam hutan pun celupar!

"Jom," Ajak Raykarl. Pintu kereta dibahagiannya telah dibuka.

"Kau gila?"

"Kalau tak nak ikut, kau duduk situ diam-diam. Luq, jom." Dengan langkah perlahan, mereka berdua mendekati sesuatu yang sedang terbaring itu.

Terkejut bukan kepalang. Walaupun jarak di antara mereka masih tersisa, namun wajah pucat itu sangat dikenali. "Rea!" Laju mereka menerpa ke arah Edrea yang terbaring lemah itu. Bahagian seluarnya basah dengan cecair merah. Termasuk juga dengan tudung.

Xian membuka kelopak matanya saat mendengar nama Edrea diseru. Sepantas kilat dia berpaling ke sisi dek pintu disebelahnya dibuka oleh Luqman.

"Tepi!" Arah Raykarl.

Langsung Xian mengesotkan badannya ke tepi dengan penuh tanda tanya. Dan tatkala melihat wajah Edrea, dia langsung terjerit, "Oh my god! Rea?!"

"Letak kepala dia atas riba Xian." Raykarl mengangguk. Apabila tubuh Edrea yang dicempungnya itu hendak mendarat pada kusyen kereta, "Eh, eh! Tak apa ke? Kan bukan mukhriz? Mana boleh dia sentuh aku." Dalan keadaan begini pun sempat Xian menyoal begitu kerana setahu pengetahuan Xian, lelaki dan perempuan yang bukan mukhriz tak boleh bersentuhan.

"Diamlah, bongok! Tengah darurat ni!" Berang Raykarl. Orang nak cepat pun banyak songeh pula dia ni!

Lantas, kepala Edrea dilapikkan dengan paha Xian. Luqman dan Raykarl langsung memasuki perut kereta sebelum laju BMW M4 itu membelah jalan. Mereka harus cepat menuju ke hospital.

"Cepat, Luq!"








PAPAN kekunci, ditekan-tekan tanpa henti. Sejak petang tadi, sehinggalah ke malam, dia masih belum menjumpai sebarang petunjuk.

Rakaman CCTV dikawasan itu yang berjaya dikesan pun tidak jelas. Langsung tidak menampakkan apa-apa. Di rakaman CCTV di kawasan berdekatan juga sama. Seperti semuanya sudah dirancang.

"Dapat something?" Nik menerjah masuk. Fail ditangan diletakkan di atas meja Cal.

"Belum," Cal menggerak-gerakkan badannya bagi menghilangkan rasa lenguh.

"Aku dah cek nombor plat trak tu. Tapi hampa. Nampaknya dia guna nombor plat palsu." Maklum Nik. Nombor plat itu dia dapat daripada Cal. Katanya Irvanz yang memberikan maklumat itu.

"Dah agak," Kalau rakaman yang dia lihat pun seperti sengaja dikaburkan, apatah lagi nombor plat. Kurang cerdik jika dia guna nombor sebenar.

"Relax lah dulu, bro. Balik, rehat. Aku tahu kau stres. Tapi jangan sampai kau pula join Ir masuk wad. Susah aku nanti kena uruskan sorang-sorang."

"Hmmm," Gumam Cal. Memandang skrin komputer terlalu lama membuatkan kepalanya mula berdenyut. Jari-jemari sendiri naik mengurut pelipis.

"Baliklah dulu. Esok pun boleh sambung kerja tu." Tanpa disuruh, Nik menyusun segala jenis fail yang bertaburan di atas meja Cal.

"Ye lah," Akur. Cal berdiri lalu meraba-raba kocek seluarnya. Seperti ada sesuatu yang hilang. "Mana phone aku ni?" Apabila diseluk, objek itu tiada. Mana pula dia tinggal telefon bimbitnya itu?

"Ada kut dalam kereta." Cal menampar dahi sendiri. Baru dia teringat. Rushing sangat tadi sampaikan telefon pun tertinggal. Lantas, Cal meninggalkan Nik lalu turun ke tempat parkir kereta.

Setelah tubuhnya sudah berada di dalam perut Honda Civic, Cal langsung mencari-cari gajet elektroniknya. Apabila menjumpai, skrin ditekan sebanyak dua kali.

Berderu notifikasi tertera di papan skrin. Ada panggilan suara terlepas, mesej dari Tok Daddy, Irvanz, Luqman, Raykarl dan juga Xian.

Laju Cal menekan mesej itu. Semuanya mengatakan hal yang sama iaitu 'Datang ke hospital segera.'

Dahi Cal berlapis. "Ke hospital? Siapa pula sakit ni?" Baru saja hendak mengetik mesej balasan, satu panggilan masuk daripada Tok Daddy. Tak tunggu lama, ikon hijau digeser.

"Hello? Siapa sakit?" Cantas Cal tatkala panggilan bersambung.

"Rea. Dia sekarang dalam wad kecemasan. Dah sejam kita orang tunggu, masih tiada khabar berita. Cal dekat mana sekarang ni? Xian kata dia call kamu banyak kali tapi tak berangkat?"

"Cal ada urusan dekat pejabat tadi. Phone pula tertinggal dalam kereta. Cal on the way ke hospital sekarang." Enjin kereta dihidupkan.

"Okey," Panggilan langsung dimatikan.
Tidak berniat untuk mengambil masa yang lama, garang Honda Civic itu membelah jalan.
















BAYANG RAHSIA Where stories live. Discover now