BAB 51

17 6 0
                                    

HARI ini Edrea bangun sedikit lewat kerana dia tidur balik selepas solat Subuh bersama Cal pagi tadi. Hampir pukul 1 pagi mereka pulang semalam. Itu yang mengantuk.

Bangun-bangun saja semua orang dalam rumah ni dah lesap. Kak Yam aje yang ada. Tok Daddy macam biasalah, keluar dengan kawan-kawan dia. Yang lain pula sudah pergi kerja termasuk Arin. Sejak dua hari yang lepas Arin mula bekerja di syarikat Tok Daddy. Katanya nak berdikari. Tak mahu menyusahkan sesiapa.

Edrea nak menghalang pun tak boleh kerana apa yang dikata oleh Arin itu ada betulnya juga. Bukan kerana menyusahkannya, tetapi dia sendiri pun di bawah tanggungan Cal. Kerja sebagai penulisnya itu bukannya banyak sangat hasil yang dia dapat. Senang cakap, cukup-cukup makan je.

Okey, masalahnya sekarang ni Edrea nak buat apa? Nak menulis pun dia tengah tak ada idea ni. Hmm...

Nak keluar....dia dah lama tak bawa kereta sejak kemalangan dulu. Tapi...tak salah mencuba, kan?

Terus dia menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan telefon bimbit. Setelah nombor Cal di tekan, Edrea rapatkan gajet itu ke telinganya.

"Ya, sayang?" Panggilan tersambung.

"Abang.... Rea nak keluar boleh?" Sebelum buat sesuatu, dia kena minta izin dengan suaminya dulu.

"Pergi mana? Dengan siapa ? Naik apa?" Cal melontarkan soalan-soalan itu dalam satu nafas.

"Nak pergi kedai buku. Sorang-sorang. Kalau boleh nak rembat kereta abang." Balas Edrea pula. Cal pergi kerja naik motor, jadi tak salah kut kalau dia rembat kereta Cal sekejap.

"Bahayalah... Sayang kan dah lama tak drive? Jadi apa-apa nanti macam mana?" Risau. Itu yang Cal rasa sekarang. Dia tahu mengenai kemalangan yang pernah Edrea lalui beberapa tahun dulu.

"Alaa... Rea dah lama tak drive sebab tak ada kereta. Lagipun tu dah lamalah abang. Bolehlah... Please..." Ini dah bukan minta izin rasanya.

Ah, lantaklah! Janji dia boleh keluar.

Cal pejamkan mata buat beberapa saat. Ini dia lemah ni. "Fine... Jaga diri elok-elok. Ada apa-apa terus call abang, okey? Nanti abang masukkan duit. Jangan beli sekali dengan kedai-kedai buku tu pulak." Cal titipkan pesanan. Isterinya ini bukan boleh kira. Pantang nampak buku.

"Hehe, thanks abang... Makin sayang jadinya ni." Tiba-tiba, Edrea mendapat satu akal. "Sebagai upah, Rea akan balas apa yang abang cakap semalam." Sambung Edrea lagi.

"Balas apa?"

"I love you too, husband... Pergilah sambung kerja. Bye, Assalamualaikum!" Edrea terus menutup talian tanpa menunggu jawapan dari Cal.

Cal disana dah menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Nasib baik Edrea tiada di sini.

Keizinan dah dapat, jadi tunggu apa lagi? Bergegas Edrea naik ke biliknya untuk bersiap-siap. Pertama kali dia dapat keluar seorang diri lepas kahwin!




*******




PUAS  menyelam di dalam kedai buku selama dua jam, akhirnya Edrea memilih untuk keluar. Makin lama dia disitu, makin susah dia cari jalan keluar. Hasil tangkapan yang dia dapat ialah empat buah novel.

Kalau guna duit sendiri memang dia fikir sepuluh kali sebelum membelinya, tapi ini dia guna duit yang Cal berikan. Memang masa dia pilih pun dia tak tengok harga. Hahaha.

Itulah tugas sebagai seorang isteri. Tukang menghabiskan duit suami. Betullah orang kata, nak dapat duit tu susah, tapi bab nak 'menghilangkan' duit tu mudah je. Tak sampai sehari terus licin.

Tapi siapa lagi nak habiskan duit Cal kalau bukan dia? Lainlah mereka ada anak. Sekarang hanya ada anak kucing je. Si montel Aurora.

Usai membeli ais krim di salah sebuah kedai, Edrea melabuhkan duduk di atas kerusi bangku. Plastik dari kedai buku tadi dia letak ke tepi bersama dengan beg tangannya. Sesuap ais krim oreo memasuki mulutnya, mata Edrea terpejam.

Sedapnya....

Ting!

Satu pesanan masuk. Lantas Edrea menyeluk beg tangannya, mencari telefon bimbit disebalik barang-barang lain. Apabila dijumpai, aplikasi berwarna hijau terus dibukanya.

'Abang lupa nak pesan. Jangan makan ais krim. Minggu ni je dah 4 kali sayang makan. Kalau abang tahu sayang makan... siap!' Mesej dari Cal.

Edrea pandang skrin telefon dan bekas ais krim ditangannya bersilih ganti. Errghh...

Langsung tak berniat untuk berbohong, Edrea menekan butang kamera. Bekas ais krim itu diangkat menghampiri pipinya. Bibir dimuncungkan sebelum....

Klik! Setelah gambar diambil, Edrea terus menghantarnya pada Cal. Jika diikutkan dia tak salah. Cal yang lambat pesan.

Bekas itu ditaruh ke tepi. Jarinya mengetuk-ngetuk papan kekunci. 'Pesanan lambat dihantar.'

Cal membalas dengan hanya menghantar satu emoji. '😠'

Edrea tertawa perlahan. Gajetnya itu disimpan lalu dia palingkan kepala ke tepi. Mahu mengambil ais krimnya kembali. Namun... entah dari mana munculnya seorang budak perempuan disampingnya. Dan ais krimnya sudah berada di dalam mulut budak ini!

"Eh? Adik dari mana ni? Mana mak, ayah?" Endahkan soal ais krim, Edrea bertanyakan keberadaan orang tua kanak-kanak ini.

"Sorry, kakak. Saya terliur tengok kakak makan tadi. Mak saya tak sihat. Ayah saya pula dah tak ada." Jawab kanak-kanak itu.

Edrea terpana. "Habis tu adik datang dengan siapa ni?"

"Saya datang dengan abang saya. Dia datang cari kerja dekat sini." Bekas yang telah kosong, dia masukkan ke dalam tong sampah di sebelahnya.

"Maaf sekali lagi, kakak."

"Tak apa. Adik nak lagi ke? Akak boleh belikan."

"Kakak ni cantiklah. Nama kakak apa? Nama saya Nana." Lain pula yang disampaikan.

"Nama akak Edrea. Boleh panggil Kak Rea. Sekarang ni mana abang adik? Nanti dia risau bila adik tak ada dengan dia."

Sejurus itu juga, muncul satu suara di hadapan sana. "Nana!" Laju si abang merapati adiknya. Habis serata tempat dia pusing untuk mencari keberadaan adiknya yang tiba-tiba hilang tadi.

"Abang!" Tahulah Edrea yang itu abang kepada Nana.

"Maaf, puan. Adik saya ganggu puan ke?" Pinta si abang sambil menarik lembut adiknya agar berdiri di sebelahnya.

"Tak payahlah berpuan bagai. Adik awak tak ganggu akak pun. Baik je dia." Edrea membalas.

"Nana, kan abang dah cakap jangan lari dari abang..." Bisik si abang pada Nana.

"Sorry..." Nana memeluk kaki abangnya. Tahu dia salah.

"Kami minta diri dulu, kak. Minta maaf sekali lagi." Terus dua beradik itu pergi meninggalkan Edrea disitu.

Alahai...kesiannya. Mak sakit, ayah pula dah meninggal. Harap-harap mereka baik-baik saja.






You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 21 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BAYANG RAHSIA Where stories live. Discover now