MEMISAT mata yang masih tersisa saki baki kantuk, Cal bangun dari perbaringan. Rambut yang berserabai, diraup ke belakang. Matanya terus terhala pada televisyen yang terbuka."Awal kau bangun," Dengan suara serak basah, Cal berkata pada isterinya yang sedang duduk di atas lantai sambil menonton drama.
"Bukan Rea yang bangun awal, tapi abang yang bangun lambat. Tengok jam tu," Edrea membalas tanpa berpaling. Mata sibuk menonton cerita manakala tangan pula sibuk melipat pakaiannya dan Cal.
Angkat kepala, jam dinding direnung. Sudah pukul 10 pagi. "Asal tak kejut?"
"Tak sampai hati. Nampak lena sangat tidur dengan anak. Lagipun awak balik lambat semalam." Edrea sendiri pun tidak tahu kemana Cal pergi setelah mendapat panggilan semalam. Tapi dia memutuskan untuk tak bertanya. Mungkin hal kerja.
Sesaat, Cal berpaling pada 'anak' yang dimaksudkan. Siapa lagi kalau bukan Aurora? Sejak bertemu dengan isterinya, setiap hari Aurora akan tidur di sini.
"Dah makan ke belum?"
"Dah!"
Cal tarik senyuman memandang belakang badan si isteri. Khusyuk sangat tonton drama sampaikan langsung tak berpaling padanya. "Memang hero dalam tv tu lagi handsome dari aku, ek?" Sindir.
"Nak dikata handsome, memang dia tak boleh menang dengan abang." Mendengar jawapan itu, Cal kemam bibir.
"Tapi kalau siapa lagi sweet, sorry to say but dia menang." Sambung Edrea lagi. Membuatkan Cal terpana.
"Jadi sekarang ni kau nak kata yang aku tak sweet, lah?"
"Semua benda yang awak buat saya rasa manis. Tapi satu je tak." Straight to the point . Langsung tidak berselindung akan hal yang satu itu.
"Apa dia?" Cal ingin tahu. Sangat!
"Panggilan. Dia panggil isteri dia dengan panggilan yang manis-manis. Tak kasar. Sedap aje telinga Rea mendengarnya." Edrea tersengih mengingatkan adegan drama itu.
"Kau tengah duakan aku ke?"
"Dah suami Rea tak guna panggilan macam tu. Rea dengar je lah suara suami orang lain." Sela Edrea.
Tak membalas apa-apa lagi, Cal terus menuju ke bilik air. Sengaja pintu ditutup dengan sedikit kuat. Tanda protes!
DUMM!
Lekas Edrea berpaling pada pintu bilik air yang sudahpun tertutup rapat. "Merajuk ke?" Bukan main kuat Cal tutup pintu sampaikan Aurora yang sedang lena pun langsung terbangun. Pakej terlompat sampai jatuh katil lagi!
"Bapak beruang dah mengamuk!"
Cal merengus dihadapan cermin. Kedua tangan menongkat di sisi singki manakala matanya tajam merenung diri sendiri. "Nak panggilan manja, ek? Kau tunggu!" Ternaik sebelah bibirnya.
Sepuluh minit masa yang diambil oleh Cal untuk membersihkan diri. Buka pintu, Cal yang hanya dibaluti tuala di pinggang melangkah keluar. Atau lebih tepat, mendekati si isteri.
"Sayang, tolong ambilkan boxer abang." Pinta Cal seraya menghulurkan tangan.
Terhenti aktiviti yang dilakukan oleh Edrea saat Cal berkata. Selain daripada hal pakaian dalam itu, Edrea terpana dengan cara Cal membiasakan diri sebagai 'abang' dan memanggil Edrea...sayang?
Wow!
"Kenapa keras? Terkejut ke, sayang?" Bisik Cal pada cuping telinga Edrea. Entah bila Cal merapatinya pun Edrea tak perasan. Pusing kepala, mata mereka bersambung.
"A...abang nak apa dah tadi?" Untuk menutup rasa gemuruh di dada, Edrea bertanya kembali walaupun dia dah dengar dengan jelas.
"I need my boxer." Ulang Cal.
"Oh, Rea dah letak dalam bakul tu. Abang pilihlah nak pakai yang mana." Bibir dimuncungkan ke satu arah dimana bakul itu diletakkan.
"I want you," Kata Cal. Sekaligus membuatkan mata Edrea membulat seperti terlihat hantu.
"Hah?!"
"I want you to choose." Sambung Cal.
"Alaa, abang pilihlah sendiri. Tak akanlah pakaian dalam pun nak suruh Rea pilihkan." Tolak Edrea. Habis mukanya berubah warna kerana menahan malu.
"You're my wife. Tak salah pun abang nak L ambilkan. Why? L malu?" Sebelah kening, Cal angkat.
"Mana ada malu! Bukannya Rea tak biasa tengok boxer orang sebelum ni. Setakat nak suruh pilihkan, hujung jari pun bolehlah!" Edrea berlagak tenang.
"Boxer jantan mana yang kau tengok, hah?" Cantas Cal, geram.
"Maksud Rea, tertengok. Ada 'ter'. Bukannya sengaja nak intai seluar dalam orang!" Boleh pula tertypo disitu. Nak berlagak tenang konon, sekali tersalah cakap. Tak pasal-pasal dapat malu kuasa dua.
"Boleh percaya ke ni?"
"Ada nampak muka Rea ni macam perogol bersiri ke?" Soal Edrea. Ingat dia kemaruk sangat ke nak intai pakaian dalam orang?
"Sikitlah,"
"Kalau Rea ni perogol bersiri, abang dah lama tak selamat, tahu tak?" Suka-suka hati saja tuduh-tuduh orang. Siap dicop perogol bersiri lagi!
"Memang setiap kali abang dengan L, abang rasa tak selamat pun."
"What?!"
Maafkan patik yang tidak sempat double update semalam. Awal² lagi patik dah masuk ke alam mimpi.🥲
Tapi hari ni mungkin sempat nak double update😌😘
YOU ARE READING
BAYANG RAHSIA
Mystery / Thriller" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas...