JARI-JEMARI Edrea tenang menari-nari di atas papan kekunci laptopnya. Kadang kala Edrea termenung seketika untuk mengumpul idea dan kemudiannya menyambung kerjanya semula.Memikirkan jalan cerita memang senang, tetapi untuk memikirkan side plot itu agak sukar. Dia perlukan idea yang mantap untuk menjayakan novel baharunya.
Sejak dari insiden langgar lari dua tahun lepas, ibu langsung tidak membenarkannya hidup bebas seperti dahulu. Dia juga terpaksa berhenti belajar dan tinggal di kampung bersama ibu.
Disebabkan sewaktu melanjutkan pelajaran dia telah melakukan kerja part-time untuk mencari duit lebih dengan menjual e-book hasil karyanya sendiri, dia mendapat tawaran untuk menerbitkan novel dibawah syarikat yang popular setahun yang lalu.
Alhamdulillah... Sekurang-kurangnya dia mampu bekerja dari rumah dan membantu meringankan beban ibu.
" Kak Rea, Haura nak asyim. Boyeh?" Soal Haura, anak kepada Puan Hazira. Dari tadi dia duduk di sebelah Edrea yang sedang menulis manuskrip barunya.
" Boleh! Tapi tunggu sekejap, ek. Sikit saja lagi ni." Kesian pula melihatkan Haura yang terpaksa mengikutinya ke sawah.
Ibu dan Mak Su keluar kebandar, jadi mahu tak mahu Haura harus mengekorinya. Tidak akanlah hendak meninggalkan budak kecil ini seorang diri di rumah.
" Otey!" Edrea tersenyum. Mujurlah kanak-kanak 4 tahun ini mengerti.
Lambang 'save' diklik dan terus Edrea menutup laptopnya lalu dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Nanti dia akan sambung menulis malam ini pula.
" Jom." Langsung, mereka berdua bingkas bangun. Disapu-sapu pada belakang badan supaya tiada sebarang rumput mahupun daun yang melekat.
Kaki mereka menapak ke arah basikal yang disandar pada sebatang pokok berukuran besar. Inilah satu-satunya kenderaan yang dia bisa bawa sekarang. Basikal.
Beg sandang ditaruhkan ke dalam raga basikal. Tubuh kecil Haura diangkat dan diletakkan ditempat duduk belakangnya.
Seperi tahu apa yang harus dilakukan, Haura terus memeluk pinggang Edrea daripada belakang. Tanpa membuang masa, Edrea memulakan kayuhan.
Sawah padi yang kehijauan melambai-lambai saat disapa angin. Langit juga sudah bertukar oren. Sangat cantik dan menenangkan.
" Ada sunlight!" Sebelah tangan Haura dituju pada matahari yang hampir terbenam.
" Sunset. Sunlight tu yang ibu guna untuk basuh pinggan. Eh, peluk Kak Rea elok-elok. Jatuh karang."
" Ups! Cori." Haura kembali memeluk tubuh kurus Edrea.
KENDERAAN dua roda Edrea berhenti di hadapan satu kedai runcit. Tubuh kecil Haura diangkat dan diturunkan. Dia menyandarkan basikalnya pada tiang kedai. Beg sandang yang berisi laptopnya diambil lalu mereka berdua melangkah masuk.
" Nak ni." Jari kecil Haura dihalakan pada aiskrim berperisa limau.
" Ambillah. Nak apa-apa lagi tak?" Soal Edrea lagi sambil menyambut huluran dua batang aiskrim daripada Haura.
" Nak tooties, boyeh?"
" Boleh... Pergilah ambil." Senyuman mula bertakhta di bibirnya saat melihat tubuh Haura yang berlari terkedek-kedek mencari biskut.
" Kamu rupanya. Mak cik ingatkan mak siapalah tadi." Senyuman Edrea mati. Dia langsung menoleh pada gerangan yang menegurnya. Dari hujung cucuk sanggul sehingga ke hujung kasut tumit tinggi, Edrea kerling. Ratu Kebaya a.k.a internet bergerak mari dah!
YOU ARE READING
BAYANG RAHSIA
Mystery / Thriller" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas...