BAB 26

103 7 1
                                    


WALAUPUN kepala penuh dengan tanda tanya, Edrea tetap mengemas barang-barang milik suaminya. Sebaik saja Cal pulang tadi, Cal terus menyuruhnya berbuat demikian. Bila ditanya, Cal hanya jawab, 'Aku ada operasi'.

Masalah operasi apa? Guard pun ada operasi ke? Setahunya, kerja guard meronda kawasan saja. Tak pernah dengar pulak operasi-operasi bagai ni.

Sudahlah banyak sut hitam. Ini nak meronda ke nak merompak?

"Eh, sekejap. Bukan ke ini sut polis?" Disebabkan Edrea selalu melayan perangai Haura yang turut sukakan anggota polis di kampung dulu, dia pernah lihat mereka mengenakan pakaian ini.

Atau jangan-jangan....

Di saat itu, Cal muncul di wardrobe. Cal hanya dibaluti satu tuala putih di pinggangnya. Sengaja nak tayang body ke apa ni?

"Saya dah siap packing. Tapi awak nak pergi operasi ke mana?" Edrea mengesot sedikit ke belakang. Mahu bersandar.

"Thailand." Sepatah. Cal meluru ke arah almari miliknya.

"Jauhnya. Tak sangka pulak pak guard pun ada operasi macam ni. Ingatkan kena meronda je."

"Kau betul-betul percaya benda tu?"

"Dah awak yang cakap, saya percayalah." Cal menampar dahi sendiri. Masih tak sedar-sedar lagi rupanya isterinya ini.

"Haih," Merengus. Pusing tubuh, Cal terus mencempung tubuh isterinya itu.

"Tak payahlah dukung!"

"Habis tu? Kau nak tengok aku pakai baju? Kalau nak, aku letak situ balik." Cantas Cal.

"Oh? Tak apalah. Buat susah-susah aje. Terima kasih dukungkan." Edrea tersegih sehingga menampakkan barisan gigi apabila tubuhnya telah diletakkan ke atas katil.

"Tahu pun," Cal kembali ke wardrobe untuk bersiap.

"Kau betul-betul percaya benda tu? Apa maksud dia? Kalau dia bukan pak guard, dah tu memang betul-betul polis ke?" Jika hal itu benar, Edrea nak peluk Cal kuat-kuat! Sebab dia memang teringin nak bersuamikan anggota polis sejak beberapa dekad yang lalu.

Tak sampai lima minit, Cal muncul dengan lengkap bersut hitam. Rambut digayakan messy hair. Beg galas yang Edrea sediakan tadi pun sudah berada di bahunya.

Edrea tekup mulutnya yang ternganga. Mata berkelip-kelip.

"I'm ASP Muhammad Caled Qyser." Akhirnya, Cal jujur. Baik dia berterus terang sekarang tentang pekerjaan sebenarnya sebelum berangkat untuk jangka masa yang dia sendiri pun tidak dapat agak. Mungkin lama.

"A...awak p..polis?" Walaupun Edrea sudah jangkakannya, dia tetap terkejut dengan penampilan Cal dihadapannya ini. Kebiasaannya Cal hanya mengenakan baju t-shirt atau kemeja. Tapi kini...lengkap bersut.

Kacak maut!

"Like you see. Aku kena gerak dah ni. Jaga diri kau elok-elok bila aku tak ada."

"Salam," Langkah Cal mati. Dia berpaling pada sang isteri yang telahpun menghulurkan tangan dan tersenyum padanya.

Edrea mengucup lembut kekura tangan itu. Sebagai balasan, Cal mengucup kedua belah pipi dan dahinya. "Don't miss me." Garau suara itu berbisik dicuping telinganya.

Sehabis baik Cal tahan bibirnya dari tertawa melihatkan reaksi itu. Pusing tubuh, Cal langsung meninggalkan Edrea terkaku disitu.

.

.

SEPERTI biasa apabila waktu petang menjelma, Edrea akan mengambil angin di taman. Tapi kali ini, dia membawa MacBook pemberian Cal sekali untuk menyambung kerjanya yang sudah lama ditinggalkan.

Buat kerja sambil healing.

Entah berapa lama Edrea menaip seorang diri di meja batu ini. Dia pun tak tahulah kemana semua orang pergi. Sibuk mungkin?

"Buat apa tu?" Muncul satu suara menegur. Bila Edrea berpaling, wajah Xian menyapa kornea mata.

"Buat kerja sikit. Kenapa Xian? Nak apa-apa ke?"

"Saya nak tanya satu soalan sebenarnya. Tapi menganggu tak?" Xian labuhkan duduk di hadapan Edrea.

"Tanya je. Rea tak sibuk pun," Alat elektronik itu ditutup dan dialihkan ke tepi.

"Pelik ke kalau saya kata, saya jatuh cinta pada perempuan berhijab?" Agak terkejut dengan soalan itu, tapi Edrea kekal tersenyum.

"Tak pelik pun. Jatuh cinta tu kan lumrah manusia. Takdir yang menemukan Xian dengan dia."

"Takdir?"

"Dalam bahasa mudah, takdir tu ketentuan Tuhan. Sama ada boleh berubah, atau sebaliknya." Jawab Edrea.

Xian mengangguk faham.

"Kalau Rea boleh tahu, apa yang buatkan Xian jatuh cinta pada dia?"

"Maybe pemakaian dia, kut? Bertutup sama macam Rea."

"Maaf, tapi bukan ke lelaki berbangsa Cina macam Xian lebih sukakan perempuan seksi dari perempuan bertutup litup? Rea bukan nak judge. Cuma hairan sikit."

Tidak terasa, malah Xian tersenyum. "Bagi orang lain mungkin, ya. Tapi saya tak. Sejak dari dulu, saya langsung tak tertarik pada mana-mana perempuan. Lebih-lebih lagi yang tak cukup kain. Sampailah saya jumpa dia hari tu."

"Mungkin ni salah satu tanda untuk Xian mengenali Islam?"

"Jujurnya saya cakap, sejak berkawan rapat dengan dia orang, sedikit sebanyak saya tahu tentang Islam. Agak tertarik untuk belajar lebih mendalam. Tapi saya takut akan penerimaan keluarga nanti. Dulu, seorang sepupu saya masuk Islam tapi family tak restu. Sampai sekarang dia tak balik rumah lepas dihalau. Saya pun tak tahu dia kemana." Edrea terpana. Dia tak sangka manusia yang ceria seperti ini pun ada cerita yang terpendam.

"Rea faham. Tak senang untuk kita buat sesuatu keputusan. Lebih-lebih lagi melibatkan keluarga. Atau.... Xian boleh tanya sesiapa yang lebih arif. Macam ustaz ke? Sebab Rea pun tak pandai sangat nak cakap lebih-lebih."

"Hmm, thanks. Bagi pendapat tu."

"Sama-sama. Satu soalan last, apa nama si dia?" Nak juga Edrea tahu nama gadis yang telah mencuri hati lelaki berbangsa Cina ini.

"Bunga. Bunga Mawardah." Nama yang akan sentiasa melekat di minda Xian.

"Cantik nama dia. Mesti orangnya pun cantik, kan?" Sengaja Edrea bertanya.

"Sangat. Tapi tu lah... Rasanya dah berpunya."

"Eh? Kenapa pulak?" Hairan.

"Belum sahih lagi." Kata Xian. Dia harus cari tahu siapa lelaki itu sebenarnya.

"Alah! Jangan risaulah. Kalau dia memang jodoh Xian, tak akan kemana pun."

"I hope so,"





BAYANG RAHSIA Where stories live. Discover now