ANEH. Itu yang dirasakan sekarang. Entah kenapa, bagaikan dirinya sedang diperhatikan oleh seseorang. Atau... Itu hanyalah bayangannya sahaja?Saat Edrea menoleh, tiada pun manusia yang mencurigakan disitu. Debaran di dalam dada semakin melaju. Plastik-plastik barangan yang dibelinya tadi dirapatkan ke dada.
Hampir 10 minit dia menanti Cal di hadapan pasar raya ini. Sudahlah panas terik. Hendak mencari tempat teduh pun, dia risau Cal tidak menjumpainya pula. Jadi, dia duduk di atas kerusi batu ini saja.
KRAK!
Laju Edrea berpusing ke belakang dek mendengar sesuatu. Tiada orang!
Dahinya mula mengeluarkan cecair peluh. Apabila Edrea pusing ke hadapan kembali, tiba-tiba mulutnya ditekup dari arah belakang dengan sehelai kain.
"Ermm!" Suara Edrea tenggelam. Meronta-ronta Edrea minta dilepaskan. Malangnya, bau busuk yang memasuki rongga hidung Edrea membuatkan pandangannya menjadi kabur. Lama-kelamaan, kedua kelopak matanya tertutup rapat.
"I'm sorry," Bisik satu suara garau di cuping telinga Edrea yang berlapikkan tudung. Tubuh kecil Edrea, dicempungnya memasuki sebuah van putih.
Kereta BMW M4 diparkir di bahu jalan setelah van putih itu beredar. Langsung, Xian keluar dari perut kereta untuk menjemput Edrea pulang. Cal yang menyuruh mereka bertiga mengambil Edrea di pasar raya sebab katanya dia ada hal penting.
Melilau mata Xian mencari susuk tubuh gadis itu. Sebelah tangan diletakkan ke dahi seperti sedang mengangkat tabik. "Mana pula Rea ni?" Cal beritahu bahawa Edrea menunggu di hadapan pasar raya. Tapi tiada pun?
Baru setapak kakinya hendak melangkah ke arah pasar raya, Xian terpandang pada plastik-plastik yang berada di kerusi batu. Habis berterabur isinya jatuh ke tanah. Saat Xian mendekat, dia langsung kaget. Gelang silver yang memiliki loket berbentuk hati kecil itu diambilnya.
Rasanya dia pernah lihat Edrea memakai gelang ini. Atau jangan-jangan....
"Luq! Ray!" Panggil Xian separa menjerit. Tangannya dilambai-lambai ke udara. Memanggil mereka berdua yang masih berada di dalam kereta untuk ke sini.
"Dah kenapa tu?" Soal Raykarl pada Luqman yang berada di tempat duduk pemandu.
"Entah, ajak makan kut. Jom, ah." Enjin kereta, dimatikannya. Terus mereka berdua menghampiri Xian.
"Kenapa?" Serentak, Luqman dan Raykarl menyoal.
Xian halakan gelang silver itu kepada mereka. "Ni Rea punya, kan?"
Lama mereka berdua meniliti gelang itu. Akhirnya, mereka mengangguk.
"Jadi maksudnya...? Van tadi tu...." Lekas mereka bertiga masuk ke pacuan empat roda yang tersadai di bahu jalan semula.
Sambil menunggu van putih tadi beredar, mereka ada lihat seorang lelaki sedang mencempung tubuh seseorang masuk ke dalam van tersebut. Namun, mereka tidak nampak pun siapa orang itu. Setelah melihat barang-barang ini berteraburan dan gelang Edrea dijumpai, mereka yakin orang itu ialah Edrea!
"Cepat, Luq! Kejar van tadi!" Kereta BMW M4 mengaum laju membelah jalan. Sekeliling diperhatikan bagi mencari van putih tadi.
"Sh*t! Mana van tu pergi?" Stereng kereta, Luqman tumbuk perlahan. Tiada pun kelibat van putih di atas jalan raya ini.
Raykarl yang sedari tadi hanya menekan-nekan papan laptopnya terus bersuara, "Aku dah jumpa location van tadi!" Mujur saja dia sempat melirik pada nombor plat pada van tadi. Bolehlah dia hack location kenderaan itu berada.
PERLAHAN-LAHAN, kelopak matanya dibuka. Setelah pandangan kembali pulih, lama Edrea mengerling ke serata kawasan bilik ini.
Kosong. Sunyi.
Hanya ada satu lampu kecil di tengah-tengah bilik ini. Persoalannya... Dimanakah dia berada?
"Auch!" Edrea menyentuh kepala sendiri yang berada pening. Mujur saja tudung masih selamat menutup rambutnya.
Bagaikan baru saja dapat memproses data, Edrea langsung teringat akan kejadian tengah hari tadi. Dia pengsan setelah menghidu sesuatu!
Pintu dikuak dari luar menyentakkan Edrea. Siapa pula ni? Topeng yang dikenakan membuatkan sebahagian wajah gadis ini tidak kelihatan.
"Kau dah bangun? Nyenyak kau tidur tadi. Mimpi indah?" Edrea mengecilkan matanya. Dia sepertinya pernah mendengar suara ini. Cuma dia lupa dimana.
"Kau siapa?"
"Erine," Satu patah. Erine menghampiri Edrea lalu duduk bertinggung di hadapannya.
"Apa kau nak? Aku tak kenal pun kau siapa. Lepaskan aku!" Walaupun tangannya boleh digerakkan, namun ianya masih terbatas kerana diikat pada rantai besi di belakang badannya.
"Never! Kau ingat, susah payah aku culik kau ni untuk lepaskan kau macam tu je ke? Itu namanya tak cerdik!" Dahi Edrea ditunjal. Erine langsung berdiri sebelum melangkah ke sudut bilik ini.
"Habis tu apa yang kau nak? Aku bukan orang kaya. Aku tak ada harta pun!"
"Simple. Aku cuma nak kau mati!" Sejurus itu, kayu hoki dihentak ke kepala Edrea menyebabkannya tertiarap di atas lantai.
"Argh!"
"Aku hairanlah. Kenapalah orang sibuk sangat nak back up kau, ek? Sedangkan aku ni? Orang langsung tak kesah!" Berkali-kali kayu hoki itu dihayunkan pada kaki Edrea. Sehinggakan cecair merah tercalit pada objek itu.
"Arghh!" Sakit yang teramat!
"Kalau boleh aku nak kau lenyap dari dunia ni kau tahu, tak? Ada pun menyusahkan aku!" Tudung Edrea dicengkam kuat. Wajah yang dibasahi darah itu dipandang dengan penuh dendam.
"Ini sebab kau muncul dalam hidup aku!" Digoyang-goyangkan kepala Edrea yang kian melemah itu sebelum dihantuk pada dinding. Terus, tubuh itu melerot jatuh ke bawah. Edrea mahu bangkit, tetapi kakinya tidak mampu bergerak.
Tidak cukup dengan itu, lekas Erine cengkam lagi kepala Edrea. "Ini sebab kau dah rampas segalanya dari aku!" Dihantuk sekali lagi ke dinding.
Edrea terkulai ke lantai. Semakin banyak darah yang hilang dari badannya menyebabkan dia tidak mampu berbuat apa. Akhirnya, dia menutupkan mata. Dia sudah terlampau lemah.
Meluru Kai masuk ke dalam ruangan itu saat mendengar tempikan kuat dari luar. "What are you doing?!" Teriaknya. Terkejut dia melihatkan keadaan Edrea yang sedang bermandikan darah.
"Nothing! Just teach her." Kayu hoki itu dilempar. Sapu tangan yang berada di dalam saku seluarnya diambil lalu dilap peluh di dahi. Ikatan rambut panjangnya yang sedikit senget, dibetulkan.
Erine melangkah keluar meninggalkan bilik ini. "Teach her? Are you kidding with me right now?" Jelas. Kai tidak percaya. Perjanjian mereka lain, tetapi lain pula yang dilakukan.
"No. Buang dia lepas kau dah habis berdrama. Remember, jangan tinggalkan sebarang bukti." Setelah berkata, lantas Erine menyambung langkahnya.
Kai mengetap bibir. Dia mahu melawan, tetapi dia tidak mampu. Bila-bila masa saja gadis ini boleh bertukar 'perwatakannya'. Jadi dia tidak boleh sesuka hati memaki hamun gadis itu. Kalau tidak, nyawanya mungkin bakalan berada dihujung tanduk.
"I'm really sorry, Rea..." Kai jatuh terduduk ke lantai.
YOU ARE READING
BAYANG RAHSIA
Mystery / Thriller" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas...