BAB 24

90 10 4
                                    

"KAU bodoh ke apa?! Aku suruh kau buang dia jauh-jauh! Bukannya letak atas jalan macam tu je! Sekarang kau tengok, kau pun dah melepas nakkan perempuan tak guna tu!" Erine tidak mampu menahan perasaan sendiri. Cecair di dalam botol kaca itu diteguk rakus sehingga habis.

PRANG!!!

Sasaran tepat pada tepi kepala Kai yang tergantung seperti boneka. Tubuhnya yang terdedah itu habis bermandikan darah dan peluh. Dia langsung tak melawan. Bukan tak mampu, tapi tak mahu. Gadis dihadapannya ini gila. Silap hari bulan, dia yang arwah.

"Aku. Nak. Cal! Kenapa perempuan tu selalu rampas hak aku?! Dasar perempuan murah!" Sisa kaca yang jatuh ke lantai, diambil lalu ditoreh pada lengan kekar 'bonekanya' itu.

"Emphh!" Bibir diketap sehabis kuat. Mata turut terpejam rapat. Pedih! Sakit!

Tiba-tiba, Erine mencampakkan serpihan kaca yang tercalit darah itu ke dinding. Dalam masa yang sama, dia menangis. "I'm sorry, baby... I didn't mean to." Tubuh Kai, dipeluknya. Bahu Kai mula dibasahi air mata Erine.

"You know how much I hate her, baby.. What ever I wanted, she got. I. Hate. Her. Damn. Much."

"I know, sayang... But you've to calm down." Pujuk Kai, lembut. Dibiarkan saja tubuhnya dipeluk. Namun, dia tak membalas. Kedua belah tangannya masih tergantung.

"I'm sorry..." Rintih Erine lagi. Dia betul-betul tidak sedar apa yang dia lakukan tadi. Setiap pelusuk wajah Kai, dia sentuh.

"It's okay. Look, I'm fine." Kai tarik senyuman tatkala mata mereka bersambung. Jari-jemari Erine berhenti di belakang kepala Kai sebelum menariknya mendekat. Nafas mereka bersatu. Setelah hampir seminit, Erine melepaskan tautan itu.

"See, you dah comot. Like a kid." Usik Kai. Memang dah habis lencun wajah cantik itu.

Wajah saja. Bukan perwatakannya.

"I'm really, really, sorry again. Habis badan you, I 'lukis'." Dada lelaki itu yang terdedah, diusap.

"Well, I like this scars cause it's from you."

"Wow! You like it?" Besi yang menggantung Kai, dibuka.

"Yeah. So much!" Sejurus tangannya 'bebas', Kai langsung mencempung tubuh gadis itu. Luka yang masih berdarah dibiarkan  begitu saja. Kesayangannya ini lebih penting.

"You've to sleep." Kata Kai.

Erine memeluk erat leher Kai. "With you."

"Like always."



.


.


BOHONGLAH kalau Kai kata, dia tidak pening dengan layanan Erine terhadapnya yang kadangkala seperti pasangan kekasih, kadangkala seperti bos dan anak buah. Kadangkala sebagai tempat menghilangkan kemarahan juga. Seperti tadi.

Yang pastinya, gadis ini sakit. Parah!

Sejurus memastikan Erine sudah tidur nyenyak, dengan perlahan Kai mengalihkan tangan Erine yang memeluk pinggangnya. Alas kepala Erine turut diganti kepada bantal. Selesai, tubuh itu diselimut.

Kai membawa langkah ke balkoni bilik sambil membawa satu kotak. Usai sliding door terbuka, terus angin malam menyapa lapisan epidermisnya yang sedia terdedah. Punggung dihenyakkan ke atas sofa. Kotak yang terkandung ubat-ubatan turut dibuka. Sudah menjadi rutin setiap tengah malam untuk dia bersihkan segala 'contengan' yang dihadiahkan oleh Erine setelah menidurkan gadis itu.

Kapas putih yang telah dibasahi cecair kuning, ditekapkan pada luka-luka di badannya. Sejujurnya, dia lebih sanggup dirinya dilakukan begini daripada dia terpaksa 'melakukannya' pada orang lain. Dia sering kali tersepit. Di antara kawan dan juga kekasih.

Kedua-duanya insan itu rapat dengannya. Edrea kawannya ketika di universiti dahulu. Erine pula, kekasihnya. Kerana dia fikir Edrea itu kawanlah, dia tinggalkan Edrea di tengah jalan. Supaya orang nampak dan tolong gadis itu. Sama seperti kayu hoki yang mesti telah dijumpai oleh pihak polis. Tanpa pengetahuan Erine, dia sendiri yang sengaja tinggalkan bukti itu. Walaupun tanpa cap jari, sekurang-kurangnya ada bahan bukti.

Edrea... Maafkan aku. Desis hatinya.

"Baby..." Rengek Erine yang masih separuh mamai. Dia berjalan terhuyung-hayang menuju ke arah sofa. Dan dia terjatuh di atas riba Kai.

"Kenapa you bangun? Need anything?" Soal Kai. Wajahnya yang menjadi mangsa bibir merah Erine, direlakan.

"I need you... I mana boleh tidur kalau you tak ada dekat sebelah I. Dada you tu tak boleh lawan dengan bantal." Bisik Erine. Dekat dengan cuping telinga Kai.

Lantas, tubuh itu dibawa ke dalam bilik kembali. Dibiarkan saja angin malam memasuki bilik ini.


















Psycho, bukan?🤡

BAYANG RAHSIA Where stories live. Discover now