MASA pergi ibarat angin lalu. Bertapa cepatnya masa bergerak. Sedar tak sedar, sudah 3 bulan berlalu. Pelbagai rintangan dihadapi. Pelbagai ujian, telah dilalui oleh Edrea. Namun dia sangat bersyukur kerana Tuhan mengirimkan seorang lelaki yang baik untuk memimpinnya dikala dia berada di dalam kesulitan.
Kata syukur tak henti-henti terbit dibibir. Berterima kasih di atas bantuan Yang Maha Esa kerana telah memberi kesembuhan padanya. Walaupun dari mata kasar dia sudah kembali ke sedia kala, tapi dari dalaman hanya Tuhan saja yang tahu.
Edrea sendiri kadang kala pelik akan perubahan dirinya yang sangat drastik. Dia kerap kali bermimpikan hal-hal yang pelik sejak Cal tiada di rumah kerana tuntutan kerja. Berbeza dari awal yang hanya bermimpikan kejadian culik itu.
'Aku akan datang untuk tuntut nyawa kau.'
Ayat sama yang sentiasa bermain di mimpi. Edrea keliru. Adakah itu hanyalah sekadar mainan tidur, atau sebaliknya?Wallahualam. Dia tak pasti.
"Jauh termenung. Rindukan Cal ke?" Sampuk Kak Yam yang sedari tadi melihat Edrea termenung. Tahulah kena tinggal dengan suami.
Edrea berpaling lalu menarik senyuman. "Tak adalah. Baru 2 minggu kena tinggal. Belum sampai 2 bulan lagi." Selorohnya.
"Hmm, tak rindulah sangat. Karang 2 bulan Cal tak balik, adalah tu orang yang demam." Kak Yam julingkan mata ke atas. Hari tu pernah dengar ada orang demam sebab rindu suami. Siapalah tu, ek?
"Mana ada demam rindulah! Dengar sangat apa yang Cal cakap tu." Cemuhnya. Masa tu nak dikata rindu tu, memang ada. Tapi taklah sampai demam!
"Eleh! Makan pakis tertelan paku, dah kantoi tak nak mengaku!" Setelah memetik cili yang diinginkan, Kak Yam pergi meninggalkan Edrea di taman.
"Ada je benda nak diusik. Haih... Kak Yam...Kak Yam.." Edrea tergeleng-geleng. Kelopak bunga Orkid yang tumbuh mekar, diusap lembut. Pokok-pokok bunga ditaman sudah semakin bertambah. Cantik-cantik pula tu. Semua tumbuhan ini semestinya dibeli oleh lelaki berbangsa cina itu. Boleh dikatakan setiap hari akan ada orang menghantar pokok-pokok bunga kemari. Walaupun jejaka itu tiada didepan mata selama 3 bulan kerana pergi mencari ketenangan. Edrea pun tidak tahu ke mana Xian menghilang. Cuma dia harap...Xian baik-baik saja.
"Rea," Panggil Irvanz seraya mendekati adiknya.
"Lambat balik?"
"Jumpa klien di luar kawasan tadi. Itu yang terlambat." Memang sejak Xian tiada, kerja Irvanz semakin bertambah dan membuatkannya selalu pulang lambat. Tapi dia langsung tidak kesah. Kerana dia tahu, kemana dan kenapa Xian menghilangkan diri. Malah, dia bersyukur.
Edrea jatuhkan kepala. Pasu bunga orked disusun kembali ke tempat asal. Kemudian, mereka sama-sama jalan beriringan di sekitar taman. "So...bila?"
"Apa yang bila?" Soalan berbalas soalan. Irvanz tak faham.
"Bila lagi nak bagi kakak ipar dekat Rea? Teringin nak makan nasi minyak ni."
"Kalau nak makan, dekat kedai banyak. Tak perlu kahwin pun." Balas Irvanz. Langsung tak berminat untuk berbual akan topik itu. Dia...belum bersedia nak menjalinkan sebarang hubungan dengan sesiapa setelah yang dulu telah pergi.
"Lambat lagilah nak merasa nasi minyak abang kalau macam ni." Sela Edrea.
"Kan dah pernah makan. Cukuplah tu."
"Abang masih tak boleh lupakan dia?" Edrea menyoal. Tertanya-tanya juga dia kerana selama ini abangnya tak pernah pun berkata apa-apa lagi tentang hal 'dia'.
"Mustahil untuk dilupakan." Nak tak nak, Irvanz membalas.
Mengerti, Edrea berhenti bertanya. Dia pandang sisi wajah abangnya yang tenang. Walhal dalam hati, Edrea tahu sakitnya macam mana. "Sorry... Rea tak patut tanya soalan tu lagi."
"Abang faham. Umi pun dah berjuta kali tanya soalan pasal tu." Biasalah...hati seorang ibu, kan? Mana pernah puas tanya soalan itu berulang kali.
"Cakap pasal umi, lusa abang nak balik kampung sekejap. Mak Long tak berapa sihat. Itu yang abang nak melawat sekejap walaupun abang masih marah." Sambung Irvanz lagi. Perasaan marah pada wanita separuh abad itu masih ada. Tapi sedaya upaya Irvanz cuba untuk berbuat seperti tak tahu apa-apa. Lagipun orang tengah sakit...
"Okey," Respon Edrea. Terus berubah riak wajahnya apabila mendengar perkataan 'Mak Long' dipetik.
"Rea nak ikut sama?" Takut-takut, Irvanz menuturnya.
"Rea masuk rumah dululah. Nak tolong Kak Yam masak makan malam." Lantas, Edrea berlalu pergi. Dia tak betah jika soalan itu diajukan padanya.
Balik kampung?
Tak akan.
Kerana itu...bukan tempatnya.
Dia hanya sampah yang telah dibuang. Tak akan pula dia mahu kembali ke tong sampah jika dirinya sudah dibakar.
YOU ARE READING
BAYANG RAHSIA
Mystery / Thriller" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas...