EDREA membuka kelopak mata saat merasakan wajahnya ditiup angin. Dalam keadaan samar-samar, dia melihat figura suaminya berada di sisi. Dia ukirkan senyuman. Indahnya jika mimpi ini menjadi nyata.
"Saya rindu..." Edrea memeluk 'bantal' disebelahnya itu dengan lebih erat. Agak lain. Tapi dibiarkan saja.
"Bila awak nak balik, hmm?" Bisiknya perlahan.
"Aku dah balik. Bukaklah mata tu." Kata Cal. Dia tiba di rumah pada waktu subuh pagi tadi. Orang pertama yang dia jumpa ialah Kak Yam. Pada masa itulah Kak Yam mengatakan yang isterinya demam semalam. Itu yang Cal terus naik ke bilik. Niat hendak berehat pun jadi terbantut apabila Edrea mengalami mimpi ngeri lagi.
Edrea memisat matanya yang masih menahan kantuk. Terbuka saja kelopak mata, wajah Cal terus menghiasi pemandangannya. "Cal?" Dia bermimpi atau bukan?
"Aku dah pesankan jangan rindu aku. Sampai demam dah kau ni." Sedar akan 'objek' yang dipeluk, Edrea langsung melepaskannya.
"Mana ada saya demam rindukan awak. Saya mandi hujan semalam." Kata Edrea menidakkan fakta.
"Tak payah nak menipu. Kak Yam kata tak hujan." Sela Cal. Awal-awal lagi dia dah bersoal jawab dengan Kak Yam.
"Lagipun tak salah kau rindu aku. Sekurang-kurangnya aku tahu yang rindu aku terbalas." Sambung Cal.
"Bila awak balik ni?" Edrea mengesot ke belakang dengan perlahan. Dia masih belum larat.
Segera Cal membantu isterinya bersandar pada kepala katil. "Subuh tadi."
Jam dinding, Edrea kerling. "Sekarang dah pukul 8, awak tak rehat ke?"
'Macam mana aku nak rehat kalau tengok isteri meracau masa tidur?' Hati Cal bermonolog. "Saja." Lain pula yang Cal tuturkan.
"Ada ke saja tak nak rehat? Pelik-peliklah awak ni."
"Jari kau tu kenapa berbalut?" Cantas Cal apabila menyedari jari telunjuk isterinya berbalut.
"Terkena pisau."
"Macam budak-budak." Komen Cal. Guna pisau pun boleh terluka.
"Ada je orang tua terkena pisau. Tak ada masalah pun," Edrea mengumam.
"Melawan!" Disebabkan geram, Cal mengepit hidung Edrea yang terbentuk elok itu.
"Auch!" Hidung sendiri digosok. Boleh tahan juga penangan Cal sesaat yang lalu. Mesti hidungnya dah merah!
"Tak payah nak over sangatlah. Bukannya kuat pun."
"Kuat tak kuat, dah jadi badut jugak." Sela Edrea.
"Badut comel apa?"
"Suka hati abanglah. Malas nak layan." Tanpa sengaja, Edrea tersasul.
Manakala Cal tersentak. "Apa kau panggil tadi?"
"Err...abang?" Edrea tahan bibirnya dari mengeluarkan tawa saat melihat telinga Cal mula bertukar merah. Malu-malu rupanya.
"Cuba panggil sekali lagi." Arah Cal. Dia nak dengar dengan lebih jelas.
"Ye abangku sayang..." Sengaja mahu mengusik, Edrea gunakan nada meleret.
"Aku pergi ambik bubur untuk kau, kejap." Tak menunggu lama, Cal langsung keluar dari bilik ini. Dia rasa kurang oksigen! Tutup pintu bilik, dia tercungap-cungap untuk beberapa kali. Kemudian, Cal tersenyum lebar. Dia tidak pernah menyangka yang Edrea akan mengelarnya begitu.
Masih berbaki senyuman dibibir, Cal turun ke bawah dan menuju ke dapur. Setelah mangkuk diambil, Cal terus menyendukkan 'bubur nasi' buatannya. Panggilan manja isterinya tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Rasa mahu benamkan kepala dalam singki pun ada juga.
"Eh? Cal buat apa tu?" Muncul saja di dapur, Kak Yam langsung bertanya saat Cal menyendukkan sesuatu ke dalam mangkuk itu. Hendak dikata mahu masak bubur, Cal dah buat pagi tadi.
Tersentak, Cal pandang mangkuk ditangan. Beras?!
"Alamak! Tersilaplah Kak Yam." Dituang balik bahan itu kedalam bekas. Dah kenapa kau ni, Cal?!
"Itulah, mengelamun. Siap tersengih-sengih lagi. Tahulah rindu bini." Kata Kak Yam lagi.
"Cal naik dulu, Kak Yam." Selesai mengambil bubur, Cal terus naik ke bilik. Malu apabila perbuatannya tertangkap dengan Kak Yam.
"Macam-macam. Semalam Rea kena pisau, hari ni Cal pulak tersilap ambil beras. Haih..." Gumam Kak Yam.
"Apa yang dibebel tu, Yam?" Sapa Tuan Qaid yang baru saja tiba di rumah. Pagi-pagi lagi Tuan Qaid sudah keluar berjumpa dengan kawan-kawan lama.
"Tak ada apalah, tuan. Pasal Cal aje."
"Cal? Bila dia balik?" Hairan. Cal tak cakap apa-apapun pada dia.
"Subuh tadi dia sampai. Tuan nak minum?"
"Boleh jugak." Kak Yam angguk lalu pergi membancuh air. Meninggalkan Tuan Qaid sendirian di meja makan.
"Bertuah punya cucu." Bisik Tuan Qaid. Bukannya nak bagitahu dah balik ke belum.
YOU ARE READING
BAYANG RAHSIA
Mystery / Thriller" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas...